Bosan duk mikir nak masak apa hari-hari kan. Sesekali tukar selera dengan masakan ringkas tapi sedap apa salahnya mencuba ye tak ? Ini kali kedua ana mencuba produk dari AYA Real Food sebagai menu hidangan. Repeat sebab memang sedap. Walaupun ia masakan dari pes ready to cook sahaja tapi keaslian rasanya ada. Sebelum ini pernah ana terbitkan resepi masakan dengan pes-pes dari AYA Real Food ni di SINI Dan sekali lagi ana menikmati keenakan produk makanan dari AYA Real Food dengan mencuba pes masakan Kalio dan pastilah anak-anak request Karashi Bilis nya yang sedap, rangup dan banyak bilis. 


karashi bilis AYA Real Food

Karashi Bilis AYA Real Food 


Karashi bilis ni bukannya kami makan dengan nasi goreng atau bubur nasi sahaja yang sedap, makan sebagai kudapan pun sedap juga. Habis hari tu juga lepas di buka. Memang sedap, rangup, tak terlalu pedas dan yang ana recormended sangat kat korang ialah ianya tak lah bertabur biji cili dalam bekas nya. Memang banyak ikan bilis dalam tu dan kurang berminyak dari yang biasa kita beli di pasaran. Itu paling awesome pada ana. 

Sebab tu Adik Ika makan sebagai kudapan je, tau-tau dah licin sepaket. Erm... Kena lah beli lagi nanti bila mengidam nak makan sambal bilis kering macam ni. Sesuai untuk yang nak travel sama ada dalam atau luar negara. Boleh je makan dengan nasi kosong pun sedap. Kami pernah makan dengan bubur nasi, nasi goreng atau pun tabur atas mihun goreng pun sedap ya amat. Tak caya kena lah cuba sendiri. 


Pes Rempah Kalio AYA Real Food 



kalio ikan tongkol


Ini juga kali kedua ana masak dengan pes Kalio AYA Real Food ni. Sebelum ini ana jadikannya pes untuk sambal sumbat ikan cencaru, tapi kali ini ana jadikan ia berkuah dengan masakan kalio ikan tongkol. Senang sangat menggunakannya cuma campurkan ikan, ayam, daging atau makanan laut bersama pes Kalio dan campur kan air. Rasakanlah dengan garam walaupun dalam pes tu dah di nyata kan ada garam dan gula, bila kita masak dalam air ia akan berubah lah kan kuantitinya. 

Untuk Kalio ikan tongkol ni ana masukkan santan pekat sebagai kuahnya. Dan untuk memberi aroma , ana hiriskan daun kunyit. Rasanya ala-ala rasa rendang dah kerana ia mengandungi bahan mentah seperti bawang merah, bawang putih, serai, santan, buah keras dan sebagainya. Masakan pun cukup pekat dan lemak secukupnya. Ala-ala gulai nasi dagang pun ada juga. Korang kena lah cuba sendiri kan, baharu lah tau kena atau tidak dengan selera. Ana kongsikan resepi dan cara masak kalio ikan tongkol di video di bawah : 



Untuk pengetahuan korang semua, kesemua sos dan pes AYA Real Food ni boleh tahan sehingga 2 tahun jika tidak di buka , tetapi jika korang dah buka simpan dalam peti sejuk boleh tahan 3 hari atau di simpanan freezer mampu bertahan selama 3 bulan. Kesemua produk AYA Real Food ni buat masa ini boleh di beli di Jaya Grocer Starling Mall, Intermark & Gardens Mall. Tetapi usah risau kerana korang boleh sahaja membelinya secara online dan dihantar ke rumah dengan melayari ke laman web : (terdapat juga pelbagai idea resepi di sana )


 www.ayarealfood.com

Facebook : aya real food

Instagram : @ayarealfood

17 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa rugi kalau tak cuba produk aya ni. t.kasih utk infonya Ana :)

      Delete
    2. haah kena try mudah dan sedap ni MM :)

      Delete
  2. dengan pes yg sesuai mudah masak n sedap

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ye wak sedap rangup je jadi kudapan hehe :)

      Delete
  4. Tempting nye karashi bilis tu kak

    ReplyDelete
  5. Karashi tu pebende sebenarnya, mcm sambal bilis kering gitu ye? Mesti sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Azi sedap rangup dan tak brtabur biji cili nya, sambal bilis kering betul tu Azi :)

      Delete
  6. Selamat menyambut tahun baru Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru 2021 juga buat kak Mala

      Delete
  7. Karashi bilis tu mmg sedap makan dengan masakan bergoreng. Baru rangup dimakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa CPE memang crunchy sangat dan tak terlalu pedas :)

      Delete
  8. wow sedapnya makan krup krap krup krap gite

    ReplyDelete