Mulai hari ini 21hb Disember 2020 , permohonan untuk pengeluaran i-Sinar Kategori 1 telah dibuka secara online. Di sini ana nak kongsikan cara untuk membuat permohonan i-Sinar Kategori 1 sebagai panduan dan rujukan kita bersama. Sebagai panduan pertama, setiap pemohon perlu mempastikan telah memiliki butiran dibawah ini untuk langkah seterusnya dalam mengisi borang permohonan i-Sinar secara online berjalan lancar: 

1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, pemohon perlu mendaftar nombor telefon bimbit di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:

a) Masih aktif

b) Milik anda

c) Bukan akaun bersama


CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1


CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1

 𝐏𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐢-𝐒𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐊𝐖𝐒𝐏

Berikut adalah panduan cara memohon iSinar secara online:

1. Layari https://isinar.kwsp.gov.my/ mulai 21 Disember 2020


CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1


2. Masukkan nombor OTP 


CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1

Nombor OTP akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda. Selepas anda SAHKAN OTP, anda akan dibawa ke laman seterusnya. Jika nombor OTP tidak diterima, harap bersabar. Sila tunggu untuk penghantaran semula.


3. Tetapkan Amaun Pilihan Pengeluaran 


CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1

Pada laman ini, anda perlu mengisi Langkah 1: Amaun pilihan dan Langkah 2: Jadual Bayaran i-Sinar.


CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1


4. Isikan maklumat permohonan dan pembayaran 

CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1


Selepas anda melengkapkan maklumat permohonan, anda perlu mengisi maklumat pembayaran. Sekali lagi, anda akan diingatkan potensi amaun pengeluaran anda akan berganda dengan jumlah tertentu jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun. Anda juga diberi peluang sekali lagi untuk menukar amaun pengeluaran i-Sinar.


5. Pengesahan permohonan 

CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1


Anda perlu menyemak kembali maklumat pemohon. Anda perlu tanda [ / ] bagi mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan bagi permohonan ini adalah benar dan betul, juga anda telah membaca kesemua syarat dan anda bersetuju. Kemudian pilih butang HANTAR.

6. Cetak dan Simpan 


CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1

Permohonan anda sudah selesai!  Anda boleh mencetak dan simpan maklumat permohonan i-Sinar ini.Semakan status permohonan boleh di semak mulai 4hb Januari 2021 . Dah settle jangan lupa doa banyak-banyak naa.. mudah-mudahan di luluskan dan dapat membantu untuk meneruskan kesinambungan kehidupan di dunia ini dan gunakannya untuk kebaikan dari dunia hingga akhirat, In Shaa Allah. 


4 Comments

  1. Semoga yang berjaya dapat duit ni akan gunakan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ujie, supaya ia bermanfaat untuk jangka masa panjang kan :)

      Delete
  2. ALLHAMDULILLAH ADA SUMBER KEWANGAN TIKA SESAK KII BOLEH DGUNAKAN SEBAIKNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PI perlu ada perancangan sebaiknya bila dah dapat duitnya nanti kan

      Delete