Setiap kali musim cuti persekolahan hujung tahun, selain dari meriah dengan majlis perkahwinan, ramai juga ibu bapa mengambil kesempatan untuk meng khatankan anak-anak lelaki. Pelbagai kaedah moden dalam sistem perubatan di Malaysia ini di sediakan untuk ibubapa membuat pilihan. Pasti lah kita sebagai mak ayah ni ingin kan yang terbaik dan paling minima tahap kesakitan yang bakal di hadapi oleh anak-anak. Semua pun mahukan anak-anak cepat sihat dan kembali menjalani aktiviti normal dalam masa yang singkat. 

Jika dahulu banyak pantang larang dalam penjagaan anak-anak selepas berkhatan atau bersunat ni. Mana yang masih relevan dan baik tak salah untuk kita terus ikuti. Mana yang tidak munasabah wajiblah kita tinggalkan. Sebagai panduan, ikuti lah beberapa nasihat dan panduan dari insan yang pakar dalam ilmu perubatannya khasnya para doktor yang bertauliah dan berpengalaman. 


Panduan penjagaan anak selepas berkhatan

Ana tertarik untuk berkongsi dengan pembaca satu posting panduan penjagaan anak selepas bersunat dari sahabat Facebook iaitu Doktor Khairul Faizie. Dr K ni banyak berkongsi fakta dan ilmu perubatannya di laman FB beliau di SINI . Dengan izin beliau ana terbitkannya semula di bawah ini buat rujukan bersama, dan semoga ianya bermanfaat sesama insan, In Shaa Allah. Terima kasih Doc dan teruskan perkongsian yang bermanfaat ini untuk rujukan kami semua. 


Panduan penjagaan anak selepas berkhatan 

Menurut petikan posting Dr Khairul Faizie : 

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Untuk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci ( wound dressing). Boleh cuci dengan normal saline yang boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dengan clean gauze kering keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kepada anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lepas dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dengan cara ini, kawasan tu akan lebih kering ( kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jangan di gosok kuat/ sental untuk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.


panduan penjagaan anak selepas bersunat




3- Masalah yg kerap terjadi iaitu datang ke klinik lps sunat " kulit keruping banyak melekat" boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Memang ramai juga yang datang dengan keruping banyak gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yg banyak ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil (mcm bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dalam 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process.Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sgt + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dgn demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi banyak air ( macam orang lepas bersalin). Saya jumpa banyak kali kes macam ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process untuk sembuh, dan air yang diminum tak pergi kat penis tu( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yang mencukupi penting untuk proses sembuh yang cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak makan kicap, bagi lah. Kalau kulit mmg gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dgn kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat. 


air kosong

6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dengan kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dengan kain memang normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat untuk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia memang terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat.  Perlu juga banyak gerakan setelah 3 hari bersunat. Jangan asyik baring je layan tablet.Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan-jalan sikit. Jangan pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni memang saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya memang diberi lepas sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan. 

8- Jumpa doktor jika tak pasti dgn perkembangan lepas sunat. Antara simptom yang perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah byk keluar dari tempat jahitan /  bengkak yang di suspect infection( rujuk no.4).

9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yang lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yang jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. 

Begitulah serba sedikit coretan Dr Khairul Faizie buat rujukan para ibubapa dalam proses penjagaan anak-anak selepas bersunat atau berkhatan. Setiap dari kanak-kanak lelaki pasti akan merasai pengalaman ini kan sekali seumur hidup. Lepas tu dah jadi hero dah ye.. Semoga kita semua akan sentiasa di dalam perlindungan Allah swt dari segala keburukan dari dunia hingga akhirat, Aamiin Ya Rabb. 

15 Comments

  1. penting ni, saya kena prepare anak nak sunat tak lama lagi hehe

    ReplyDelete
  2. tetiba teringat masa syafi sunat dulu. alhamdulillah dah lepas dah dia

    ReplyDelete
  3. Yaya dah lepas sorang 2 tahun lepas..ada sorang lagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkanNya buat Yaya untuk seorang lagi putera, aamiin

      Delete
  4. Nervous betul jaga budak lepas berkhatan ni.. Alhamdulillah dah lepas zaman tu hehe :-p

    ReplyDelete
  5. Anak akak 3 lelaki Alhamdulilah semua senang dijaga masa berkhatan. 3 4 hari dah kering luka.

    ReplyDelete
  6. anak berkhatan mesti rapi penjagaannya

    ReplyDelete
  7. Anak bongsu dah sampai masa utk bersunat, skrg kami buat research sikit ttg teknologi/amalan terkini. Baru buat appointment. Risau jg sbb dengar crita klinik tu buat kaedah 'clamp'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkanNya buat putera ZI, aamiin

      Delete
  8. baagus info sunat camni. , ;p

    ReplyDelete