Ketika entri ini di terbitkan, kita sedang berada di penghujung tahun 2020. Dalam masa dua minggu lebih kurang bakal melangkah ke tahun baharu 2021 dan pastinya sepanjang tahun 2020 ini kita semua di uji dengan pendamik yang bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan manusia sejagat tetapi turut memberi kesan kepada ekonomi dunia hingga lah ke ekonomi rumahtangga dan individu itu sendiri. Namun semua itu adalah ujian dan sebagai hambaNya walau apa sekali pun kita harus meneruskan kehidupan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan akal dan fikiran yang bernas, In Shaa Allah. 

Jangan sekali kita berpeluk tubuh dan mengharapkan bantuan dan ehsan orang semata-mata, sebaliknya berusahalah mencari ruang dan peluang yang ada sebagai langkah untuk mencipta kejayaan dan melepaskan diri dari masalah yang melanda. Banyak sebenarnya peluang yang wujud cuma terpulang pada kita sendiri sama ada mahu mengambilnya atau tidak. Salah satu platform yang telah banyak melahirkan individu yang cemerlang dalam dunia perniagaan khasnya adalah melalui Program Bimbingan oleh RichWorks. 


RichWorks Bimbing 777 Usahawan Jana Jualan Lebih RM2 bilion Tahun 2020


RichWorks



Memetik laporan terkini di nyatakan sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini. Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.

Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. Kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan.

Untuk pengetahuan kita semua , Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun. Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka.

Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.

Sewajar dengan pengamalan norma baharu dalam kehidupan masa kini dan langkah mematuhi peraturan dan pencegaha pendamik tetapi dalam masa yang sama masih mahu meneruskan program bimbingan , RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.


Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing


Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, mereka juga telah membantu lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik. Perjuangan kami selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! Dan mereka teruskan perjuangan ini dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini.

RichWorks percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda.

Dengan ini, RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin bantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO sebab misi kami adalah melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021.

Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma.

Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Kami telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang  terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka.


Nak Kuasai Marketing 2021?




Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN? 
Ingat lagi sales pernah RM0? 
Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama? 
Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama? 
Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama? 
Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh? 
Dah capai RM 1 juta yang pertama? 
What's Next? 

Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah, dan di RichWorks, kami sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters. 
RichWorks nak bantu usahawan dan bakal usahawan yang KOMITED dan SERIUS, nak kan Formula GANDAKAN ZERO ‘0’ dalam Sales. 
Peluang terakhir sebelum tahun 2021. 
RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA! 
Anda boleh layari website www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut SEKARANG dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain.


MAKLUMAT PROGRAM

PROGRAM KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS

MARKETING

Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)

Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang

Tempat : Aplikasi Zoom Webinar


Jadi peluang untuk memajukan diri dan mencipta kejayaan dalam dunia perniagaan dah ada di depan mata. Terpulang pada diri kita sendiri sekarang untuk mahu merebutnya atau membiarkannya berlalu begitu sahaja. Peluang kadang kala hanya datang sekali dan berperang dengan diri sendiri sebenarnya adalah kekuatan sama ada untuk mengambilnya sekarang atau berlengah dalam mencari alasan untuk tidak mahu merebut peluang yang hadir. Lebih mudah kerana kali ini kita dah tak perlu ke mana-mana hanya menghadirkan diri secara virtual di Aplikasi Zoom Webinar sahaja. Kembali kepada kata pepatah "kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya ". 


MENGENALI  DATUK WIRA DR. AZIZAN OSMAN


Dr Azizan Osman

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist,

Serial Entrepreneur & Best-Selling Author


Datuk Wira Dr Azizan Osman, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta. Kenali beliau di mana-mana pautan sosial media di bawah : 

FB Page : Azizan Osman

Instagram : @AzizanOsman_official

Twitter : @azizanofficial

Tiktok : @azizanosmanofficial_

Youtube : AzizanOsman/channels


TENTANG RICHWORKS

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 12 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 1.1 juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar. Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, mereka membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Richworks International Sdn Bhd

No. 77, Jalan Badminton

13/29 Seksyen 13, 40100

Shah Alam Selangor,

MALAYSIA

Laman web : http://www.richworks.com

Website : https://www.zerokosmarketing.com

Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)

Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang

Tempat : Aplikasi Zoom Webinar

Mobile : 013-389 7990

Emel : inquiries@richworks.com.my



2 Comments

  1. MESTI BERUSAHA MEMAJUKAN DIRI MENJADI KAYA INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah sertai bagi yang berminat kan PI :)

      Delete