Aneka pilihan biskut & snack sedap dari Cookies Vibe
Nak makan biskut sekarang ni tak perlu tunggu musim perayaan dah. Banyak pilihan biskut dan snack kudapan yang ada di pasaran yang boleh kita nikmati bersama keluarga di rumah. Sebut sahaja nak biskut coklat, kekacang, almond, hazelnut, mini popia , aneka kerepek semua pun boleh sahaja kita nikmati secara online atau COD. Inilah kelebihannya zaman sekarang kalau berbanding dahulu kena tunggu raya baru dapat makan biskut.
Apa yang ana nak kongsikan dengan korang hari ini ialah pelbagai pilihan aneka biskut dari Cookies Vibe. Ana sendiri dah merasainya dan alhamdulillah sedap kena dengan selera ana. Yang penting, 4 jenis biskut dan snack dari Cookies Vibe ana terima dari kiriman pos, selamat sampai ke rumah dengan selamat, tidak pecah sama sekali. Terbaik sangat penghantaran dari Cookies Vibe.
Aneka pilihan biskut & snack sedap dari Cookies Vibe
Kalau korang dah mula plan nak cari kuih raya sedap dan premium cookies, Cookies Vibe turut mengadakan jualan Raya 2021 Collection dengan 35 jenis cookies dan snack pilihan. Antara yang ana usyaa-usyaa dari katalog Cookies Vibe seperti Cornflakes Cookies: Malatops Crispy, Ombak Rindu, Cashew Butterscotch, Hazelnut Latte, Cornflakes Bites, Cashew Teacakes, semua ni ada cornflakes premium .
Ana paling suka cookies Black Pistachio ni. Rasa coklat cukup premium dengan coating white chocolate dan ada kacang pistachio di atas nya. Rangup di luar dan lembut di dalam cookiesnya. Tak terlalu manis dan sesedap rasa. Sama juga dengan snack Mini Popia . Rangup dan inti serunding udang kering dalam tu agak pedas tapi sedap krup krup makan depan tv .
Korang boleh juga try antara Top 10 cookies premium dari Cookies Vibe: Ombak RIndu, Malatops Crispy, Chocolate Heaven, Nutty Basket, Almond Chocobar, Royale Cadbury, Black Pistachio, Hazelnut Latte, Velvet Ohana, & Crispy Rainbow (Biskut Lidah Kucing).
Tahun ni macam teringin nak makan tart nenas gebu sedap . Bukan mudah nak jumpa premium pineapple tart sekarang ni, nak home baked memang bukan kemahiran ana sangat. Tak pernah lagi buat sendiri tart nenas jadi sekarang ana dah tahu dah mana nak order dan beli.
Kalau korang nak join ana mencari biskut, snack ,premium extra moist fruit cake dan cookies dari Cookies Vibe jom kita ke laman web : www.cookiesvibe.com Penghantaran melalui pos seperti yang ana cerita di atas tadi selamat tak pecah biskutnya tapi untuk mereka yang berada di kawasan Lembah Klang akan di hantar dengan MrSpeedy.
Korang juga boleh membuat pembelian secara COD melalui agent terdekat di kawasan korang dengan mencari mereka melalui hashtag (#VibersFamily) : senang nak pick up Cookies nanti. Boleh buat preorder raya , dan bayar secara ansuran. Punya lah mudah kan untuk korang dapatkan cookies sedap ni.
Bagi yang kaki bisnes tu nak cari duit raya korang juga boleh menjadi agent kuih raya Cookies Vibe di seluruh Malaysia . Register sebagai #VibersFamily di website di atas dan pakej-pakej yang ada boleh lihat di website, serendah RM55/ sebulan untuk 6 jenis cookies. Cookies Vibe dah ada agent di seluruh Malaysia, Singapura & Brunei.
Korang juga boleh sahaja ke Showroom Cookies Vibe di:
U1-19 , Tingkat 1,
Flexis, One South,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Waktu perniagaan adalah : 10AM - 6 PM (Selasa - Sabtu)
10 Comments
Menarik, boleh cuba ni
ReplyDeleteteringin nak makan cookies boleh lah order je Syaz :)
Deletesedapnya kukis kak ana,, kukis ni kalau ikutkan ambil masa kat dapur, lagi senang kalau beli terus hii. Lagipun kukis semua ni nampak macam sedap
ReplyDeletetu la wani, kalau rajin boleh je buat tapi kalau nak senang order je kan :)
DeleteNampak menarik cookiesnya..bila wfh ni memang kerja nak mengunyah ajer..
ReplyDeletekan azi ada je nak di kunyah bila duk rumah ni :)
Deletesedhh sedapnya.. kalau makan sambil tgk tv sedar2 dah habis sebalang
ReplyDeletetu lah laju je habis sebalang hehe :)
DeleteWah nampak best cookiesnyaa
ReplyDeletesedap Cik TK citarasa home baking cookies2 nya :)
Delete