Rabu pertama hari ini di dalam tahun 2021. Mengimbau kenangan silam sangat apabila ana terpandang gambar kerusi merah design lama ni facebook. Tersenyum sendirian bila mengenangkan jauh sudah perjalanan pinjaman usia ini. Ini lah dia, kerusi lama di rumah kami dahulu ketika di usia kanak-kanak. Sekitar tahun 1980-an , masih jelas di ingatan abah beli set kerusi sebijik seperti di dalam foto di bawah ni untuk menggantikan kerusi rotan lama di rumah arwah tok. Masa tu kami tinggal di rumah arwah tok. 

Bukan main girang dapat kerusi baru, trend terkini sangat waktu tu. Kerusi ni dibaluti dengan plastik tebal warna merah bercorak hitam awan larat. Kerusi ni ada arm rest kiri dan kanan dan di datangkan dalam satu set. Sebuah kerusi panjang 3 seater dan 3 buah kerusi single. Dalam kerusi ni rupanya berisi sabut kelapa di dalam bingkai besi hitam. Ana tahu ia sabut kelapa pun bila kerusi ni dah uzur dan mula merekah nampak lah isi perutnya. Masih ada gambar lama kami sekeluarga dengan kerusi seperti ini di dalam simpanan cuma tak dapat di terbitkan kerana ada aurat yang perlu di jaga. 


kerusi zaman dahulu

Kerusi zaman dahulu

Begitulah peredaran zaman silih berganti. Ana sertakan juga di bawah ini beberapa lagi foto kerusi-kerusi zaman dahulu sepanjang ana lalui dari kecil pengalaman hidup. Banyak lagi sebenarnya terlintas di fikiran cuma tak jumpa pula cariannya di internet. Ye laa masa tu tak ramai yang ada kamera untuk di abadikan dan langsung tak wujud pun sosial media untuk berkongsi. Terima kasih atas perkongsian-perkongsian foto di Google Image yang ana terbitkan semula disini sebagai #throwback ke zaman silam. Pasti korang yang pernah melaluinya akan tersenyum simpul mengimbas memori. Tak nak mengaku pun tak pe, duk diam-diam naa. Sat gii orang tau pula kita dah tuaa huhu !!


Kerusi zaman dahulu


Kerusi rotan seperti ini dahulu ada di rumah mak saudara ana. Rumah arwah tok pun ada tapi anyaman rotannya rapat-rapat di bahagian sandar belakang dan arm restnya pula daripada kayu. Tak jumpa ana fotonya untuk di kongsikan disini. Kerusi rotan ni selain ada di ruang tamu rumah juga ada di pejabat-pejabat kerajaan tak pun di pejabat guru besar kat sekolah masa tu. 


kerusi zaman dahulu


Kerusi rotan macam pun ada juga di rumah arwah tok dahulu. Kira sekarang ni lebih kurang fungsinya macam lounge chair lah kan. Sedap duduk kerusi ni bersandar pada rotan bahagian belakang . Tak lah keras macam kayu duduk pun selesa. 


kerusi zaman dahulu
 
Hat ni pula kerusi makan. Ni kira dah moden sikitlah bila kami dah ada kerusi makan macam ni kat rumah. Warna merah dan alas kusyen di seat dan penyandarnya di perbuat daripada fabrik baldu. Ada corak-corak pada baldu tu. Masa tu ada juga jadikan kerusi pengantin di pelamin. Maklumlah masa tu pelamin buat sendiri mana ada macam sekarang ni sewa. Maka gunakanlah kreativiti mak andam dalam mendekorasi majlis perkahwinan silam. Alhamdulillah ramai pasangan dahulu kekal hingga ke akhir usia. 


kerusi zaman dahulu


Inipun salah satu set kerusi makan zaman dahulu juga. Sampai tercabut-cabut alas plastik pada lapisan kayu tu kami masih guna. Tak pasti plastik atau material apa sebagai cover pada kerusi papan lapis dan berbingkai besi ni di gunakan. Ada 6 biji untuk satu meja makan. Selalu di jadikan alternatif sebagai tangga untuk panjat almari dan sebagainya. Ana tak suka kerusi ni sebab duduk atasnya keras kayu kejung je. Maklum lah kecil-kecil dahulu badan ana kurus kering , bila duduk terus atas tulang pinggul mau tak sakit. Haha !


kerusi zaman dahulu

Last nak throwback dengan korang inilah dia kerusi pengantin yang tersohor zaman dahulu. Pii laa negeri atau daerah mana pun dalam Malaysia ni, inilah dia design kerusi pengantin paling popular. Warna pun standard jer putih cuma bahagian kusyen tu ada yang merah selain kuning. Kerusi pelamin ana dulu pun ini lah dianya. Kami sewa kerusi ni. Memang boleh buat duit kalau ada kerusi ni zaman tu. Orang sewa kalau ada majlis perkahwinan. Kerusi ni kerusi ruang rehat di luar rumah lah pada orang have-have masa tu. Tak caya cuba tengok filem-filem 80-90an kalau rumah orang kaya ada lah kerusi ni kan. Teringat filem AR Badul, Tan Sri Jins Shamsudin, Rosnani Jamil dan sebagainya antara filem-filem box office ketika eranya.

Begitulah kisah kehidupan. Zaman bertukar ganti. Pengalaman adalah sesuatu yang amat berharga untuk di jadikan kisah kehidupan. Banyak kekurangan waktu dahulu jika di bandingkan masa kini namun Alhamdulillah ianya cukup indah ketika kami melalui. Semoga baki pinjaman usia ini akan di isi dengan kebaikan untuk di bawa pergi menuju destinasi abadi. Aamiin. 

18 Comments

  1. kerusi legend zaman kita dulu dulu., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wak merasa waktu kecil2 dahulu kerusi merah tu hehe :)

      Delete
  2. Kerusi yg merah tu mmg ada di rumah nenek dulu..kerusi dulu punya kuat tahan lama xmcm kerusi zmn skrg

    ReplyDelete
  3. Set sofa rotan tu sampai sekarang masih cantik lagi kat rumah arwah mak CP. Masih kukuh elok

    ReplyDelete
  4. Dah kira perabut antik sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. Yang rotan tu maaih ada di rumah nenek saya, klasik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi ye syaz,lama tahan perabot dulu2 ni kan :)

      Delete
  6. Semua tu dana dah pernah jumpa masa kecik.... kalau yg corak2 awan larat tu selalu jd keruzi kat pelamin... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Dana, tu lah kerusi kat pelamin kak ana dedolu hehe :)

      Delete
  7. Baca sambil senyum...terimbau kenangan lalu.

    ReplyDelete
  8. Haha. Legend kerusi-kerusi dalam entry ni. Arwah nenek saya ada kerusi yang first tu, tapi warna merah plain. Geram tengok gebu macam tu rasa nak cucuk. Kerusi last tu selalu orang kaya letak kat laman, minum teh petang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sal, kalau tonton filem dulu2 mesti ada kerusi2 ni :)

      Delete
  9. Legend sangat ni K. Ana. Gambar pertama tu jiran Mrs. A ada dulu tapi color hijau hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ada gak warna hijau ye mrs A, ingatkan merah je hehe :)

      Delete