Segala neka menu sekarang ni laris dan trend dengan perisa salted egg atau telur masin sebagai bahan sadurannya. Antara snack yang viral di pasaran sekarang ni kebanyakkannya menggunakan bahan dari salted egg. Memang sedap sedar tak sedar licin sebalang jadi kudapan anak-anak di rumah. Bagi sesetengah kita ni kurang berkemampuan juga dengan harga jenama-jenama terkenal dengan snack kudapan salted egg ni, jadi hari ini ana nak kongsikan dengan korang, salah satu snack sedap rangup yang murah dan boleh di buat di rumah dengan perisa salted egg. Ini lah dia kudapan cornflakes salted egg.


resepi dan cara buat cornflakes salted egg


Resepi dan cara buat cornflakes salted egg 

Bahan-bahan untuk cornflakes salted egg 

Cornflakes - ana guna 1 kotak Kellog's gold 
Serbuk salted egg - boleh beli di kedai-kedai bakery
Marjerin 
Daun kari
Serbuk cili 

Cara buat cornflakes salted egg

Korang boleh je tonton di video di bawah ni , mudah sangat pun. Cuma dalam video ni ana menggunakan air fryer untuk merangupkannya lagi, Kalau tak ada air fryer pun dah crunchy dah snacks korang tu.



1. Cairkan mentega dalam kuali, api perlahan supaya tak cepat hangit mentega korang nanti. 

2. Masukkan serbuk cili ikut kepedasan masing-masing suka pedas buh la banyak. 

3. Masukkan daun kari dan biar garing seketika. 

4. Masukkan serbuk salted egg secukupnya, tak perlu garam dah yer sebab ia dah cukup masin.

5. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat dan kering.

6. Masukkanlah cornflakes dan gaul rata sekata. 

7. Bila dah cukup garing saduran sekata matikan api. 

8. Kalau nak lagi crispy bolehlah panaskan seketika di dalamair fryer atau oven dalam beberapa minit supaya kering cornflakesnya .


resepi cornflakes salted egg

Selamat mencuba naa.. percaya lah kejap je habis sebalang. Tak dan nak simpan lama mana. Murah dan muai bila buat sendiri di rumah ni berbanding beli kan. 



12 Comments

  1. ini klu makan dekat office sambil buat report, mmg satu balang habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan AZ krup krap selesai sebalang hehe :)

      Delete
  2. buat sendiri puas hati banyak kan kak..kalau beli berebut hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia Diah nak makan puas buat sendiri jer hehe :)

      Delete
  3. First time nampak resepi corn flake salted egg. Selalunya orang buat kulit popia salted egg.

    ReplyDelete
  4. Aduh terbayang bila mengunyah tu krup krap krup krap.

    ReplyDelete
  5. wah sedap ni . senang ja buat kan :) okay nak try nanti hihi

    ReplyDelete