Dah terjatuh hati pula dengan tanaman pokok ati-ati ni. Bukan apa, ana ni suka pada tanaman yang mudah nak biak dan juga murah-murah harganya. Kerana bukan semua pokok tanaman bunga dan pokok hiasan ni mampu bertahan lama dan berjaya di biakkan, ada yang lepas beli di nursery bertahan sebulan dua dan kemudiannya mati. Lain pokok lainlah kaedah penjagaannya. Jadi dengan membeli pokok dan benih tanaman hiasan yang biasa-biasa ni tak lah kecewa seandainya tak mampu bertahan ye dak.


jenis-jenis poko ati-ati

Pokok ati-ati ni asalnya ana dapat dari benih yang mak bagi dari kampung sahaja. Ana patahkah salah satu batang pokok ati-ati bawa balik dan tanam , Alhamdulillah dah hidup mekar subur di laman AJ . Dah sekarang ni pun dah ana biakkan kepada beberapa pasu supaya tidak putus benih. Memang mudah sangat nak biakkan pokok ati-ati ni, korang boleh tonton cara biakkan pokok ati-ati dalam video di bawah ni : 

Cara tanam pokok ati-ati 




Jenis-jenis pokok ati-ati 

Kat bawah ini ana kongsikan 7 varian atau jenis pokok ati-ati yang ana ada di laman AJ . 3 daripada nya adalah yang ana ambil dari mak di kampung dan lagi 4 baru sahaja ana beli di nursery kedai bunga abang Isa sekitar kediaman ana ni sahaja. Tu pun sebab sekarang ni masih PKP kalau tak dah nak ke Sungai Buloh dah nak tambah koleksi lagi, hehe 😊😊


pokok ati-ati


pokok ati-ati


pokok ati-ati


pokok ati-ati


pokok ati-ati


pokok ati-ati


pokok ati-ati


Penjagaan pokok ati-ati ni tak lah sukar dan tak perlu sangat perhatian khusus. Cukup sekadar pencahayaan yang cukup kerana pokok berwarna perlu kepada sinaran matahari. Tetapi perlu juga kelembapan air secukupnya. Ia mudah kering kalau tanah jenis tak simpan air. Pastikan ia di siram secukupnya pada mengikut kesesuaian cuaca. Taburkan baja sebulan sekali pun dah memadai dan tips untuk mencambahkan pokok ati-ati agar banyak cabang adalah dengan membuang pucuk muda dengan itu ia akan bercambah dahan baharu. Batangnya jangan di buang tetapi tanamkan ke dalam pasu lain supaya ia dapat di biakkan dengan banyak nanti, In Shaa Allah. 



10 Comments

  1. Good sharing kak ana. Manala tau esok lusa mak ayah saya teringin nak tambah koleksi pokok, boleh saya suggest pokok ati-ati

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa boleh jer Sal senang jaga pokok ati2 ni :)

      Delete
  2. Banyak rupanya species pokok ati- ati ni erk...best kalau dapat tanam pokok bunga kat rumah

    ReplyDelete
  3. Cantik pulak pokok ati-ati nie Ana. Kalau tak silap arwah Mak Sue pernah cakap yang pokok ati-ati nie boleh buat ubat.. tapi lupa ubat untuk apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sue ada yang kata macam tu juga tapi kita ni lebih pada lanskap kan hehe :)

      Delete