Kadang-kadang bila ada daging ayam di rumah, jenuh nak fikir menu apa nak di masak dengan ayam ni kan ? Dalam seminggu paling tidak sekali mesti akan masak lauk dari daging ayam. Puas lah duk ulang-ulang kari ayam, kurma ayam, tomyam , ayam goreng berempah, rendang dan sebagainya. Kalau lah dapat resepi baru yang boleh di masak dengan daging ayam ni mesti semangat nak cuba , kan.
Ana di perkenalkan dan pertama kali menikmati masakan ayam kapitan atau ada sesetengah orang panggil ayam kari kapitan ni dari adik ipar ana Julia Alisya. Ada sekali tu Julia masakkan ayam kapitan ni di rumah mak masa kami balik kampung, bila rasa, Masyaa Allah sedap pula. Ada rasa ala-ala rendang tapi tak menggunakan kerisik. Bagi yang nak merasa kelainan dalam menu masakan dari daging ayam, meh ana nak share dengan korang resepi dan cara masak ayam kapitan.
Resepi ayam kapitan
Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam kapitan di bawah adalah untuk setengah ekor ayam, jadi kalau korang masak seekor ayam tambahkan lah bahan-bahannya supaya kari kapitan akan pekat dan sedap untuk di nikmati, In Shaa Allah.
Setengah ekor ayam - potong, bersihkan gaul garam dan kunyit, di goreng separuh masak, ketepikan.
Bahan yang perlu di blend adalah :
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 batang serai
*1 biji buah keras ( kalau tak letak pun okay sahaja )
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup ( kalau tak ada boleh gantikan dengan serbuk kunyit )
*1 inci lengkuas
* 2 helai daun limau purut
Kesemua bahan di atas perlu di kisar dalam chopper kering tanpa air naa ..
3 sudu besar cili pes
1/2 sudu asam jawa jadikan perahan air asam jawa yang pekat
santan pekat dalam 1 mangkuk besar
2 helai daun limau purut di hiris
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara masak ayam kapitan
1. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili pes dan biarkan pecah minyak seketika.
3. Masukkan ayam yang dah di goreng dan gaul rata.
4. Masukkan santan pekat dan biar mendidih sekali masukkan jus asam jawa.
5. Rasakan dengan garam secukupnya dan taburkan daun limau nipis yang di hiris.
6. Resepi ayam kapitan ni kuahnya agak pekat seperti rendang yang berkuah.
Apa rasa masakan ayam kapitan ni ? Ia bagaikan gabungan rasa rendang dan masak lemak ayam cuma ada aroma dari daun limau purut yang memberikan sentuhan masakan nyonya pada resepi asalnya. Sedap di makan dengan nasi dan ana pasti kalau di makan dengan pulut macam lemang pun pasti sedap. Kalau nak kelainan rasa bolehlah mencuba naa resepi ayam kapitan versi Anajingga dot com . Selamat mencuba....
biasa dengar nama tapi tak pernah cuba atau jumpa resepi, menarik jugak nih.. nanti nak cuba lah... kadang sampai takde idea nak masak apa dah... ayam ni kadang seminggu sampai 2-3 kali kene masak seminggu
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
16 Comments
assalamualaikum
ReplyDeleteselamat pagi
semoga semua urusan dipermudahkan
waalaikumsalam Anum
Deletebiasa dengar nama tapi tak pernah cuba atau jumpa resepi, menarik jugak nih.. nanti nak cuba lah... kadang sampai takde idea nak masak apa dah... ayam ni kadang seminggu sampai 2-3 kali kene masak seminggu
ReplyDeleteitulah Dana pening dah nak fikir menu dari ayam ni kan :)
Deleteyummmyyy,tgk pun tau sedap :)
ReplyDeletejom masak AZ :)
DeleteWah macam mudah resepinya,boleh try ni.Selalu juga ketandusan idea nk masak ayam.
ReplyDeletecubalah kak SI mana tahu kena dengan selera sekeluarga
Deletemenyelerakan
ReplyDeletesedap kak :)
Deletekuahnya pekat makan dengan nasi panas alahai sedappp
ReplyDeletehaah mama pekat kuahnya
DeleteNANTI RAYA..KAMI NAK MAKAN MAKAN RUMAH KAK ANA TAU HAHAHA
ReplyDeletehuhu in shaa allah Kolin
DeleteNampak sedap tu kak ana..bahan pun x susah..nanti boleh la cuba resepi ni....
ReplyDeletecuba naa SA tambah cili api untuk lebih pedas adjust citarasa negori hehe :)
Delete