Baru-baru ni , salah seorang sahabat blogger ana bagitau di FB yang whastapp nya telah di hijacked dan scammer menyamar menjadi dirinya dengan letakkan DP foto FB beliau. Paling bahaya lagi bila scammer tersebut menghubungi contact list dalam whatsapp minta pinjam duit. Ini adalah antara taktik penipuan scammer terkini waktu ini. Depa dah tak call menyamar polis atau mahkamah lagi tapi tukar MO dengan hacked whatsapp orang pula.
Taktik ini dah banyak kenalan ana terkena, tak kira lah rakan blogger, guru sekolah dan sebagainya ramai rakan-rakan depa pun terkena. Cuma bernasib baik tidak terus memberikan wang yang nak di pinjam sebalik ramai dah cerdik dengan menghubungi nombor asal yang jadi mangsa penyamaran tu. Pendedahan ini juga telah di kongsikan oleh salah seorang pegawai polis dalam video di bawah :
Cara setting two step verification pin di whatsapp
Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini untuk mengaktifkan pin code two step verification agar akaun whatsapp kita tidak mudah di godam oleh scammer yang akan mengambil alih dengan menyamar sebagai diri kita dan memperdaya senarai contact list yang ada.
Langkah pertama - masuk ke aplikasi whatsapp dan klik pada 3 titik bertindih di bahagian atas kanan seperti foto di bawah.
Langkah kedua , pilih option setting pada pop-up menu yang keluar .
Langkah ketiga klik pada Account ( di bawahnya tertera Privacy, security, change number ) . Di mana scammer boleh menukar kan dan mengambil alih whatsapp kita dengan option change number. Jadi bila kita mengaktifkan pin code 6 digit, sukar untuk mereka masuk ke akaun tanpa pin code yang kita create ini. Dan kerana itulah scammer akan call atau sms ke nombor telefon kita untuk mendapatkan verification code pertukaran nombor whatsapp seperti yang di jelaskan di dalam video di atas. Hati-hati naa.. Jangan sesekali menyerahkan apa-apa code atau tac kepada sesiapa.
Langkah ke empat , kita perlu klik pada Two Step Verification seperti di bawah dan masukkan pin code rahsia enam digit sebanyak dua kali untuk comfirmation code. Pin number ini adalah yang kita pilih sendiri ( create pin number ) . Pastikanlah korang ingat atau catat kat mana-mana pin number code ni, kay. Samalah macam pin number kad ATM gituew..
Langkah ke lima , kita juga di minta memasukkan email untuk tujuan verifikasi sekiranya untuk tukaran pin code atau sekiranya terlupa dan sebagainya.
Selesai lah sudah cara untuk setting pin code verification pada aplikasi akaun whatsapp untuk langkah keselamatan supaya tidak mudah di godam oleh mereka yang berniat jahat. Mudah-mudahan ia dapat membenteras kegiatan scammer yang tak habis-habis mengambil peluang di atas kelalaian kita semua.
Sebarkan dan war-warkannya di kalangan kenalan agar kita sama-sama peka pada taktik-taktik terbaharu scammer untuk menipu wang mangsa agar tidak mudah terpedaya dengan mudah. Perlu hati-hati dalam segala urusan secara online ini dan jangan terburu-buru dalam melakukan sebarang transaksi. Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah swt dari segala keburukan di dunia hingga akhirat. Aamiin.
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
12 Comments
Tidak sangka tipu melalui whatsapps pula.
ReplyDeleteMO terkini scammers tukar ke whatsapp pulak dah NA
DeleteTq sharing Kak Ana. Sekarang ni macam-macam kan... sama-samalah kita berhati-hati.
ReplyDeletebetul tu kena war-war kan supaya ramai lebih alert PH
Deletetq ana penjelasannya era baru sarat cabaran
ReplyDeletebegitulah PI bila semua di hujung jari akal dan minda perlu lebih berhati2
DeleteTerima kasih kak perkongsian.
ReplyDeletesemoga bermanfaat PC
DeleteTenkiu for sharing AJ.
ReplyDeleteAda kawan fb yang jadi mangsa scammer terbaru ini. Takut juga bila baca :)
semoga bermanfaat Shima
Deletethank you sharing this ... needed to spread sbb benda ni penting
ReplyDeletebetul tu perlu di war war kan agar lebih ramai tahu
Delete