Anak-anak di rumah ni agak gemar dengan menu-menu Pantai Timur sekali sekala sebagai hidangan. Mana nak hilang kan sebelah ayahnya berasal dari Kelantan, sedikit sebanyak selera Kelantan tu ada pada anak-anak. Nak dapatkan stok barang masakan dari Kelantan atau lebih kepada menu-menu Thai ni agak payah di Rawang ni. Mujur juga adanya kedai Ulek Mayang berhampiran Tesco Rawang di mana ada menjual produk-produk masakan Thai dan Pantai Timur di sini. Mudah lah nak beli. 


Kedai produk  masakan Kelantan dan Thai di Rawang


Restoran Nasi Kukus Ulek Mayang ni pernah ana review menu nasi kukus nya di SINI  Menu-menu masakan nasi kukus dengan pelbagai lauk pauk seperti ayam dara, burung puyuh, ayam kampung dan sebagainya memang sedap dan kena dengan selera kami. Dah beberapa kali kami singgah makan kat sini. Harga pun murah sangat-sangat. Kalau korang ke Rawang teringin nak makan menu-menu Pantai Timur ni boleh lah singgah ke Nasi Kukus Ulek Mayang. 

Kedai produk bahan masakan Kelantan dan Thai di Rawang


Kedai produk  masakan Kelantan dan Thai di Rawang


Selain makan di Nasi Kukus Ulek Mayang ni, kami juga selalu membeli bahan-bahan masakan dari Kelantan dan Thai di sini. Antaranya kami selalu beli Meggi Siam untuk buat kerabu meggi kat sini. Sebungkus RM1.50 sahaja. Kalau tak ada meggi Thai ni tak jadilah kerabu meggi ala Thai ye tak .


Kedai produk  masakan Kelantan dan Thai di Rawang


Bukan setakad itu sahaja, bila nak makan keropok ikan dan sebagainya pun kami akan cari kat sini. Pelbagai jenis keropok Kelantan di jual ikut timbang kilo. Keropok kat sini sedap dan nipis-nipis bila di goreng. Dah ada jual keropok mestilah kena beli colek nya sekali. Sebab tu mudah ada kat sini bila nak makan menu-menu Kelantan dan Pantai Timur ni. Cari jer di kedai makan Nasi Kukus Ulek Mayang di Rawang.


Kedai produk  masakan Kelantan dan Thai di Rawang


Segala neka rempah ratus pun ada tau, rempah kerutuk , rempah gulai kawah, beras nasi dagang, serbuk teh Thai, pelbagai sos masakan Thai pun ada. Bawang putih jeruk, budu usah kata lah, serunding, sata , lokcing atau satay ikan semua pun ada kat sini. Memang terasa macam kat Kelantan dah bila datang membeli keperluan produk masakan Pantai Timur dan Thai disini. 


Kedai produk  masakan Kelantan dan Thai di Rawang


Kedai produk  masakan Kelantan dan Thai di Rawang


Kedai produk  masakan Kelantan dan Thai di Rawang


Jadi bagi korang yang tinggal di sekitar Rawang atau kebetulan berada di Rawang nak cari bahan-bahan produk  masakan Kelantan dan Thai, seperti beras nasi dagang, keropok , colek, budu, lokcing dan sebagainya , singgah lah ke Nasi Kukus Ulek Mayang. Bolehlah mencuba menu masakan nasi kukus, mee celup depa sambil menikmati makanan Pantai Timur dan boleh beli pula keropok, budu, colek dan sebagainya produk masakan Pantai Timur dan Thai disini. Berbaloi kan. 


Kedai produk  masakan Kelantan dan Thai di Rawang

Kedai Nasi Kukus Ulek Mayang ni terletak di B27-G , JALAN REEF 1/2 , PUSAT PERNIAGAAN REEF,  Rawang, Selangor. Landmark nya berhampiran Tesco Rawang sebelah deretan belakang Restoran Ali Maju. Waze jer In Shaa Allah sampai...

19 Comments

  1. Boleh singgah. Adik saya duduk Rawang.

    ReplyDelete
  2. waaa...bestnya.. .. nak beli pes tomyam, sos ikan, pati limau nipis, serunding, sata, lokcing...adehhh...banyaknya nak beli. tapi jauhhh

    ReplyDelete
  3. uish..bestnyaaaa lokcing tu da lama tak makan...ooo igt buat kerabu megi tu pkai megi baisa je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti suka makan masa sekolah dulu eh AD, eh tak kena ada meggi siam tu baru jadi kerabu meggi siam AD hehe :)

      Delete
  4. Senang ada kedai macam ni. Lepas makan boleh beli bahan untuk cuba masak di rumah pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sal bila rindu menu2 kelantan dah ada bahan mentahnya untuk di masak :)

      Delete
  5. assalamualaikum
    singgah selasa petang
    harap semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. senang nak shopping kedai klu mcm2 ada ni kan, tambah2 klu sharing thai poduct yg pure

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah nasib kat kl ni senang sket dpaat masakan pantai timur ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan AR mudah juga nak dapatkan produk2 macam ni

      Delete
  8. Wah.. nanti Sue nak kena sana juga lah. Tq for sharing Ana..

    ReplyDelete
  9. Wah menarik ni boleh try kalau p area sana

    ReplyDelete