Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia


Setiap dari kita pasti menginginkan sebuah rumah dengan tatarias ruang dalaman mengikut impian yang telah lama terpendam. Ana sendiri melaluinya ketika mula-mula menandatangani S&P rumah pertama dahulu lagi. Waktu itu kami hanya mampu membeli sebuah apartment di Ukay Perdana. Setiap bulan pasti akan membeli beberapa majalah dekorasi untuk mendapatkan idea mendekorasi setiap ruang yang ada. 


IDW Design Book


Kemudian sekali lagi keterujaan yang sama sewaktu kami membeli pula sebuah kediaman landed house. Bertambahlah anganan dan impian untuk memberikan sentuhan di setiap sudut ruang dengan citarasa sendiri. Cuma waktu itu tiada kemampuan kewangan untuk mengambil khidmat ID . Alhamdulillah berpandukan majalah dan rancangan dekor di kaca tv, perlahan-lahan kami hiasi ruang mahligai impian mengikut kemampuan yang ada. 


IDW Design


Alangkah indahnya jika waktu itu telah adanya sebuah naskah yang lengkap dengan hasil sentuhan sebuah syarikat ID ternama untuk dijadikan sumber inspirasi dan rujukan.. Bertuahnya mereka yang waktu ini sedang dalam proses untuk pengubah suaian dalaman rumah mahupun bakal berpindah ke rumah baharu. Ini kerana sekarang telah terbitnya sebuah naskah dari IDW Design yang memaparkan 200 design ruang dalam rumah pelbagai sudut bersama floor plan yang boleh di gunakan sebagai rujukan kepada kontraktor untuk proses ubahsuai ID. 

Jom kita layari serba sedikit mengenali kisah insan hebat di sebalik terhasilnya sebuah naskah berharga yang dapat merealisasikan impian ruang kediaman kita walaupun tanpa badget yang tinggi. Kini semua orang mampu dengan hanya memiliki sebuah buku . 

- Cabaran Membina IDW

IDW Design Book


Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, ketika masing-masing berikut 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam  Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta. Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM1.7k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.

Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.


IDW Design Book


Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

- Tragedi Kebakaran

Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.




Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki  kediaman impian yang cantik dan sempurna. 

Fenomena COVID


Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.



Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik. Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.

Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.

Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.


IDW Design Book Collection


Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti. Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik.

Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.

Ana akan hadiahkan naskah buku IDW Design Collection ini buat adik ipar yang bakal mendiami rumah baharunya akhir tahun ini nanti. Semoga ia akan memberikan idea buatnya untuk menatarias kediaman mahligai impian mereka sekeluarga. 

Dimana boleh beli buku "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN IDW ini?

Anda boleh dapatkan "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!

RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)

Untuk keterangan lanjut, ID yang telah di hasilkan layari ke :



#IDWMalaysia
#IDWDesignCollection 
#FIRSTPLUGandPLAYINTERIORDESIGNBOOKINMALAYSIA
#idwdesignnbuild
#200exclusiveinteriordesignsin1book
#bestinteriordesigninmalaysia  
#houseinteriordesigninmalaysia  
#interiordesigninmalaysia
#topinteriordesigninmalaysia
#topinteriordesigninselangor
#topinteriordesigninshahalam
#minimalisthousedesign
#modernhouseinterior
#bohoroomdecor
#bohemiandecor
#contemporaryinteriordesign
#houseinteriordesigninselangor
#aestheticbedroom
#livingroomdesign
#bedroominteriordesign
#Interiordesignbumiputra
#outdoordecor
#famousinteriordesigners
#famousinteriordesignersinmalaysia
#artdecointeriordesign
#3droomdesign
#decorationdesign
#interiordesignnearme

12 Comments

  1. Bagus buku ni tapi harganya agak mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal kerana ada di sertakan floor plan bagi mereka yang nak gunakan design ada untuk reno wak, berbaloi dari kos bayar ID kan hehe :)

      Delete
  2. bila belek sehelai-sehelai halamannya tu kak, berangan betul kalau dapat deko secantik itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Dana paling tak kita dapat banyak idea dalam buku ni

      Delete
  3. moga ilham deko melimpah bersumberkan buku ni

    ReplyDelete
  4. kalau yg jenis suka deko rumah or anything ,buku ni sesuai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi yang dah ada rumah baru tu kena ada buku ini untuk inspirasi renovation ID kan

      Delete
  5. cantik2 kan reka dalaman dr IDW nie.. terbaik sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Fiza, cantik2 elegan semua design dari IDW

      Delete