Rawatan & petua tradisional ubi bemban untuk sakit kayap
Belum sempat nak bercerita dengan pembaca setia blog ana , mak di masukkan ke wad HTI bulan lepas dan Alhamdulillah ana dan Kak Long dapat permit polis, kami berdua balik kampung dan jaga mak sampailah keadaannya beransur pulih. Asalnya kata abah, mak demam panas dan tak selera makan sejak dua hari sebelumnya . Abah hubungi adik di Manjung dan malam tu terus bawa ke emergency . Sampai pukul 4 pagi juga lah baharu mak di masukkan ke wad kerana pelbagai ujian termasuk xray dan sebagainya di lakukan.
Inilah rupa ubi bemban yang di gunakan secara tradisional untuk sakit kayap |
Sepanjang masa di wad, mak di berikan drip antibiotik dan sehari sebelum discaj di tukar kepada pil antibiotik. Ana berikan pada mak 5 biji sekali makan dan setiap hari 4 kali. Bermakna 20 biji pil antibiotik perlu mak telan. Untuk rawatan kulit nya pula doktor berikan ubat cecair berwarna ungu ( kalium permanganat kalau tak silap ana ) yang di bancuh dengan air kemudian di spray pada bahagian yang di jangkiti kayap.
Alhamdulillah kian lama, kulit yang terkena kayap di badan mak kian mengering dan tidak lagi merah seperti sebelumnya. Memang sakit dan perit bila ana kongsikan berita mak ni pada saudara-mara dan juga rakan-rakan pesakit dan waris yang ada di wad waktu itu. Ada dua tiga orang yang pernah mempunyai pengalaman sakit kayap ni termasuk lah seorang jururawat kat sana.
Pokok ubi bemban ( kredit buat pemilik foto ) |
Sepanjang di wad, ana hanya teruskan rawatan perubatan hospital dan bila dah balik rumah pun ana pastikan mak habiskan antibiotik dan juga spray ubat yang di bekalkan pihak hospital. Cuma ramai saudara mara yang call bagitau salah satu rawatan alternatif atau secara tradisional yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan ubi bemban.
Pagi tu besan mak datang ziarah di rumah dan bawakan beberapa ketul ubi bemban. Ini lah pertama kali ana lihat bagaimanakah rupa ubi bemban selalu dengar cerita orang sahaja. Petua untuk mengurangkan dan mengeringkan kayap dengan ubi bemban ini di gunakan oleh orang-orang dahulu di kampung-kampung. Caranya dengan membuang kulit dan kemudian tumbuk atau kisar untuk dapatkan sagunya. Campurkan pula dengan bancuhan bedak sejuk dan sapu pada bahagian kulit yang terkena kayap.
bedak sejuk |
Ana cuba juga petua lama ini cuma ana pastikan ianya betul-betul bersih dari proses menumbuk hinggalah sapuan pada kulit kerana bimbang jika ia tercemar mungkin akan mengakibatkan jangkitan kuman pula pada kulit mak. Sebab sejak balik dari hospital ianya dah kering cuma sedikit sahaja berbaki yang belum pulih.
Bila menyapukan ramuan ubi bemban dan bedak sejuk ini, ana pastikan kulit mak betul-betul kering . Kemudian bila dah kering pada badan mak dan kuping bertabur, ana bersihkan semula dengan air bersih sampai tidak berbaki pada kulit. Mandikan mak dan sambung semula dengan spray dari hospital diwaktu malam kerana takut jika lama sangat ramuan bedak sejuk di badan mak boleh juga mengakibatkan jangkitan, ye tak.
Alhamdulillah dengan jagaan kami selama dua minggu, kulit mak beransur baik dan kering. Ana gunakan kedua rawatan namun lebih kepada ubat hospital. Tak salah mencuba cuma kita kena relevan dalam merawat secara tradisional ini dalam aspek kebersihannya kerana penyakit kayap ini sendiri adalah jangkitan virus kata doktor. Pasti kan kita merawatnya walau dengan kaedah kampung, jaga kebersihan sebaik mungkin.
Jangan biarkan ia terlalu lama di kulit dan sentiasa dalam keadaan kering. Banyak lagi petua-petua untuk merawat kayap ni ana dengar dari mulut ke mulut di ceritakan oleh mereka yang tahu mak menghidapnya. Cuma kaedah ubi bemban ini sahaja yang ana gunakan seketika. Nak kata ia baik kerana ubi bemban pun ana tak berani. Kerana ana lebih menggunakan spray dan habiskan antibiotik pada mak.
Apapun kita perlu yakin setiap penyakit ada penawarnya dan sakit itu juga ujian Allah swt buat kita dan insan-insan di sekeliling. Alhamdulillah mak bernasur sihat. Tak salah mencuba rawatan alternatif dan tradisional selagi tidak memudaratkan dan bercanggah dari syariat agama. Yang baik semuanya dari Allah swt dan yang khilaf adalah dari kejahilan dan kekerdilan kita sebagai hambaNya jua.
6 Comments
Alhamdulillah mak makin sihat :)
ReplyDeleteAlhamdulillah Ayu , terima kasih
DeleteAlhamdulillah.. moga mak cepat sembuh
ReplyDeleteAlhamdulillah, in shaa allah
DeleteAlhamdulillah sakit mak ana beransur rembuh
ReplyDeletealhamdulillah PI terima kasih
Delete