Dah setahun rasanya tak masuk pasar malam di kediaman ana ni. Sejak awal PKP pertama dahulu sampai lah ke hari ini. Jadi agak susah juga nak dapat makan kebab kesukaan anak-anak di rumah. Nak cari gerai jual di sekitar taman pun tak ada yang jual kebab. Tambah-tambah lah keterbatasan pergerakan bila PKP 2.0 larangan rentas daerah dan sebagainya. Bila dah teringin nak makan kebab, gunakan kreativiti idea dan terhasillah kebab home cooked dengan ayam di bakar dengan menggunakan air fryer sahaja.
Resepi kebab ayam guna air fryer
Sebenarnya tanpa air fryer pun boleh juga hasilkan kebab di rumah, panggang sahaja di dalam oven. Bila guna air fryer ni mudah dan cepat , itu sahaja bezanya. Jom kita tengok bahan-bahan nak buat kebab ayam mudah di rumah.
Bahan-bahan untuk kebab ayam
Isi ayam
Rempah perapan - ana gunakan rempah ayam madu
Roti pita - boleh beli di pasaraya
Timun
Tomato
Bawang holland
Sos lada hitam
Sos cili
Mayo
Minyak untuk menumis
Cara buat kebab ayam dengan menggunakan air fryer ni korang boleh tonton video youtube di bawah ni
1. Perap isi ayam dengan rempah perapan. Lagi lama perap lagi sedap rasa perapannya selepas di panggang nanti.
2. Masukkan ayam yang siap diperap di dalam air fryer atau oven sehingga masak. Untuk air fryer laraskan pada suhu 200 selama 30 minit. Balikkan ayam selepas 15 minit pertama supaya masak sekata.
3. Keluarkan dan potong isi ayam kepada potongan kecil-kecil.
4. Sementara menunggu ayam masak, bolehlah hiris halus timun, tomato dan juga bawang holland.
5. Panaskan minyak, tumis bawang holland dan masukkan isi ayam yang dah di hiris kecil-kecil tadi.
6. Masukkan hirisan timun dan tomato, gaul rata.
7. Rasakan dengan garam, sos cili dan sos lada hitam jika suka. Matikan api dan sejukkan seketika.
8. Panaskan seketika roti kebab yang dah di potong dua. Balik-balikkan biar agak garing sedikit di kedua-dua bahagian.
9. Paipkan mayo ke dalam poket roti pita dan masukkan inti kebab ayam yang di masak tadi. Paipkan sekali lagi mayo dan kebab sedia untuk di nikmati bersama keluarga.
Siap lah menu kebab ayam mudah yang korang boleh cuba di rumah dan makan puas-puas bersama keluarga. Memang berbaloi bila buat sendiri ni kan. Modal pun jauh lebih murah dari beli. Maklumlah dalam norma baharu kehidupan kita sekarang ni mana yang boleh buat kita try sahaja buat di rumah kan. Selamat mencuba.
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
20 Comments
Air fryer memang banyak membantu memudahkan masak, cepat! Jimat masa dan tenaga.
ReplyDeletebetul tu amie mudah ada satu kat rumah kan
Deletesenang ni boleh cuba, boleh buat bekal anak ke sekolah juga.
ReplyDeleteboleh je azi try naa :)
Deletesedapnya
ReplyDeleteyummy :)
Deletesenang je masak skrg ni kan hahha.. antara rajin n malas je
ReplyDeleteajer yer AR :)
Deletesenangnyaa masak guna air fryer
ReplyDeletepaling best tak perlu banyak nak cuci lepas masak hehe :)
DeleteTerus terfikir, bila kali terakhir saya pergi pasar malam dan bila kali terakhir makan kebab. Rasanya tak pernah lagi sejak covid melanda ni...
ReplyDeletesama lah kak ana pun Ujie :)
Deletesedap tu air fryer memudahkan kerja masak2
ReplyDeletemudah kan kak PI :)
Deletefuhh sedapnyaaa resepi nya pun amat mudah
ReplyDeleteboleh lah cuba Rabia kan :)
Deletenak cuba la jugak sbb baru je beli air fryer..
ReplyDeletecuba lah AK mudah je ni :)
Deletesedap tu kak... kadang makanan gini lah yang kita rindu bila pasar malam takde kan kak...
ReplyDeletehaah Dana sekarang ni banyak dah ada resepi kat internet, boleh je buat kat rumah kan :)
Delete