Ketika masih dalam PKP di mana tidak di benarkan pergerakan rentas daerah, mujur juga di daerah Gombak kediaman kami ni luas dan besar . Alhamdulillah juga terdapatnya lokasi yang menarik untuk kami keluar makan dan shopping. Paling meriah di sekitar Melawati lah kan. Dah boleh sahaja rentas dalam daerah melebihi 10 km kami ke Melawati. Nak cari bahan-bahan dekor rumah di Melawati Mall, kemudian rasmi kan sekali kunjungan ke mall baharu di buka KL East Mall dan singgah makan di M3 Mall. 

Kali ini anak-anak nak makan masakan menu Afghan nasi Arab original dari Timur Tengah. Sebelum ni beberapa kali dah lalu kat restoran Afghan Hadramawt ni cuma kali ini terus masuk dan menikmati sendiri menu nasi Arab Mandy Kambing. Memang sedap dan paling syok murah sangat untuk makan berempat kami sekeluarga. Ini yang nak share dengan korang semua ni. Berbaloi dan sedap.


Afghan Hadramawt Restaurant M3 Mall , Gombak


Nasi Arab Mandy di Afghan Hadramawt Restaurant M3 Mall , Gombak


Afghan Hadramawt Restaurant M3 Mall , Gombak


Tu diaa aih!! Dia punya sup kambung terangkat sedap ya amat. Paling sedap part lemak-lemak tu, nasib baik lah payah nak jumpa jadi tak lah dapat makan selalu ye dak. Menu yang sedap macam ni memang selalunya tak boleh nak makan selalu kerana ia tidak menyihatkan dan mahal ler pulak huhu. Tapi kalau sekali sekala nak menikmati kelazatan menu masakan Timur Tengah original ni apa salahnya kan. Makan sekali kenyang kata orang. Alhamdulillah sedap sangat.


Afghan Hadramawt Restaurant M3 Mall , Gombak

Kami makan set nasi Arab Mandy kambing ni pada harga RM55 untuk hidangan 4 orang. Di sertakan satu set nasi Arab bersama kambing mandy dalam satu dulang dan juga ulam sayuran timun dan lobak. Nasi arab dia memang padu, sedap dan Masyaa Allah.. banyak tak terhabis makan berempat. Turut di berikan dalam menu ialah kuah nampak macam kari tapi tak rasa kari sangat dua jenis berbeza dan satu sos salsa. Sos salsa dia pun teramat sedap bukan ayaq asam naa.. Original sos salsa Timur Tengah. Kami suka sangat. 

Set ni cuma untuk hidangan menu makanan, jadi air kena order lain lah. Kami pilih teh o ais dan teh o ais limau untuk 4 gelas. Semua sekali hidangan menu tengahari tu cuma RM66 sahaja. Murah sangat dah untuk sajian set nasi Arab Mandy kambing kalau di KL ni. Dah lah sedap. Korang boleh sahaja tengok pilihan menu di bawah ni..


Afghan Hadramawt Restaurant M3 Mall , Gombak


Cari item prelove di JAlAN JALAN JAPAN di M3 Mall 


Dan sekarang dah boleh rentas daerah dalam negeri yang sama, kalau korang mengidam nak makan nasi Arab original Timur Tengah, dan berada di sekitar M3 Mall, Gombak ni boleh lah singgah makan dan try sendiri naa. Kat M3 Mall ni selesa sikit nak jenjalan dan shopping parkir banyak dan murah je , kat sini pun ada Jalan Jalan Japan dan kedai Eco yang selesa sebab ia luas dan tersusun cantik nak memilih barang-barang Eco. Laluan LRT pun dekat je kat area sini. Boleh lah nak pi ronda-ronda sambil makan nasi Arab :) 

18 Comments

  1. murahnya kak, boleh makan 4 orang rm55 berbaloi sangat harga tu...
    dana tak pernah masuk lagi kt m3 mall tu, takat lalu pernahla... nanti nak cuba jugak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jauh dari area rumah Dana , nanti pii la try kay :)

      Delete
  2. Agak nya kita ni pernah berselisih bahu la kan...
    heheheh...

    ReplyDelete
  3. sedapnya. rasanya saya pernah makan situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan DP kalau pernah makan dah hehe :)

      Delete
  4. aduhhh sedapnya tengok sup kambing tu kak anaaa!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Dah lama tak makan nasi arab.

    ReplyDelete
  6. apparently makanan arab tak kena with my tekak huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu macam kak ana dengan menu korean la AZ tak kena pula dengan selera hehe :)

      Delete