Trend sekarang ni shopping barang-barang pre-love atau bundle ni bukan lagi sesuatu yang memalukan, ye tak ? Ramai jerr yang tak kisah sangat pasal membeli-belah barang-barang pre-love ni asalkan ia masih dalam keadaan yang masih elok dan boleh di gunakan. Cuma kita kena bijak memilih lah kan. Membeli belah barangan pre-love ni kadang-kadang lebih berkualiti dari yang di jual murah tapi tak tahan lama. Selalunya yang terbaik adalah membeli produk pre-love dari negara Jepun kan. Dan untuk korang yang suka dengan pelbagai pilihan barang-barang pre-love , meh ana nak kongsi dengan korang satu outlet menjual barangan pre-love terus dari Jepun, kat mana lagi kalau bukan di Jalan Jalan Japan




Jalan Jalan Japan merupakan antara kedai serbaneka barangan pre-love dari Jepun yang viral di kalangan pembelinya. Macam-macam ada di jual disini dengan kualiti yang masih baik dan yang penting harga yang murah dengan nilainya. Percaya tak , korang boleh dapatkan baju-baju, kasut, beg dari harga serendah RM1 , RM3, RM5 dan seterusnya di Jalan Jalan Japan ni. Tak percaya ? Meh tengok sendiri apa yang ana kongsikan di sini semasa ana dan anak-anak shopping di Jalan Jalan Japan, M3 Mall, Gombak minggu lepas. 





Jalan Jalan Japan - M3 Mall , Gombak 


Sebelum ni selalu sangat dah tengok rakan-rakan FB duk update depa shopping kat Jalan Jalan Japan . Kebetulan Sabtu tu, kami ke Gombak nak makan nasi Arab, teringat kat sana ada cawangan Jalan Jalan Japan ni di M3 Mall. Saja-saja lah masuk dan Jalan Jalan Japan di M3 Mall ni terletak di aras 2. Naik je escalator tu cari Jalan Jalan Japan ni mesti jumpa punya sebab outlet dia punya lah besar dan luas. Mula-mula masuk nampak lah mainan kanak-kanak , kami pusing-pusing situ sekejap tapi macam tak ada pula yang nak di beli, sebab dah tak ada kanak-kanak kan. 




Berhadapannya pula ada juga di jual pinggan mangkuk dan peralatan dapur. Erm. memang murah tapi untuk kita Muslim ni kalau nak beli pinggan mangkuk pre-love ni kena samak dahulu sebelum menggunakannya supaya bersih dan tidak was-was lagi. Tak berminat juga lah nak beli apa-apa kat ruangan ni walaupun nampak menarik pinggan mangkuk dan perhiasan yang di pamerkan. 






Jalan sikit lagi ke hadapan, tuu diaa!! Banyaknya beg-beg bergantungan kat sana. Serius comel-comel semuanya dan apa lagi Kak Long dan Adik pun sibuk lah duk selak satu persatu beg-beg yang tergantung tu. Macam-macam fesyen ada macam beg tangan bertali, tote bag, beg raga yang comel-comel, tas tangan , beg sandang dan semua adalah. Yang cute, yang eksklusif bergaya, yang ranggi semua ada kat sana. Dan korang percaya tak harganya dari serendah RM1 sampailah RM30 . Kalau korang bijak memilih, korang boleh je dapat yang lawa-lawa dengan harga RM5 sahaja. 






Tak ingat duk kat sini berapa lama lah ana dan anak-anak membelek satu persatu beg-beg yang ada kat sana sebab memang cantik-cantik dan terkini juga lah. Rambang mata weii.. Sudahnya kami ambil 7 beg isi dalam bakul sebelum bergerak ke bahagian lain.








Sebelah bahagian beg tu terdapat pula deretan rak-rak kasut. Macam-macam fesyen kasut ada kat situ. Mula-mula Kak Long ada juga berkenan satu dua kasut tapi biasa lah barangan pre-love ni cabarannya nak cari saiz yang sesuai tu payah kalau fesyen kasut yang kita ingin kan sebab ianya memang satu tu je yang ada kan. Jadi kalau tak ada saiz tu lupakanlah hasrat nak beli, hehe ::) 






Selesai bab beg dan kasut sampai pula kat bahagian kanak-kanak. Comel-comel juga pakaian kanak-kanak kat Jalan Jalan Japan ni cuma kami tak ada kanak-kanak jadi sekadar tengok-tengok sahaja lah. Bukan setakad pakaian kanak-kanak, peralatan kanak-kanak dan bayi pun ada, malah ada yang masih belum di gunakan pun, tersimpan dalam kotak lagi.



Kalau ada yang sedang tercari-cari Baby Car Seat pre-love boleh lah datang ke sini sebab ana tengok memang banyak di jual dan harga pun mampu beli sangat. Kena pandai lah kan pilih yang masih baik kualitinya nama lagi pre-love.






Sampai sahaja kat seksyen pakaian wanita, seronok budak berdua tu memilih dress dan blouse yang tergantung. Punyalah banyak rambang mata nak memilih sebab kebanyakannya yang comel-comel sangat mengikut gaya fesyen orang Jepun lah kan. Ambil masa berjam juga lah nak memilih mana yang boleh di gayakan oleh anak-anak ana ni.








Dari pelbagai blouse, cardigans, sweatshirt, dress, skirts, jacket dan pelbagai fesyen ada kat sini. Uniknya satu helai baju tu hanya ada satu je kat sana, nasib lah kalau dah berkenan tapi bukan saiz korang kan, terpaksalah redho dan carilah yang lain. Cari sampai jumpa yang berkenan dan boleh di pakai. Itu yang ambil ambil masa berjam tu hehe :) Cuba korang tengok antara beberapa pilihan blouse, jacket dan cardigan  Kak Long dan Adik gayakan di Jalan Jalan Japan ni. Lawa tak ? 












Kesemua yang depa gayakan tu harganya antara RM5, RM10 dan RM15 sahaja. Masih cantik-cantik lagi kualitinya. Dan saiz pun saiz-saiz depa jer lah. Saiz ana ni tak jumpa lah yang sesuai dan berkenan di hati. Last-last cuba lah pakai Kimono. Lama dah teringin nak pakai Kimono walaupun bukan dalam busana yang lengkap. Tapi serius, kain-kain Kimono ni corak dan kualiti kainnya amatlah cantik-cantik dan tradisional sangat. Tak beli pun sebab nak pakai ke mana lah kan. Andai kata korang nak cari costume Kimono bolehlah datang sini beli. 




Dah puas belek dan cari pakaian wanita, kami ronda habis satu outlet Jalan Jalan Japan ni dan pelbagai lagi barangan turut di jual termasuklah peralatan berkhemah, set alat golf , permainan kanak-kanak, perhiasan dan yang ramai beli adalah pengumpul koleksi patung-patung karektor anime Jepun. Comel-comel juga. Permainan kanak-kanak pun berlambak-lambak kat sini sampai pening lah budak-budak nak pilih. Mak ayah pun okay je sebab harga dari RM1 pun dah boleh dapat. 












Apa tunggu lagi , kalau korang memang kaki barangan pre-love khasnya dari Jepun pergi lah ke mana-mana cawangan Jalan Jalan Japan di lokasi berhampiran. Ada 5 cawangan Jalan Jalan Japan seluruh negara buat masa ini iaitu di : 

Jalan Jalan Japan - One City , USJ 
Jalan Jalan Japan - Shamelin Mall - Cheras
Jalan Jalan Japan - M3 Mall , Gombak
Jalan Jalan Japan - Center Point , Seremban 
Jalan Jalan Japan - KIP Mall , Bangi ( akan mula dibuka  pada 28hb Disember 2019 ) 





Selepas hampir dua jam duk dalam Jalan Jalan Japan, kami berjaya membeli belah 7 buah beg pelbagai design, 7 helai blouse serta 5 keychain comel-comel. Kesemua tu hanya dalam bajet RM103 sahaja. Berbaloi sungguh kan. Paling awesome dapat beg-beg tu lah memang comel-comel sangat dan boleh lah melaram mengikut kesesuaian nanti. 




Untuk keterangan lanjut korang boleh lah layari ke : 

Laman web : 


Facebook : 




Jalan Jalan Japan 

di buka setiap hari termasuk cuti umum dari 

jam 10 pagi - 10 malam



10 Comments

  1. Wow, menarik ni.. bila balik gombak nanti boleh lah singgah sini.

    ReplyDelete
  2. Adoii rambang mata kak ana oii dpat masuk sini..bila nk p nie..brkenan tgok beg ngn kasut kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Nad, kak ana dengan anak2 sangkut kat bahagian beg2 ni jer haha :)

      Delete
  3. Eh gila tengok....murah pula tu..

    ReplyDelete
  4. wuuuuuuuuuuu ni kalau bawak anak2 pi sekali, mau habis jugak duit sepoket. hahahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. harussss UN mainan memang murah2 comel2 jer :)

      Delete
  5. Replies
    1. lawa dan stylo tapi saiz lah kecil2 je saiz Jepun agaknya hehe :)

      Delete