Alhamdulillah.. dengan izinNya dah hampir seminggu kita umat Islam menjalani ibadah puasa pada tahun 1442H ini. Tahun kedua untuk anak rantau berpuasa dalam kerinduan yang teramat pada desa kelahiran tercinta, rindu ayah bonda, adik beradik dan saudara mara di kampung, rindu nak bertarawih bersama keluarga dan rindu untuk menikmati juadah kampung yang tak pernah di lupakan. Namun kehidupan harus di teruskan walau dalam ujian keperitan yang berbeza. Mujur juga banyak venue menyediakan juadah buka puasa menggamit selera anak rantau pada desa tercinta. 


Buka puasa di OKAD Event Space

5 Ramadan yang lalu, ana dan suami berbuka puasa di OKAD Event Space, U8, Bukit Jelutong, Shah Alam. Sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke ruang dalaman OKAD pasti akan terpukau dengan keindahan senihias dekorasi di penuhi bunga-bunga putih , lilin-lilin dan juntaian dari lelangit hinggalah ke karpet di lantai. 


buka puasa di OKAD Event Space

Untuk yang belum mengetahui OKAD Event Space merupakan " one stop centre " bagi pelanggan untuk mengadakan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, seminar, ulang tahun, majlis hari jadi, pertunangan dan sebagainya. Korang boleh baca entri ana mengenai majlis perkahwinan fairy tales  di SINI . 


buka puasa di OKAD Event Space


Sempena Ramadan, bagi menambahkan lagi kepelbagaian fungsi OKAD Event Space, mengadakan bufet Ramadan bertemakan " Citarasa kampung pemikat selera " yang pastinya di rindui oleh anak rantau di waktu ini. 


Buka puasa di OKAD Event Space, Shah Alam


Bufet Ramadan Citarasa Kampung Pemikat Selera di OKAD Event Space, Bukit Jelutong, Shah Alam



Berada di suasana yang indah dan nyaman, menantikan masuk waktu buka puasa sambil di alunkan irama nasyid sambil di kelilingi juadah menu makanan selera kampung , yang juga terdapat western dan pastinya pencuci mulut serta deretan air sejuk adalah sesuatu yang amat mendamaikan. Terdapat lebih kurang 50 pilihan menu makanan di sajikan dalam konsep gerai-gerai berdekorasi elegan dan cozy. 





Bufet Ramadan di OKAD Event Space bermula dari 18hb April hingga 9hb Mei 2021 . Signature dish dari OKAD adalah Nasi Serai Cik Bunga, Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga dan Lamb Gril yang pasti akan menjadi tarikan utama pelangan ketika iftar nanti.




Ana memilih untuk berbuka puasa dengan segelas teh o ais lemon dan menu mihun goreng serta spaghetti aglio olio , suami pula makan kuewtiau goreng dengan ais laici. Sempat juga menikmati Lamb Gril yang siap di isi dalam bekas bersama coleslaw di sirami black pepper sos. 




Kami bergilir ke surau untuk menunaikan solat Maghrib. Selesa Alhamdulillah. Cuma dalam norma baharu ini, bawalah telekung dan sejadah sendiri. Boleh je simpan dalam kereta kerana parkir betul-betul di hadapan OKAD dan surau di lokasi yang sama.




Selesai Maghrib, kami sambung untuk menikmati juadah nasi dengan pilihan lauk ikan keli berlado, daging masak lemak cili padi , ayam goreng berempah, ulam-ulaman dan sayur campur. Sedap dan kena dengan selera kami malam tu.




Lain-lain pilihan menu daging masak gulai kari/ kurma/ hitam, ayam masak merah, ayam goreng berempah, ayam blackpepper, gulai nangka, sambal belacan , ikan masin dan sebagainya. Gulai lemak pucuk ubinya pun sedap cukup pekat dan enak di nikmati.


kredit foto blogger Ayuarjuna.com


Sambil berbual-bual dengan blogger Ayu dan Uzu bersama suami , kami sambung pula dengan secawan kopi o panas dengan kuih talam keladi dan air kacang sebagai pencuci mulut. Jangan bimbang untuk terlepas solat tarawih kerana bersebelahan sahaja dengan OKAD Event Space ini terletaknya Masjid Bukit Jelutong yang tersergam indah. Tak ada alasan untuk tidak tarawih jika berbuka puasa di sini. 


Okad event space


Untuk korang warga Shah Alam dan sekitar yang ingin berbuka puasa di OKAD Event Space, bolehlah buat tempahan awal terlebih dahulu kerana kita masih dalam PKPB waktu ini di mana jumlah pelanggan adalah terhad sekitar 120 orang sahaja. Penjarakkan sosial , pemakaian facemask dan sanitizer serta jangan lupa wajib scan QR My Sejahtera.




Harga Buffet Ramadan 2021di OKAD Event Space adalah seperti di bawah :


Early Bird : ( pembelian awal bermula 10-16 April )
RM50 Dewasa
RM 35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal:
RM65 Dewasa
RM39 Kanak-kanak dan warga emas

Pakej Family :
1. Beli 2 Dewasa PERCUMA 1 Kanak-kanak Berharga RM130.00
2. Beli 9 Dewasa PERCUMA 1 Dewasa yang berharga RM585.00

Pakej Korporat :
Beli 10 Meja PERCUMA 1 Meja, diskaun 10% untuk pembelian berikutnya.




Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi : 

Cik AZ :  +6012-686 4515
Pn Majidah : +6017-650 3436
Pn Hamidah : +6012-735 0117

LOKASI OKAD Event Space : 
No. 2A, Persiaran B, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor




Sambil buka puasa tu korang boleh juga dapatkan aneka biskut raya di luar pintu masuk OKAD keluaran BONDA MANIS seperti Florentine Double Nuts, Tart Pineapple Passion, Semperit Dahlialicious, Dodol 3 Dara dan juga Serunding Daging. 

Layari ke

Facebook : OKAD Event Space

Instagram : OKAD Event Space


Salam Ramadan Kareem 1442H




8 Comments