Setahun yang lalu, kita di uji sepanjang Ramadan & Syawal dalam suasana yang begitu asing dan berbeza perjalanannya. Tidak ada kegembiraan yang terpancar lebih-lebih lagi Ramadan & Syawal bagi ana tidak bermakna tanpa bersama mak dan abah di kampung. Setiap waktu di lalui dengan mencari kemanisan ibadah puasa dan sunatnya pahala beraya. Tanpa kunjung mengunjung, tanpa insan-insan tersayang dan semuanya penuh kesedihan.


Bufet Ramadan Mardhiyyah Hotel & Suites


Alhamdulillah.. kita semua laluinya juga walau nadanya berbeza. Tahun ini 2021 bersamaan 1442H, kita sama-sama masih belum bebas sepenuhnya. Namun telah terbiasa dengan norma baharu yang telah setahun lebih terdidik begitu caranya. Ramadan bakal hadir sekali lagi dan hari ini, ana berkesempatan sekali lagi ke preview Bufet Ramadan Pilihan Antarabangsa di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam yang dahulunya dikenali sebagai Grand Bluewave. Pasti tahu kan di mana lokasi nya.


bufet ramadan mardhiyyah hotel & suites


Bufet Ramadan sajian antarabangsa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam


bufet ramadan mardhiyyah hotel & suites shah alam


Selepas bangun semula dengan penjenaamaan yang baharu dan lebih segar, Mardhiyyah Hotel & Suites ( MHS ) , mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan dengan hidangan bufet citarasa tempatan khas buat yang merindui desa dan nostalgianya bersama sajian citarasa antarabangsa untuk mereka yang rindu menu-menu yang telah lama tidak di nikmati. Gerai-gerai dalam sajian " Bufet Antarabangsa " tahun ini akan berlangsung di Dewan Perdana, Mardhiyyah Hotel & Suites, di tengah-tengah bandaraya Shah Alam. 


Bufet Ramadan Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Untuk mereka yang rindukan sajian tempatan untuk menu iftar nanti, nantikan hidangan nasi putih, Nasi Briyani Kukus, Ayam masak merah, Ikan Goreng Sambal Lado, Daging Masak Briyani, Sotong Telur Asin Goreng, Tauhu Kukus dengan Sos Tiram Bawang Putih dan sebagainya. 


Bufet Ramadan MardhiyyahHotel & Suites Shah Alam


Kemudian kita sambung pula menikmati sajian antarabangsa dengan Garden Salad, Tuna Salad, Grilled Chicken Salad, Tabbouleh Salad, Coleslaw, Pasta Italian & Fresh Dressing. Tak kan makan salad je ulam tak ada ke ? Eh ! Ada je, ana sendiri dah makan ulam-ulan seperti jantung pisang cicah sambal belacan, cincaluk, budu dan sebagainya. Paling jadi kudapan ana tengahari tu ialah makan aneka jeruk dan keropok. Tak sabar nak raya Lemang, Nasi Impit bersama kuah kacang dan serunding pun ada di sajikan.


Bufet Ramadan Mardhiyyah Hotel Shah Alam


Kemudian kita juga boleh sambung pula menikmati juadah dari gerai-gerai " Mesti Cuba " di sini. Antara menu wajib cuba paling ana rindukan adalah Smoke Hickory Whole Lamb ( kambing golek dengan aroma asap ). Jangan lupa menu Masakan Jepun, Masakan Cina, Noodle Galore, Gerai Roti John, Gerai Aneka Goreng-goreng, Gerai ABC, Gerai Penang, Gerai Minuman panas & sejuk macam bazar deretan air balang. 


bufet ramadan shah alam


Tarikan utama pastilah kambing golek di Gerai Smoke & Grill untuk korang mencuba masakan istimewa chef iaitu " Smoke Hickory Whole Lamb" di makan bersama sayuran panggang, sos lada hitam, sos rosemary, sos cendawan dan sos pudina yang menyegarkan. Jangan lupa juga rasai Mee Goreng Mamak, Japanese Sushi Maki & Tempura, dim sum, waffle, Nyonya Kari Laksa, Bee Hoon Soup Utara dan sebagainya. Penat aih nak cerita sebab macam-macam ada ana nak share dengan korang.


bazar ramadan


Lumrah sangat bila saat iftar Ramadan ni kita akan cari air terlebih dahulu. Di Mardhiyyah Hotel Suites menerusi Bufet Ramadan Sajian Antarabangsa tahun ini juga menyediakan 2 gerai air minuman iaitu Minuman Panas & Minuman Sejuk. Sebut sahaja Teh Tarik Madu, Nescafe Tarikk, Teh Ais Cincau, Teh O Ice Limau, Ice Bandung, Fruit Punch ( ana suka ni sedap sangat ) dan pelbagai minuman berperisa semua pun ada. 



Rehat-rehat sekejap sebelum balik jangan lupa sambung pula menikmati sajian pencuci mulut dari Chef Pastri MHS . Ana sempat menikmati beberapa juadah pencuci mulut yang sedap-sedap, cukup manis, cukup lemak,cukup rasa. Korang nak makan apa ? Bubur Chacha Keledek, Red Velvet, Marble Cheese cake, Pandan Tiramisu, kuih muih tradisional, agar-agar dan puding semua pun ada. 



Apa tunggu lagi, cepat buat tempahan sekarang kerana tempahan awal sebelum 1 Ramadan ( 1hb April-12hb April 2021) membolehkan korang mendapat tawaran harga RM89 untuk dewasa. Dengan tempahan pembelian 10pax dengan harga RM990, melayakkan korang mendapat baucer penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam.



Nak reservation kemudian pun tak ada masalah, Harga bufet Ramadan cuma RM99 seorang untuk dewasa, RM79 untuk warga emas & RM59 untuk kanak-kanak 4 hingga 11 tahun. Pada hujung minggu Sabtu, Ahad dan cuti umum harganya RM125 bersih di tawarkan bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak. Bufet Ramadan di buka setiap hari  dari jam 7 malam hingga 10 malam dari 13hb April hingga 12hb Mei 2021



MHS juga menyediakan set khas Bawa Pulang & Penghantaran dengan 3 jenis pilihan menu Ala Kampung dengan harga RM59, Briyani RM69 & Smoke & Grill RM79. Syarikat korporat & organisasi yang ingin menganjurkan majlis iftar di dewan, pakej yang di tawarkan dari RM79 & RM99 untuk minimum 100 orang dan disertakan dengan buffet dan dua pilihan gerai.



Istimewa inklusif untuk Ramadan MHS juga menawarkan Promosi Harga Bilik Istimewa RM150 berserta sahur & Iftar untuk 2 orang. Bagi mengisi malam-malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al Quran dan tetamu boleh menunaikan solat Maghrib dan Terawih yang di imamkan di Surau yang baharu, Al Latifah di aras 4. Alhamdulillah...



Untuk keterangan lanjut dan tempahan hubungi Jabatan Penjualan & Pemasaran 

di talian 03-5511 8811 sambungan 2801, 2804, atau 2806 

atau email terus ke sales@mardhiyyahhotel.com 

atau pun whatsapp 019-273 6801 atau 019-275 7801



Selamat menyambut kedatangan Ramadan Kareem 1442H dalam norma baharu sambil mematuhi SOP yang di tetapkan namun menikmati kemanisan ibadah bersama meriahnya Iftar dan Sahur bersama insan-insan tersayang. Semoga kita semua akan terus menang dalam perjuangan ini dan berdoa agar kembali kepada norma kehidupan yang sebenar. Aamiin... 


8 Comments

  1. terbaik
    selamat menyambut ramadhan yang akan tiba

    ReplyDelete
  2. ini kalau join ni, mmg masuk tempat dessert ja haha

    ReplyDelete
  3. semua up story bufet ramadan... belum start puasa lagi... list tempat berbuka dah ready dulu...hihihi

    ReplyDelete
  4. waduhhhh terliur nengok segala menu yang ada

    ReplyDelete
  5. Harap-harap tahun ni dapat lah berbuka dengan bufet ramadhan . Tahun lepas masing2 memendam perasaan kena masak sendiri hari-hari.ahahahah

    ReplyDelete
  6. semua hidangan menyelerakan terbaik tu

    ReplyDelete
  7. kolin suka giler pilihan kat sini. Senang nak bawa bebudak makan apa saja suka

    ReplyDelete