Alhamdulillah..berita gembira buat anak-anak yang sedang menuntut di IPT di mana mereka di benarkan untuk pulang beraya ke pangkuan keluarga tercinta. Memetik beberapa posting di Facebook Kementerian Pengajian Tinggi , ana terbitkan semula di sini sebagai panduan untuk mereka yang sedang tercari info-info PERGERAKAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) PULANG SEMPENA CUTI PERAYAAN AIDILFITRI 2021


PERGERAKAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) PULANG SEMPENA CUTI PERAYAAN AIDILFITRI 2021


PERGERAKAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) PULANG SEMPENA CUTI PERAYAAN AIDILFITRI 2021


PERGERAKAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) PULANG SEMPENA CUTI PERAYAAN AIDILFITRI 2021

Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan pada 28 April 2021 telah bersetuju untuk membenarkan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aildilfitri kecuali negeri Sarawak.

Para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut. Kebenaran ini adalah selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan.
KPT telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pergerakan pelajar adalah terkawal. Tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah masing- masing ialah pada 7 – 12 Mei 2021, manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus ialah pada 15 – 20 Mei 2021.


PERGERAKAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) PULANG SEMPENA CUTI PERAYAAN AIDILFITRI 2021


Pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri/daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar.
Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga (3) kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT. Pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.
Pergerakan pelajar sempena cuti perayaan Aidilfitri ini dianggarkan hanya melibatkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada enam (6) kategori pelajar yang dibenarkan untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kampus sebelum ini.


PERGERAKAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) PULANG SEMPENA CUTI PERAYAAN AIDILFITRI 2021


Para pelajar dan ibu bapa boleh merujuk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan Dokumen Soalan Lazim yang telah disediakan melalui portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my. Para pelajar yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh terus menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628. Semua pihak mestilah mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa sehingga arahan terkini berhubung perkara ini dimaklumkan.


Soalan Lazim Pergerakan Pulang Pelajar IPT Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri termasuk pelajar yang sedang menjalani latihan industri dan pelajar antarabangsa.








Nombor Bilik Gerakan Universiti Awam (24 Jam) Yang Boleh Dihubungi Berkaitan Pergerakan Pelajar Sempena Cuti Aidilfitri


Nombor Bilik Gerakan Universiti Awam (24 Jam) Yang Boleh Dihubungi Berkaitan Pergerakan Pelajar Sempena Cuti Aidilfitri


Carta Alir Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Perayaan Aidilfitri


Carta Alir Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Perayaan Aidilfitri





Carta Alir Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Perayaan Aidilfitri


Sumber : https://www.facebook.com/MOHEOfficial/

8 Comments

  1. Moga terus dipermudahkan urusan pergi balik anak-anak ke kampus.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah boleh balik. Moga moga dipermudahkan segala urusan mereka.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah anak2 di IPT dpt bersama ibubapa mrk menyambut raya

    ReplyDelete
  4. Semoga semua nya berjalan lancar n selamat sampai rumah

    ReplyDelete