Selalu juga ana masak ikan siakap kukus, kali ni berbeza sikit rasanya lebih sedap dari biasa. Maklumlah kali ini ana masak ikan siakap kukus ala Thai inspirasi resepi Khairul Aming yang tersohor tu le. Memang ada kelainan teknik dan rasa pun lebih sedap. Cuma korang kena pastikan dapat ikan siakap yang segar lagi manis rasa ikannya.

Kalau di sini Alhamdulillah di kedai Acheh di taman kediaman ana ni,ikan-ikannya agak segar juga sebab hari-hari taukeh mereka ambil dari pasar borong Selayang yang tak jauh dari sini. Beza lah dengan beli ikan di pasaraya, ana pun beli dua tiga hari sekali simpan siap-siap sebab malas nak keluar setiap hari. Jimat facemask hehe :) 


resepi ikan siakap kukus ala Thai


Bagi korang yang nak cuba sendiri masak ikan siakap kukus ala Thai ni, meh la ana kongsikan resepinya. Mudah dan bahan pun tak banyak. Terima kasih kat Khairul Aming, melimpah pahala dan rezeki beliau di bulan Ramadan ni dengan sambal Nyet nya pun ana masih belum berjaya nak beli di Shopee.. 


Resepi ikan siakap kukus ala Thai 

Bahan-bahan dan cara masak ikan siakap kukus ala Thai:

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar 

halia 

serai

daun limau purut 

garam

- hiris halia, serai dan daun limau purut, masukkan ke dalam perut ikan dan lumur garam pada ikan siakap.

- Kukus sehingga masak dalam 10-15 minit. Sementara itu boleh lah sediakan sos atau kuahnya.



bahan sos ikan siakap kukus ala Thai

Bahan-bahan  sos ala Thai 

daun ketumbar 
bawang putih 
cili merah 
cili api 
2 sudu besar sos ikan 
perahan jus 3 biji limau nipis 
gula melaka 
1 cawan air


resepi ikan siakap kukus ala Thai


Cara masak sos Thai 

Boleh tonton sahaja di video di bawah atau ikut resepi yang ana berikan 






- Hiris daun ketumbar 
- potong dadu bawang putih , cili merah dan cili api.
- masukkan 1 cawan air ke dalam periuk. 
- Masukkan gula melaka dalam secubit, bawang putih, cili api, cili merah, 2 sudu sos ikan dan air perahan jus limau nipis . 
- Masak hingga mendidih seketika matikan api dan masukkan daun ketumbar. Tidak perlu garam kerana sos ikan kan dah masin.
-curahkan ke atas ikan kukus dan kukus semula dalam 3 minit. Siap untuk sajian.

Selamat mencuba dan sedap kalau  dimakan dengan sambal kicap bersama nasi panas. Juadah yang penuh kebaikan khasiat untuk seisi keluarga, In Shaa Allah. 
 



10 Comments