Resepi Sotong bakar ala Thai
Kuat sungguh pengaruh Khairulaming ni kan, bila bulan Ramadan ni resepi-resepi nya lah yang menjadi ikutan ramai. Alhamdulillah semoga berlimpah ganjaran pahala dan rezeki buat beliau berkongsi ilmu yang bermanfaat, Aamiin.
Inspired by Khairulaming tapi ana ikut citarasa sendiri mengolah resepi sotong bakar ala Thai untuk buka puasa Adik dan Kak Long. Dapat dua ekor sotong saiz besar di kedai Acheh petang semalam. Dua ekor besar tapak tangan ana tu ada lah, tapi kan tapak tangan ana ni tak besar mana pun hehe.. Sekilo RM35 dua ekor tu ana beli RM19 .
Harga ikan, ayam, daging dan seafood sekarang ni agak mahal berbanding sebelumnya. Sekarang ni pun tak nampak pemantauan di buat oleh pihak yang berwajib ye dak. Dah caca marba jadi pentadbiran peringkat atasan, entah lah malas nak komen tapi marhein macam kita ni begini lah kisahnya, nak tak nak kena hadap untuk kesinambungan hidup.
Melalut pulak dah... Meh la kita sambung kisah sotong bakar ala Thai yang ana buat ni. Nak kata bakar pun tak lah bakar sangat, ana masak atas frying pan sahaja. Dan penyedap rasanya pada ana adalah pada air asam ala Thai tu, memberikan citarasa pada sotong yang mengecut bila di bakar. Korang kalau nak resepi ana kongsikannya di bawah. Memang tak banyak gambar sebab terkejar-kejar nak masuk waktu berbuka..
12 Comments
kdg2 bagus juga kan, bagi idea masakan yg simple dan sedap hehehe
ReplyDeletekan sebab bukan selalunya kita rajin hehe :)
DeleteSelamat Berpuasa Ana :-)
ReplyDeleteselamat hari raya Linda :)
Deletesedapnyaaaaaaaaaa
ReplyDeletetry Anum sedap ni :)
DeleteCUBA SOTONG BAKAR PULA MAVELES
ReplyDeletecuba kak PI sedap ni hehe :)
DeleteSotong kadang harga memang mahal sikit. Not bad lah akak masak ni, boleh cuba nampak sedap
ReplyDeletecuba nanti Nina naa :)
DeleteBetul tu, pengaruh khairulaming tuuu menjadi jadi bulan ramadhan ni hahaha. Rasa nak try semua menu dia buat kannnnn.
ReplyDeletekann Atiqah paling tak pun dapatlah idea nak masak apa setiap hari hehe :)
Delete