Kuat sungguh pengaruh Khairulaming ni kan, bila bulan Ramadan ni resepi-resepi nya lah yang menjadi ikutan ramai. Alhamdulillah semoga berlimpah ganjaran pahala dan rezeki buat beliau berkongsi ilmu yang bermanfaat, Aamiin.

Inspired by Khairulaming tapi ana ikut citarasa sendiri mengolah resepi sotong bakar ala Thai untuk buka puasa Adik dan Kak Long. Dapat dua ekor sotong saiz besar di kedai Acheh petang semalam. Dua ekor besar tapak tangan ana tu ada lah, tapi kan tapak tangan ana ni tak besar mana pun hehe.. Sekilo RM35 dua ekor tu ana beli RM19 . 

Harga ikan, ayam, daging dan seafood sekarang ni agak mahal berbanding sebelumnya. Sekarang ni pun tak nampak pemantauan di buat oleh pihak yang berwajib ye dak. Dah caca marba jadi pentadbiran peringkat atasan, entah lah malas nak komen tapi marhein macam kita ni begini lah kisahnya, nak tak nak kena hadap untuk kesinambungan hidup.

Melalut pulak dah... Meh la kita sambung kisah sotong bakar ala Thai yang ana buat ni. Nak kata bakar pun tak lah bakar sangat, ana masak atas frying pan sahaja. Dan penyedap rasanya pada ana adalah pada air asam ala Thai tu, memberikan citarasa pada sotong yang mengecut bila di bakar. Korang kalau nak resepi ana kongsikannya di bawah. Memang tak banyak gambar sebab terkejar-kejar nak masuk waktu berbuka.. 


Resepi Sotong bakar ala Thai

Resepi Sotong bakar ala Thai

Bahan-bahan sotong bakar ala Thai 


2 ekor sotong saiz besar dan pastikan yang keras dan masih segar. Ikutlah korang nak bakar berapa ekor 

Bahan perapan sotong 

1 sudu Sos bbq ( kalau tak ada gunakan sos tiram )
1 sudu madu
garam

- bersihkan sotong dan kelar depan dan belakang
- perap dengan bahan perapan dalam 1/2 jam.
- bakar sotong di atas kuali leper balik-balikkannya selalu hingga garing. Waktu ni air sotong akan keluar dan sotong nampak masak cantik bila airnya dah kering tapi ia akan mengecut, jadi api biar kecil sahaja naaa...

Untuk sos ala Thai bahan-bahannya :

1/2 biji bawang holland 
3 biji cili api ( ikut pedas masing-masing )
2 ulas bawang putih 
1 biji cili merah 
- kesemua bahan ini di potong dadu kecil-kecil atau kalau rajin tumbuk sekejap
1 biji limau nipis - perah airnya 
1 sudu sos ikan ( nampla)
gula dan garam secukup rasa
3 tangkai daun ketumbar - hiris halus

Cara buat sos Thai :


- Satukan semua bahan hirisan kecuali daun ketumbar.
- Campurkan dengan perahan jus limau dan sos ikan.
- Rasakan dengan gula dan garam jika perlu kerana sos ikan dah masin
- Masukkan hirisan daun ketumbar.

Boleh tuang kan atas sotong bakar atau pun buat sebagai pencicah. Sedap di makan panas-panas sotong bakar ni kerana kalau sejuk ia jadi agak liat. Itulah sebabnya ana sedia dah hampir nak masuk waktu berbuka puasa. Selamat mencuba... 



12 Comments

  1. kdg2 bagus juga kan, bagi idea masakan yg simple dan sedap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sebab bukan selalunya kita rajin hehe :)

      Delete
  2. CUBA SOTONG BAKAR PULA MAVELES

    ReplyDelete
  3. Sotong kadang harga memang mahal sikit. Not bad lah akak masak ni, boleh cuba nampak sedap

    ReplyDelete
  4. Betul tu, pengaruh khairulaming tuuu menjadi jadi bulan ramadhan ni hahaha. Rasa nak try semua menu dia buat kannnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Atiqah paling tak pun dapatlah idea nak masak apa setiap hari hehe :)

      Delete