In Shaa Allah, dua hari lagi dengan izinNya kita semua umat Islam bakal menjalani bulan ibadah sepanjang Ramadan Kareem. Bulan yang penuh keberkatan dan berlumbalah kita mencari keredhaanNya di sepanjang waktu yang berbaki. Namun ada beberapa perkara yang kadang-kadang ada keraguan kita sebagai hambaNya yang sentiasa khilaf dan alpa. Terbatalkah amalan puasa sekiranya itu dan ini , perbuatan-perbuatan harian yang terjadi dari terbit fajar hingga terbenamnya mentari , masuknya waktu Maghrib kelak.

Meminjam beberapa keping poster foto dari Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sebagai pakar rujuk dalam bab hukum terbatal kah atau tidak puasa kita, ana kongsikan nya semula di sini sebagai subjek ulangkaji bila adanya keraguan ibadah puasa bukan hanya di bulan Ramadan tetapi setiap kali melakukan ibadah puasa sunat dan wajib berkaitan. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari sebuah perkongsian adakah batal puasa sekiranya......


Adakah batal puasa sekiranya.......


Adakah batal puasa sekiranya.......


Adakah memakai lipstik membatalkan puasa ?


adakah memakai lipstik membatalkan puasa


Penggunaan lipstik pada siang hari di bulan Ramadan TIDAK membatalkan puasa, namun jika di telan memasuki rongga rasa yang terdapat pada gincu , ianya membatalkan puasa. Jadi kalau puasa jangan jilat atau telan gincu ampa naa.. batal puasa 😎😎


Adakah batal puasa sekiranya mandi wajib selepas masuk waktu Subuh di bulan puasa ?



adakah mandi wajib selepas waktu Subuh di bulan Ramadan membatalkan puasa

Jawapannya baca sendiri dari poster di atas tuu 👆👆 . Jelas kan, jangan sampai jadi makhruh lebih baik kita jaga pahala puasa setahun sekali ini sebaiknya.. Waalahu a'lam..


Apakah hukumnya menjemput orang bukan Islam berbuka puasa bersama ?




hukum menjemput bukan Islam berbuka puasa bersama


Berdasarkan penerangan dalam poster di atas, hukum menjemput bukan Islam berbuka puasa adalah HARUS dan di bolehkan di dalam Islam tetapi dengan adab-adab yang bersesuaian yang harus di jaga dan dipatuhi. 

Adakah batal puasa sekiranya menggunakan ubat titis mata ketika berpuasa ?


hukum menggunakan ubat titis mata ketika berpuasa

Dari penjelasan di atas dinyatakan menggunakan titisan ubat di mata adalah TIDAK membatalkan puasa. Jangan buat alasan nak buka puasa awal pula naa 😎😎


Adakah batal puasa sekiranya berbekam atau menderma darah ketika berpuasa ?



adakah batal puasa sekiranya berbekam atau menderma darah di bulan Ramadan


Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menyimpulkan, hukum menderma darah ketika berpuasa adalah HARUS dan TIDAK membatalkan puasa secara umumnya. Namun sekiranya menderma darah boleh melemahkan tubuh badan seseorang, maka keadaan itu MAKRUH. Jadi kalau tak daya lebih baik lah tangguhkan dahulu dan selesaikan ibadah puasa kita ye dak.


Adakah batal puasa sekiranya pengsan bila di bius ?



adakah batal puasa jika di bius dan pengsan


Jawapan yang lengkap korang bacalah dari penjelasan di dalam poster di atas.


Bolehkah solat tarawih secara bersendirian di bulan Ramadan ?



bolehkah solat tarawih secara bersendirian di bulan Ramadan ?

Hukum menunaikan solat tarawih secara bersendirian adalah di BOLEHkan namun yang paling afdhal adalah menunaikannya secara berjemaah. 

Adakah masuk waktu imsak bermulanya puasa ?


adakah waktu imsak menandakan bermulanya puasa ?


Waktu imsak bukanlah bermulanya puasa, maka dalam tempoh masa tersebut di bolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun sekiranya telah kedengaran azan Subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa kita. 

Adakah batal puasa sekiranya mencabut gigi di siang hari di bulan Ramadan ?



adakah batal puasa mencabut gigi di siang hari di bulan Ramadan ?


Mencabut gigi di siang hari dalam bulan Ramadan adalah TIDAK batal puasanya. 


Bolehkah niat puasa sebulan sekali gus ?



bolehkah niat puasa sebulan sekaligus ?

Boleh berniat puasa sekaligus untuk selama sebulan di permulaan niat. Maka tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan hendaklah seseorang itu juga berniat pada setiap malam. 


Adakah batal puasa sekiranya merokok ?



adakah batal puasa sekiranya merokok ?


Merokok memBATALkan puasa. Itu jelas dah kan.

Adakah batal puasa sekiranya muntah ?



Adakah batal puasa sekiranya muntah


Baca penjelasan di dalam foto di atas supaya tidak timbul kekeliruaan .


Adakah batal puasa sekiranya menggunakan Inhaler ?



adakah batal puasa sekiranya menggunakan Inhaler


Ada dua penjelasan di atas agar lebih jelas keadaannya . 

Perkara-perkara asas yang membatalkan puasa adalah seperti dibawah :



perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa



Semua butiran di atas adalah dari rujukan sumber FB Mufti Wilayah Persekutuan dan lain-lain perkongsian poster-poster melalui media sosial Datuk Dr Zulkifli Al Bakri. Semoga bermanfaat... 


8 Comments