Abbott, syarikat penjagaan kesihatan global dan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, berganding bahu untuk menambah baik pemakanan rakyat Malaysia di setiap peringkat kehidupan. Inisiatif Nutrition for the Whole Family atau Pemakanan untuk Seisi Keluarga ialah sebuah inisiatif serantau di enam negara termasuk Malaysia yang akan diadakan pada Shopee Super Brand Day (Hari Jenama Hebat Shopee) dalam bulan Mei. 



Kempen Nutrition For The Whole Family berusaha menggalakkan seisi keluarga untuk menikmati kehidupan lebih bermakna menerusi amalan pemakanan yang sewajarnya. Di bawah program ini, mereka akan menerima petua pemakanan, panduan beli-belah, dan mendapatkan rangkaian produk pemakanan berasaskan sains Abbott untuk kanak-kanak dan dewasa.

Pengguna masa kini amat mengutamakan kesihatan dengan memberikan lebih perhatian terhadap diet masing-masing  . Amalan makan kini bukan sahaja mengenai cita rasa makanan dan mengisi perut – malah pemakanan telah menjadi salah satu unsur penting untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan sihat. Rakyat Malaysia kini mengamalkan diet lebih sihat yang dilengkapi dengan pemakanan suplement  .

Kini lebih ramai orang membeli produk berkaitan kesihatan seperti pemakanan suplemen di dalam talian, dengan kategori Kesihatan kian berkembang saban tahun di Shopee. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di dalam talian, Abbott dan Shopee berhasrat untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga untuk memilih produk pemakanan yang lebih sesuai dengan keperluan mereka. Jenama Abbott yang terlibat dalam kempen termasuk Ensure, Glucerna, PediaSure, Similac Gain Plus/Kid Gold, Similac Intellipro & Isomil Plus. Memanfaatkan alat-alat dalam aplikasi Shopee yang menggalakkan penglibatan, para pengguna boleh menambah baik amalan pemakanan mereka menerusi pelbagai aktiviti menyeronokkan.

4 Comments