Ramai di antara kita sekarang ni memanfaatkan waktu yang ada dalam situasi pendamik ini dengan mendekorasi ruang dalaman rumah. Tak kiralah sama ada ruang tamu, kamar tidur mahupun dapur, pelbagai tema pilihan yang ada dalam menata rias ruang agar nampak fresh, baharu dan pastinya cantik di pandang. Waktu-waktu ini , kita semua banyak menghabiskan masa di dalam rumah, pasti kita inginkan pemandangan yang indah di pandang di setiap sudut. 

Ana sendiri gigih mengubah ruang dapur ke pada tema baharu supaya nampak suasana yang baharu di ruang yang lama. Anak-anak pula mendekorasi kamar tidur masing-masing mengikut tema dan warna pilihan mereka. Dan sesuatu yang ingin ana kongsikan disini adalah wall decor ruang bilik mereka memilih cetakan foto wajah di sekeping kanvas. 



 

Adik melekatkan sekeping kanvas wajahnya berlatar belakangkan pemandangan di kampus sebagai tatarias ruang dinding kamarnya yang serba putih dan Kak Long pula meletakkan sekeping kanvas fotonya di atas Lerburg Ikea di sudut bilik tidurnya yang bertema kan pink princess. Jadi nampak sangat personal touch pada ruang bilik masing-masing. Dan kedua-dua kanvas ini ana dapatkannya di Princious.com .

Pelbagai pilihan kanvas di Printciuos.com

Ana cukup selesa untuk mendapatkan pelbagai produk customize sama ada kusyen,t-shirt, keychain, kanvas dan pelbagai lagi di Printciuos.com ini. Ini bukan kali pertama ana mendapatkan servis mereka tetapi dah beberapa kali kerana sangat berpuas hati dengan kualiti produk yang dihasilkan. Hari ini ana nak share dengan korang produk kanvas sama ada customize dengan foto sendiri mahupun poster-poster kanvas yang telah siap di cetak sebagai hadiah untuk insan istimewa ataupun dekorasi ruang rumah masing-masing. 


kanvas di printciuos.com


Di Printcious..com kita ada beratus pilihan kanvas untuk di pilih. Kalau korang suka customised gambar sendiri pun ada, atau yang dah sedia di cetak pun banyak. Pilih lah ikut tema dan citarasa masing-masing. Ada yang suka poster tulisan dan motivasi, kalau untuk ruang solat boleh pilih dengan cetakan berunsur Islamik  dan ianya sangat sesuai di jadikan hadiah . 


tempahan foto kanvas



Setiap kanvas yang korang nak , sama ada dengan design sendiri atau pun cetakan sedia ada, korang boleh pilih saiz dan bentuk yang sesuai mengikut kehendak masing-masing. Sama ada cetakan kanvas segiempat sama ( square ), potrait atau pun lanskap. Menarik sangat kan. Dan ia juga boleh pilih saiz kanvas yang di inginkan. 

Antara saiz yang ada : 
- 20cm x 20cm / 8" x 8"
- 30cm x 30cm / 12" x 12"
- 40cm x 40cm / 16" x 16"
- 45cm x 45cm / 17.7" x 17.7"


Dengan ketebalan bingkai : 1cm / 0.39"





Kesemua kanvas dari Printicous sangat berkualiti premium cetakannya. Untuk pengetahuan korang kedua-dua kanvas Adik dan Kak Long di atas tu dah hampir 3 tahun kami tempah. Ianya masih dalam keadaan cantik dan baik. Cetakan kualiti gambar sangat sharp dan tidak pecah pix nya, bergantung kepada kualiti foto yang korang upload. 


kanvas gambar di printcious.com



Bingkainya dengan kemasan kayu dan balutan kanvas yang amat kemas dan siap penyangkut kecil yang kukuh untuk menggantung di dinding. Ianya mudah di bersihkan dari habuk-habuk dan ana sangat berpuas hati dan telah juga menghadiahkan beberapa keping kanvas buat rakan-rakan sebagai hadiah harijadi dan anniversary. 

Kalau korang berminat untuk membeli atau membuat tempahan foto kanvas boleh lah ke www.printcious.com/my/shop/canvas


Cetakan t-shirt di Princious.com


Di Printcious bukan sahaja terdapat produk cetakan foto kanvas, korang yang sedang tercari-cari untuk cetakan t-shirt juga ada di sini. Korang boleh membuat tempahan cetakan customized dengan foto atau perkataan yang korang inginkan ataupun cetakan yang telah sedia ada dengan ratusan pilihan design dan saiz yang korang nak. 


cetakan t-shirt di Princious.com


Terdapat ratusan pilihan design yang boleh korang pilih dan customized kan mengikut citarasa masing-masing. Sesuailah sebagai t-shirt couple, hadiah , majlis reunion , group gamers, club dan sebagainya. Korang boleh pilih saiz, jenis t-shirt sama ada basic t-shirt, saiz kanak-kanak, cetakan depan belakang ataupun t-shirt lengan panjang ( long sleeve ) serta pilihan warna. 


cetakan t-shirt


Terdapat pilihan saiz dari XS, S, M, L, XL ,2XL dan 3XL . Antara ciri-ciri cetakan t-shirt dari Princious adalah ianya :

Rekaan cetakan yang tidak luntur bila di basuh, tidak mengecil atau koyak.
Rekaan bukaan lengan yang luas untuk pastikan ia muat di pakai mengikut saiz yang di tempah.
Menampilkan ribbed neck potongan leher yang selesa.
Jenama GILDAN (Top apparel brand in USA)
Fabrik Material: 100% Premium Cotton
Saiz: XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL
Pilihan warna: White, Black, Grey, Red
Ketebalan: 180 gsm
Saiz cetakan : A4 or 8.27 × 11.69 inches

cetakan t-shirt


Untuk korang yang ingin membuat tempahan cetakan t-shirt boleh lah ke www.printcious.com/my/shop/clothing .

Kenapa ana suka membuat tempahan dan pembelian di Printcious.com ini adalah kerana servis nya yang sangat memuaskan dan mudah untuk membuat rekaan design. Semuanya tersedia di laman web printcious mengikut tools yang ada dan ia amat senang untuk di upload. Produk sampai dalam keadaan baik dan cepat menggunakan perkhidmatan kurier Aramex dan pembayaran secara online dengan rangkaian bank-bank di seluruh Malaysia, kredit kad dan juga e-wallet.

Mudah untuk menghubungi pusat khidmat pelanggan yang akan respon dengan segera sama ada di mesengger , whatsapp atau email. Korang juga boleh membuat tempahan secara pukal atau bulk order khasnya untuk tujuan korporat dan berkumpulan, mahupun door gift dalam kuantiti yang banyak di www.printcious.com/my/bulk-order 

Apa tunggu lagi, bagi yang sedang tercari-cari hadiah untuk hari istimewa khas buat insan tersayang bolehlah ke Printcious.com di mana tawaran harga yang berbaloi, pelbagai pilihan hadiah dan cenderhati customized atau siap cetak di sana yang boleh di jadikan pilihan. Pilihan ana pastinya di Printcious.com. 

4 Comments