Kalau orang Pantai Timur ni kenal sangat dengan jeruk celagi . Ana sendiri pun dulu tak kenal dan tak tahu pun kewujudan jeruk celagi ni, hingga lah di kenalkan oleh kakak ipar, ore' Kelate '. Rupa-rupanya celagi tu buah asam jawa. Kalau di pantai timur mahupun negara Thai memang sohor la jeruk-jeruk dari buah asam jawa ni. Ada yang versi asam celagi manis bersalut gula, ada yang pedas dan ada juga versi yang jeruk berkuah macam yang ana nak kongsikan dengan korang di bawah ni. 

Ana suka sangat jenis jeruk celagi yang berkuah macam ni. Payah nak dapat di sini, nasib baik ada di jual di kedai produk pantai timur di daerah kami ni. Maklumlah nak dapat dari Kelantan memang tak lah sejak PKP ni kan, cuma mereka yang berniaga ni sentiasa ada stok bahan dari sana seperti beras nasi dagang, sata, rempah kerutup dan sebagainya. Dapatlah juga lepaskan rindu pada menu-menu pantai timur di Selangor ni.

 

jeruk celagi


Jeruk celagi Kelantan


Jeruk celagi ni dibuat dari buah asam celagi atau asam jawa pada kita di sini. Biasanya buah asam jawa yang masih muda dan lembut. Di bandar-bandar ni memang tak akan jumpa lah buah asam jawa atau celagi ni. Pokoknya pun tak ada ye dak. 

Dari perkongsian yang ana baca di internet cara buat jeruk celagi ni sama sahaja seperti buat jeruk buah-buahan yang lain. Cuma asam celagi ni memang masam seperti buah kelubi, tapi bila dah di jeruk baharu lah dapat di makan dalam rasa yang lebih sedap bagi penggemar asam macam ana. 

Cara buat jeruk celagi 


Difahamkan kulit buah celagi perlu dikikis dulu sebelum dijeruk. Kulit dikikis bagi membolehkan air jeruk meresap di dalam buah. Kulit celagi biarpun nipis tetapi 'keras' dan tidak sedap dimakan. Setelah dikikis kulit celagi (lebih elok turut dibuang bijinya) basuh dan dimasukkan ke dalam bekas. Bubuh air gula. Guna gula kasar pun boleh. Gula itu akan cair dengan sendiri. Air gula itu yang bercampur dengan air buah akan menjadi kuah.

Boleh juga masukkan gula melaka dan cili untuk menambah rasa. Tutup bekas dan simpan untuk beberapa hari. Boleh disimpan pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk. ( kredit sumber : http://hwaliman.blogspot.com/2018/02/fgy.html )


cara buat jeruk celagi


Apa rasa jeruk celagi ni ?


Bagi korang yang belum pernah merasa jeruk buah celagi ni, rasanya pastilah masam. Cuma bila di jeruk tu kurang lah rasa masam dan ada rasa manis dan pedas-pedas sikit pada kulitnya dan kuahnya. Ana sebagai peminat asam pasti lah suka. 


jeruk celagi


Dalam buah celagi ni ada biji asam jawa , hat tu korang jangan telan pula. Walaupun ia masih muda tapi tetap keras dan baik-baik jangan sampai tercekik. Dan pada buah celagi tu pun ada sabut asam jawa jadi kunyah elok-elok naa. Yang boleh di makan hanyalah kulit buah celagi yang di jeruk itu sahaja sebab di situlah isinya selepas ia cukup matang sebagai asam jawa yang kita gunakan dalam masakan harian tu.

Andai kata kalau terjumpa jeruk celagi dan teringin nak rasa korang dah dapat gambaran lah kan macam mana rasanya. Manalah tahu lepas-lepas ni bila negara kita pulih dari pendamik dan boleh ke pantai timur untuk bercuti boleh lah try jeruk celagi. Sama-sama kita usaha dan berdoa semoga pendamik ini akan segera berakhir dan kembalikan kehidupan kita yang sedia kala, aamiin... 





8 Comments

  1. Walaupun berasal dari Pantai Timur, pertama kali saya nampak tentang jeruk ni. Tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke JR, selalu kalau jiran kak ana balik kelate beli ni memang kak ana suka makan :)

      Delete
  2. Lya suka sangat ni Kak Ana. Tak kira jeruk ke buah yang dah masak ke atau yang tak.masak lagi memang Lya makan cam gitu jer. Lau jeruk lagi laa.. Ada satu lagi jeruk dia warna putih Kak Ana, sedap gak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Lya sama dengan kak ana suka makan jeruk celagi, ada ye belum pernah jumpa lagi Lya yang putih :)

      Delete
  3. kalau dijeruk asam jawa yg muda boleh makan dgn biji sekali kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kak kalau biji dia muda lembut boleh kut kan :)

      Delete
  4. Tak pernah makan jeruk celagi ini pertama kali Mrs. A dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang jumpa Mrs A kalau pantai timur banyak orang jual :)

      Delete