Hai ladies, cuaca tak menentu sangat sekarang ni  kan. Kadang-kadang panas terik dan ada kalanya hujan di sebelah petang. Walau bagaimana pun aktiviti harian masih perlu di teruskan seperti biasa. Bagi yang bekerja, perlu keluar bekerja dan bagi suri rumah memang tak pernah habis lah kerja-kerja hariannya. Apapun bila keluar rumah dah terdedah pada sinaran matahari amat perlu untuk menjaga perlindungan wajah. 



Untuk ana sendiri sangat lah mengambil berat tentang perlindungan wajah ni. Kalau siang hari ana wajib gunakan membersihkan wajah dan penggunaan pelembab, sebelah malam pula sebelum tidur tetap mengamalkan rutin yang sama , maklum lah usia yang kian meningkat ni perlu lebih rajin dan peka pada perubahan kondisi wajah luaran dan dalaman. Tak nak lah nampak tua sebelum waktunya, ye tak ?


Kelebihan memakai HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM

Walaupun ana seorang suri rumah sepenuh masa, namun sebagai influencer dan blogger, ana perlu juga keluar menghadiri jemputan media dan event. Penampilan wajah dan diri amat perlu di jaga sepenuhnya. Cuma ana ni jenis yang tidak suka bersolek tebal. Memang dari remaja pun begitu lah. Cukup sekadar bedak asas, lipstik dah siap. 

Kini lebih mudah nak siap bila ana menggunakan CC Cream. Sebelum ni Kak Long yang guna, bila nampak dia guna okay sangat, ana pun mencuba dan terus serasi. Ini lah yang ana nak kongsi kan dengan korang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream yang ana guna kan sekarang.



Seperti yang ana katakan awal tadi, tiap kali keluar rumah ana akan pastikan kulit wajah mendapat perlindungan dari sinar UV matahari, oleh itu ana pastikan memakai krim dengan SPF. Mudah lah kini bila cukup sekadar memakai Hansaegee Nature CC Cream ni kerana ia cepat nak siap sebagai bedak asas solekan di samping mempunyai SPF50 sebagai perlindungan kulit wajah. Settle dua masalah dalam satu CC Cream.



Bila mengenakan solekan yang ringan, ni paling ana suka adalah ia mudah di bersihkan dari wajah. Jadi jika singgah solat di mana-mana pun , ana cuma bersihkan dengan tisu basah, tertanggal semua kesan bedak dan solekan. Masuk ke tempat wuduk bilas wajah bersih-bersih dan ambil lah wuduk dengan sempurna. Kan senang tu. Tak lah melekat bekas bedak asas pada telekung, tu paling ana tak suka. 





Lagi pun bila ana memakai Hansaegee Nature Nano Gold CC Cream ni, walaupun berpeluh di luar ia tidak bercapuk. Tahu tak mana rupa kalau solekan bercapuk ni ? Buruk kan. Dah macam pakai tepung kat wajah dengan tona berwarna warni, tapi percayalah CC Cream ini solekan korang akan nampak natural semulajadi walau sedang berpeluh dan berminyak kulit waktu itu. 

Inilah kelebihan Hansaegee Nature Nano Gold CC Cream yang ana gunakan ini. Dengan perlindungan wajah dari sinaran matahari SPF50+ PA+++ , malahan tak nampak pelik bila terdedah pada cahaya , ia kelihatan sangat natural mengikut tona warna kulit ana . Bukanlah putih melepak kan.



Seperti yang ana jelas kan di atas tekstur krim yang ringan, ia tidak menutup pori wajah. Ini lah yang di katakan ' mesra wuduk ' di mana ia senang di bersihkan dan hilang terus dari wajah untuk mengambil wuduk ketika berada di luar. Tak meninggalkan kesan warna bedak pada wajah dan kain telekung yang di pakai.Bersih ke dalam liang pori wajah. 




Untuk wanita yang bekerja, korang mesti suka pada bedak asas yang mudah di bawa ke mana-mana. Isi kan sahaja di dalam beg dan tak perlu bimbang ia akan tumpah atau meleleh kerana ia di tutup rapat dengan penutup putar untuk di buka ( Twist lock Cover ). Saiz yang comel , cuma picitkan pada jari bila nak sapu kan pada wajah. Tak perlu bawa sponge atau berus, calit pada jari dan ratakan seluruh wajah dah nampak cantik dan kemas. 





Menarik kan.. jadi kalau ana sendiri dah serasi memakainya,korang pun boleh lah cuba sendiri Hansaegee Nature Nano Gold CC Cream sebagai bedak asas yang melindungi wajah sambil mencantikan paras wajah bila berada di luar. Nak bawa pun mudah. Memang awesome sangat. Jom dapatkannya di laman web Hansaegee Nature di pautan di bawah atau pun terus ke Shopee!! 


Brand/ Jenama : Hansaegee Nature 
Website / Laman sesawang : www.hansaegee.com/shop

6 Comments

  1. Selalu baca jew
    .. Belum cuba lagi... Nanti nak try... Tunggu yg kat umah habiss dulu

    ReplyDelete
  2. Best pakai da setahun guna alhamdulillah susah naik jerawat sbb sentiasa ada protection siang hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serasi dengan ena ye, yang awesome tekstur nya ringan dan mudah nak bersihkan wajah

      Delete