Lama sungguh ana tak tambah koleksi minyak wangi peribadi. Memandangkan dah setahun ni jarang dapat keluar , menghadiri jemputan event dan sebagainya, koleksi yang sedia ada pun masih banyak tak terusik. Tapi dalam hati pantang nampak display minyak wangi di mall, meronta jiwa nak dapatkan yang baharu. Begitulah bila dah peminat koleksi perfume macam ana ni, kan. Tak guna pun pasti hendak miliki juga sebagai koleksi peribadi. Dah penuh almari kaca Ikea dengan koleksi botol minyak wangi .

Suatu malam, sedang skrol Instagram terpesona aku terpesona.. Eh! Tu lagu.. Ana terpesona sungguh dengan paparan feed Instagram VEIN. Cantik sungguh lah foto-foto garapan seni botol-botol minyak wangi VEIN di pamerkan. Bila baca feedback macam menarik dan ana telah berjaya mendapatkannya buat koleksi peribadi. Dan Yess! Awesome sangat, ana jatuh hati dengan wangian VEIN dan ana nak kongsikannya dengan korang semua yang kaki parfum macam ana..


minyak wangi VEIN

PENGALAMAN PREMIUM BERSAMA MINYAK WANGI VEIN

Bila sampai sahaja plastik kurier berbau harum semerbak, ana dah tahu dah pasti perfume yang di nanti-nantikan sudah sampai. Cepat-cepat buka plastik kurier dan sekali lagi terpesona dengan wrapping kotak minyak wangi VEIN yang sangat vintage dan siap di seal gaya vintage paparan huruf V. Sangat-sangat eksklusif untuk korang jadikan hadiah buat insan tersayang. 



VEIN EDPT


Ana juga di hadiahkan satu minimature perfume VEIN II di samping sebotol extrait de parfum VEIN III pilihan hati. Untuk pengetahuan korang VEIN merupakan minyak wangi di bawah klasifikasi extrait de parfum ( EDP ) . Kedua EDP VEIN yang ana terima ni mempunyai variasi note yang berbeza dalam kelasnya. Jadi ia memberikan karektor berbeza pada si pemakainya. 

Sejujurnya, ana lebih terpikat pada haruman VEIN II . Mungkin lebih sesuai dengan karektor ana sendiri yang lebih kepada seorang yang agak slow dan lebih dekat kepada alami ketenangan.Tidak lah terlalu romantik dan lebih sederhana dalam segala perkara, gituew. 

 
minyak wangi VEIN


Patutlah.. VEIN II merupakan formulasi Fresh apple juice & zesty citrus. Dengan Top notes haruman ylang. manakala middle notes dari freesia & jasmine, hedione. Base note pula haruman musk. Haruman citrus lebih serasi dengan karektor ana dan ianya memberi kan rasa kesegaran sepanjang hari. Alhamdulillah.. 


VEIN EDP


Tetapi EDP VEIN III juga tidak lah mengecewakan. Jika korang seorang yang soft, lebih suka pada aroma romantik bunga ros VEIN III pasti menjadi pilihan korang. Ia nya bagaikan wangian English Rose klasik yang sangat lembut dan mendamaikan. Ana pun pencinta ros juga kan.. Dan ana rasa ia lebih sesuai untuk di pakai ketika menghadiri majlis-majlis di luar dengan Top notes haruman rose & freesia. Middle notes pula cedar & sandal wood. Manakala base notes kesegaran haruman vanilla & caramel. 

Sejak jatuh hati dengan minyak wangi ni gigih juga lah mengenali notes berbeza , klasifikasi setiap jenama minyak wangi dan sebagainya. Inilah dia tak kenal maka tak cinta, kan. Marilah ana berikan serba sedikit info yang mungkin korang ingin tahu mengenai Minyak Wangi VEIN  EDP ini.

VEIN - ( EDP ) 


VEIN EDP



Jangan tak percaya , Vein, jenama wangian tempatan Malaysia diasaskan pada tahun 2017, kini melebarkan sayapnya ke pasaran antarabangsa seperti Brunei dan Singapore melalui laman sesawang e-commerce nya iaitu https://www.vivelavein.com. Laman sesawang Vein didekorasikan dengan elemen minimalis dan very straight-forward. Dilengkapi dengan sijil SSL, sambungan internet, data dan maklumat peribadi anda adalah terjamin keselamatannya.

Terdapat empat menu laman sesawang iaitu Home, House of Vein, Fragrance dan juga Shop. Untuk maklumat terkini Vein akan dipaparkan di halaman Home, House of Vein adalah kisah mengenai wangiannya, untuk maklumat setiap wangian tersedia di menu Fragrance, terakhir menu Shop merupakan destinasi beli belah wangian Vein. Untuk pembayaran atas talian yang terjamin, pihak pengurusan Vein telah memilih kaedah pembayaran, Paypal dan Stripe.




Vein memasarkan wangian terpilih, eksklusif dan berkualiti tinggi yang diimport mewah dari tanah Monarki, England. Setiap wangiannya diberikan karakter tersendiri bagi memudahkan pembeli untuk memilih wangian yang bersesuaian dengan persona dan mood pengguna. Harga pasaran Malaysia yang ditawarkan oleh Vein adalah sangat berpatutan iaitu RM65/botol, didatangkan khas dengan ciri-ciri klasik premium dimana anda boleh lihat dan rasai pada botol dan juga kemasan pembungkusannya. Wangian ini diklasifikasikan sebagai extrait de parfum. Ketahanan wangian Vein dibuktikan oleh para pengguna iaitu sehingga 10 ke 24 jam, juga bergantung pada keadaan cuaca, aktiviti seharian dan juga kombinasi bau badan.

Repustasi Vein selama 4 tahun berada dipasaran tempatan sebagai premium affordable brand bagi wangian peribadi telah mendapat sambutan oleh perfume enthusiast iaitu penggemar dan pengguna wangian peribadi daripada perfumer. Wangian sebegini juga kenali sebagai wangian artisan. Sasaran Vein kali ini, ingin lebih dikenali bukan sahaja dikalangan perfume enthusiast malahan juga di kalangan
pengguna wangian peribadi harian. Terbaharu, Vein menambahbaik dan menawarkan kemasan pembungkusan yang bermotifkan vintage klasik atas permintaan. Dengan harga yang berpatutan, pengguna boleh mendapatkan pengalaman premium, bagaimana jenama – jenama terkemuka dunia memberikan perkhidmatan terbaik daripada sapaan pertama sehingga ke produk itu sendiri. Setiap wangian keluaran Vein adalah eksklusif dan terhad produksinya. Vein diperakui dan mendapat sijil ujian
kimia daripada makmal bioteknologi.

5 pilihan Variasi EDP VEIN 


Jom ana kongsikan pilihan variasi EDP VEIN yang mungkin sesuai dengan karektor korang masing-masing. Setiap variasi adalah untuk keperibadian seseorang yang berbeza. 


EDP VEIN II
Vein No.2/II: Fresh apple juice & zesty citrus. Top notes aroma  ylang. middle notes haruman freesia & jasmine, hedione. Base note pula musk. Sangat di sesuai sebagai  Eau de parfum kegunaan setiap hari. Yess yang ini pilihan ana.

EDP VEIN 3

Vein No.3/III: Top notes haruman rose & freesia. Middle notes dengan bauan cedar & sandal wood. Base notes kemanisan haruman vanilla & caramel. Sesuai sebagai Eau de parfum harian dan pastinya untuk menghadiri majlis-majlis istimewa.

EDP VEIN 4
Vein No.4/IV: Menampilkan aroma  watermelon, kiwi, pink cyclamen & musk. Sangat sesuai untuk majlis-majlis dan makan malam sebagai EDP pilihan . 


EDP VEIN 5
Vein No.5/V: Top notes gabungan kesegaran mint, lavender, grapefruit & bergamot. Middle notes kombinasi cranberry, rose & granny smith apple. Base notes kedinginan aroma amber, cactus & cotton flower. Sangat sesuai untuk majlis-majlis istimewa dan gaya sport dalampilihan EDP.

EDP VEIN Origin

VEIN Origin: Top notes haruman Rose, Green Tea & Violet. Middle notes sentuhan Turkish Rose & Magnolia. Base notes wangian Musk & Cedar.  Eau de parfum yang sangat sesuai untuk ke majlis-majlis istimewa bersama insan tersayang.

Dah tak sabar nak memakai EDP VEIN , dan mengalami sendiri notes demi notes dari haruman gaya Inggeris , boleh lah layari ke mana-mana pautan dan hubungi nombor yang ana serta kan di bawah.




10 Comments

  1. Kita pun peminat perfume!

    ReplyDelete
  2. banyak pilihan aroma perfum

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak PI susah nak pilih sebab semua notes macam best sangat hehe :)

      Delete
  3. minat jugak pepium ni tp dah lama tak tambah koleksi.. skrg tak blh nak bau sangat pepium2 ni...

    ReplyDelete
  4. teringin nak bau... botol dia cantik and boleh letak dlm handbag

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana suka VEIN 2 tu Zieya very soft notes

      Delete