Roti antara menu harian wajib bagi ana sekeluarga. Nak-nak lagi waktu berkurung di rumah  anak-anak sentiasa lapar , jad roti buku ni stok wajib ada di rumah ana. Jenama Massimo antara pilihan ana sekeluarga. Roti nya segar dan banyak khasiat serta mudah di beli di pasaran. 

Hari ini ana dapat tahu Massimo mengeluarkn roti terbaharu iaitu roti artisan benih multigrain dengan barli. Istimewanya ia adalah edisi khas dan hanya terdapat dalam jangka waktu terhad. Rugilah kalau tak dapat menikmatinya kerana ada keenakan dan khasiat barley yang unik.


massimo roti barli


Ana dah rasa, memang ada bijirin barli dalam setiap kepingan roti. Sedap di makan cicah teh o di waktu pagi dan petang. 

Roti Massimo Yang Berkhasiat Lagi Enak 



roti massimo barli


The Italian Baker Sdn. Bhd., pembuat roti dan kek Massimo, telah mencipta roti multigrain artisan dengan gabungan berkhasiat barli premium Kanada, flaxseed, biji chia, biji bunga matahari dan bijan hitam, yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ditawarkan untuk tempoh terhad, Roti Benih Multigrain Dengan Barli (Seeded Multigrain with Barley) Massimo menggandingkan isi padat lagi lembut dan ijbijirin ranggup yang enak.

Sementara Massimo mempunyai pelbagai pilihan roti sandwic enak lagi berkhasiat seperti Roti Sandwic dengan Germa Gandum (Sandwich Loaf with Wheat Germ), Roti Gandum Penuh 100% (100% Wholewheat Loaf), Roti Fine Wholemeal (Fine Wholemeal Loaf), jenama tersebut ingin memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan termasuk memperkenalkan roti-roti artisan tradisional dan pilihan pelbagai bijirin yang lebih bermanfaat untuk kesihatan.


roti massimo barli

Pengerusi The Italian Baker Sdn. Bhd., Jeremy Goon berkata, “Kami amat teruja memperkenalkan roti sandwic artisan untuk julung kali. Ia menggabungkan tradisi penghasilan roti Massimo bersama rasa barli yang unik serta khasiat nutrisi barli yang telah dikaji secara terperinci.”



Barli tergolong antara ‘super food’, kaya dengan serat yang mempunyai kandungan tinggi bahan antioksidan tokotrienol dan beta-glukan yang boleh mengurangkan kolesterol. Pengambilan barli sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan sihat telah menunjukkan dapat mengukuhkan sistem imun badan, membantu dalam pengurusan berat badan, melancarkan sistem penghadaman serta membantu kesihatan usus, merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta melindungi daripada penyakit diabetes. Roti yang diperbuat daripada barli mempunyai sejarah purba di Timur Tengah, di mana ia dianggap sebagai makanan ruji.


massimo roti barli

Beliau menambah, “Semenjak pandemik COVID-19 melanda, pengambilan roti semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, yang kebanyakan berada di rumah sebagai langkah untuk melindungi diri mereka dan keluarga tersayang. Mengamalkan diet yang berkhasiat sangatlah penting demi mengekalkan kesihatan, terutamanya pada masa kini bila kita lebih kerap makan kerana berada di rumah. Oleh demikian, pembuat roti, saintis makanan, pakar pemakanan serta pasukan penyelidikan dan pembangunan kami telah bekerjasama untuk mengembangkan roti multigrain artisan pertama kami dengan mengimbangkan keperluan nutrisi dan keenakan rasa dengan teliti.”

Pasukan Massimo telah mengumpul dan menganalisis data pengguna yang relevan serta pembelajaran utama daripada Perintah Kawalan Pergerakan pertama (PKP 1.0), serta daripada pelbagai statistik kesihatan rakyat Malaysia termasuk Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 1 . Roti Benih Multigrain Dengan Barli Massimo telah dikembangkan untuk memupuk tabiat pemakanan yang lebih sihat, serta memberikan kepuasan selera dan cita rasa rakyat Malaysia.



Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo telah menjadi makanan harian rakyat Malaysia dengan menyediakan kepelbagaian pilihan roti yang menerajui kebaikan menyeluruh. Roti Massimo terkenal dengan rasanya yang enak lagi berkhasiat, berasaskan penggunaan bahan-bahan bermutu tinggi dengan jaminan kualiti yang ketat untuk kepuasan pengguna, sementara innovasi pengedap keselamatan Tamper-Evident jenama ini memberi ketenangan kepada para pengguna.

Roti Benih Multigrain Dengan Barli Massimo (360g), yang merupakan pilihan ideal untuk sandwic, roti bakar atau dimakan begitu sahaja, boleh didapati di kebanyakan peruncit seluruh negara pada harga RM4.90 setiap pek. Ditawarkan untuk tempoh terhad, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kepingan penuh kebaikan ini.


Mengenai Massimo


Sejak diperkenalkan pada 2011, Massimo dikenali sebagai jenama yang mementingkan kebaikan dalam roti. Dibuat dengan penuh kesungguhan seperti di Itali, Massimo memastikan setiap roti buatannya mengandungi rasa, tekstur dan dan perisa yang mematuhi standard kecemerlangan tinggi jenama dan warisan Massimo.

Jenama ini kemudiannya semakin berkembang dan kini merupakan antara roti paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada untuk sarapan atau kudapan. Massimo hanya menggunakan bahan terbaik dengan vitamin dan nutrien bagi memberi tenaga yang diperlukan.

Semua produk roti Massimo dihasilkan menerusi kepakaran pasukan R&D di The Italian Baker Sdn Bhd. The Italian Baker Sdn Bhd merupakan sebuah firma dengan pengiktirafan FSSC 22000 yang komited dalam menghasilkan produk yang menyihatkan, selamat, berkualiti tinggi, berbaloi harga menerusi R&D yang terperinci, inovasi dan pemahaman yang baik mengenai cita rasa, keperluan nutrisi dan keutamaan pengguna di Malaysia.

8 Comments

  1. roti barley sedap tu buat sarapan pagi ptg r mlm

    ReplyDelete
  2. wah menarik ni . bagus untuk kesihatan badan

    ReplyDelete
  3. mesti serat tinggi..aaaa nak beli..cam best je tgk

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba kalau terjumpa di kedai. Limited time kan yang ni.

    #Staysafe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah AA limited edition jumpa tak nii :)

      Delete