Bila lama tak membaking ni, teringin pula nak makan kek mentega plain panas-panas dari oven dengan teh o . Terpandang dalam bakul buah, banyak pula buah oren. Maklumlah dalam waktu kita di uji pendamik ni, pengambilan vitamin C sangat perlu sebagai langkah pencegahan. Ana lebih suka mengambil Vitamin C dalam bentuk segar seperti minum jus dari buah oren dan makan buah-buahan. 

Balik cerita buah oren , terfikir pula nak masukkan perasa oren dalam kek mentega gantikan dengan vanila. Jemu juga kan kek mentega vanila. Teringat arwah mak saudara ana, ada mengajar buat kek dengan buah oren ni. Ada parutan kulit oren di dalamnya yang memberikan aroma zess pada kek nanti. 


resepi kek buah oren


Resepi kek buah oren 

Resepi yang ana kongsikan ini adalah untuk loyang saiz lapan dan berasaskan resepi butter cake plain asas. Korang boleh sahaja gunakan basic resepi butter cake ni dan adunkan dengan buah oren, kalau tak ada gantikan dengan sunquick atau pun jadikan kek kurma dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing. 


Resepi kek buah oren

Bahan-bahan kek buah oren 

2 biji buah oren 

2 cawan tepung kek ( self rising )

1 cawan gula kastor

1 cawan mentega

4 biji telur 


Cara buat kek buah oren



Kalau malas tonton sahaja dalam video di atas naa...

1. Bersihkan sebiji buah oren , hiris nipis kulitnya dan jangan tebal nipis sahaja naa dan hiris kecil-kecil untuk dapatkan aroma zess kulit oren. Ketepikan.

2. Dari buah yang sama belah dan perahkan jusnya. 

3. Dalam mixer masukkan mentega dan gula mix sebati hingga kembang.

4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus mix hingga sebati dan naik gebu. 

5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kek yang telah di ayak dan mix pada kelajuan yang perlahan.

6. Masukkan jus oren bersama hirisan kulit oren dan mix sekejap hingga sebati adunan.

7. Ambil sebiji lagi buah oren dan hiris bulat untuk hiasan atas kek. Sapu loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper. Aturkan hirisan bulat buah oren. 

8. Tuangkan adunan dan hentakkan loyang biar serata adunan dalam loyang.

9. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar pada suhu 200 sehingga masak. Ianya bergantung pada saiz oven masing-masing, ada yang ambil masa 45 minit atau 1 jam. Check lah dengan lidi untuk pastikan kek dah masak naa.. 

10. Sejukkan kek dahulu baharulah di terbalikkan dan siaplah sebiji kek buah oren segar untuk hidangan sekeluarga. 

Selamat mencuba semua, semoga bermanfaat... 

18 Comments

  1. sedapnya kek oren! hari tu niat nk buat kek oren.. smpai ke sdh xbuat.. abs dh oren ank mkn.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha beli lagi pastu cepat2 buat fia :)

      Delete
  2. kita x minat sgt oren tp tgk ni dah rasa terliur masam2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa try laa mana tahu terus minat hehe :)

      Delete
  3. Minta sepotong Kak Ana :)
    Nak try buatlah nanti, dgn kurma. Risau pula bila tengok stok kurma tak habis2 lagi lepas Ramadhan hari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah boleh je masukkan kurma yang ada tu PH sayang je :)

      Delete
  4. sedapnya kek oren setengah org mrk parut kulit oren n masukan dlm adunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak resepi ni saya masukkan kulit oren tu hehe :)

      Delete
  5. Cantik ada potongan oren di atas kek.

    ReplyDelete
  6. Sedap dan cantik permukaan kek tu nampak gebu.

    ReplyDelete
  7. Thanks share resepi.cantik susun2 oren atas kek tu...

    ReplyDelete