Masak menu kenduri kahwin
Lama benar rasanya tak menghadiri majlis kenduri kahwin kan.. Rindu pula nak makan bawah khemah, jumpa sanak saudara dan kawan-kawan, dapat goodies bag dan bunga telur, paling best dengar iringan paluan kompang ataupun lagu-lagu pengantin baru..
Dua tahun juga lah rasanya tak ada suasana sebegitu lagi. Last majlis perkahwinan anak buah ana di kampung sebelum pendamik tahun 2020 lepas, sekarang dah ada anak sorang dah . Waktu kelonggaran PKP tahun lepas juga sempat anak buah suami bernikah, waktu tu pun SOP ketat, tanpa majlis, kami pun tak dapat masuk masjid majlis akad nikah, cuma sampai rumah pengantin perempuan bergambar keluarga dan dapat tapau nasi minyak sorang sepek bawa balik.
Disekitar kediaman ana ni, ada food truck jualan nasi minyak, kalau teringin tu ada juga kami beli dan makan. Sejak dua menjak ni agak rajin juga ana masak menu-menu nasi. Nasi kerabu , nasi dagang , nasi tomato dan nasi hujan panas semua dah try masak. Minggu lepas teringin nak makan nasi minyak, terhasillah set menu orang kahwin simple dan mudah.
Siap dengan ayam masak merah, kari dhal atau kami kat utara panggil dalca serta jelatah timun. Cuma tak berapa lengkap bahan yang ada di rumah maka tak lah sempurna resepi nya. Janji sedap dan ada rasa nasi minyak dan lauk pauknya, Alhamdulillah. Jom ana kongsikan versi sempoi resepi nasi minyak, ayam masak merah, kari dhal dan jelatah timun.
Resepi masakan orang kahwin
Resepi dan cara buat jelatah
Bahan-bahan jelatah
Timun
Lobak merah
Bawang besar
Cili merah
Garam
Gula
Cuka
Kalau resepi mak ana letakkan juga udang kering dan kacang tanah
Cara buat jelatah :
1. Hiris timun bulat-bulat
2. Hiris lobak merah nipis dan jalur
3. Hiris nipis bawang besar dan cili merah.
4. Kalau masukkan udang kering , goreng seketika dan tumbuk. Sama juga kacang tanah.
5. Satukan semua bahan dan gaul sebati rasakan dengan garam, gula dan cuka. Dah siap jelatah orang kampung .
Resepi dan cara masak dalca atau kari dhal
Bahan-bahan dalca
Ana gunakan bahagian hati dan pedal ayam serta lehernya sahaja, sebahagian dari ayam yang nak masak merah tu.
1 biji terung panjang - potong panjang jurai
1 biji lobak merah - potong bulat serong tebal
2 biji kentang - hiris kecil
kacang dhal dalam segengam - rendam terlebih dahulu hingga kembang
1 paket rempah kari daging
2 sudu serbuk cili
garam secukup rasa
santan pekat
bawang besar
bawang putih
halia
penumis kulit kayu manis dan bunga lawang
Cara masak kari dhal atau dalca
1. Rebus kacang dhal hingga empuk.
2. Blend bawang besar, halia dan bawang putih.
3. Panaskan minyak, tumis bunga lawang dan kayu manis.
4. Masukkan bahan blend, tumis hingga masak.
5. Bancuh rempah kari daging yang di campurkan dengan serbuk cili dengan sedikit air hingga menjadi pes kari.
6. Masukkan dalam tumisan dan masak hingga pecah minyak.
7. Masukkan kentang , lobak merah dan ayam.
8. Masukkan sedikit air untuk memasakkannya.
9. Bila dah empuk, masukkan kacang dhal yang telah di rendam di masak empuk.
10. Masukkan santan pekat dan terung, masak hingga didih.
11. Rasakan dengan garam dan siap untuk hidangan kari dal atau dalca.
Resepi dan cara masak nasi minyak mudah
Nasi minyak yang ana masak ni memang basic sangat resepinya sebab ana tak cukup bahan. Tapi masih sedap dan rasa nasi minyak.
Bahan bahan:
3 pot beras Basmathi – basuh dan tos
1-2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin Planta
3 bunga lawang, 1 kayu manis
5 biji bawang merah - hiris
2 inci halia - kisar
Sedikit garam
1/2 cawan susu cair
Cara masak nasi minyak
1. Panaskan minyak sapi dan majerin planta. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
2. Kemudian masukkan bawang merah hiris.
3. Bila bawang telah wangi dan keperangan, tuang air yang telah disukat mengikut sukatan beras. Kacau dan masukkan sedikit garam. ( sukatan air = 1 pot= 1 ¼ pot air ).
4. Bila air telah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Kacau rata. Biarkan seketika.
5. Masak seperti biasa dalam periuk nasi letrik.
6. Apabila nasi dah masak , tuangkan susu cair ke atas nasi. Gaulkan nasi hingga sebati. Masak pada 'warm'dan biarkan dalam 30 minit.
7. Kalau korang ada kismis dan kacang gajus boleh lah masukkan.
Resepi dan cara masak ayam masak merah
Bahan-bahan ayam masak merah
Ayam - lumur kunyit dan garam, goreng api perlahan
2 biji Bawang besar - sebiji untuk blend dan sebiji untuk hiris bulat.
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sos cili
sos tomato
air secukupnya
garam
Cara masak ayam masak merah
1. Blend bawang merah , bawang putih dan halia.
2. Tumis hingga masak, masukkan sos cili secukupnya.
3. Masukkan sos tomato dalam 2 sudu besar.
4. Masukkan air sedikit dan rasakan dengan garam.
5. Masukkan ayam dan siap.
Selamat mencuba menu masakan kenduri kahwin..
16 Comments
Sedapnya. Lama dah tak makan nasi minyak.
ReplyDeletejom kita masak nasi minyak JR :)
DeleteDah lama tak makan nasi minyak kenduri kahwin
ReplyDeletetu laa wak lama tak makan bawah khemah kan hehe :)
Deleterindu betul nak makan nasi minyak kawah... periuk karen kurang feel..hahaha
ReplyDeletedah tu ajer yang ada yan, janji ada rasa dah hehe :)
DeleteRindunya nk mkn menu kenduri, sayur umbut, acar, gulai..kalau msak ramai2 ni lain rasanya, sedap & eksklusif..
ReplyDeletewahh sayur umbut tu memang heaven cikgu :)
DeleteSedapnya kak Ana.. Baru puas hati masak sendiri dapat makan banyak kali..
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Kak Ana. Semoga tahun baru ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. Aamiin
salam maalhijrah juga buat naniey sekeluarga semoga tahun ini akan lebih baik semuanya.. aamiin
Deletesedapnya, tapi nak buat belum ada kerajinan.
ReplyDeleteayohhh UN jom masak hehe :)
Deletetak rugi pandai masak ni...rezeki datang melimpah ruah
ReplyDeletetak lah pandai etuza, aamiin :)
DeleteSedapnyaaa
ReplyDeleterindu menu kenduri kan rabia :)
Delete