Bila teringin waktu pkp ni, kenalah rajin-rajin masak sendiri. Memandangkan ada beras basmati dalam stok di rumah , bahan-bahan lain pun ada, ana penuhi permintaan suami nak makan nasi tomato. Hasil pencarian di internat, jumpa lah resepi youtuber terkenal Che Nom. Nampak mudah untuk di cuba dan alhamdulillah berhasil dengan sedapnya.

Padanan menu wajib nasi tomato ni pastilah ayam masak merah , jelatah dan kari dhal. Hat tu ana pasti ramai yang pandai masak. Jadi ana kongsikan di sini resepi dan cara masak nasi tomato dengan menggunakan periuk nasi letrik atau rice cooker. 


resepi dan cara masak nasi tomato dengan menggunakan periuk nasi letrik atau rice cooker


Resepi dan cara masak nasi tomato dengan menggunakan periuk nasi letrik atau rice cooker


Bahan-bahan nasi tomato 

Beras basmati - ana gunakan 4 cawan ( gunakan cawan yang sama untuk sukat air , sukatan air 1 cawan beras basmati : 1 1/2 cawan air ) 
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
tomato puri
1/2 cawan susu cair
1 helai daun pandan
air secukupnya ikut kuantiti beras basmati
2 sudu minyak sapi
sedikit minyak masak
garam dan gula secukup rasa
kismis jika suka 


resepi dan cara masak nasi tomato dengan menggunakan periuk nasi letrik atau rice cooker


Cara masak nasi tomato

1. Basuh beras basmati dan rendam dalam 15 minit. Bilas dan toskan.

2. Sediakan bahan tumis . Simpulkan daun pandan, ketuk serai, hiris dadu bawang merah dan bawang putih. Hiris nipis halia .


resepi dan cara masak nasi tomato dengan menggunakan periuk nasi letrik atau rice cooker


3. Panaskan kuali, masukkan minyak sapi dan sedikit minyak masak. 

4. Tumiskan daun pandan dan serai di ikuti bahan tumis lain bawang, halia, bawang putih , kayu manis dan bunga lawang.

5. Masukkan beras dan goreng seketika sahaja. 

6. Masukkan air ikut sukatan beras seperti di atas. Ana gunakan 4 cawan beras basmati jadi 6 cawan air. 

7. Masukkan susu cair dan tomato puri. Kalau suka boleh masukkan kismis. 

8. Rasakan dengan gula dan garam.

9. Bolehlah pindahkan ke dalam periuk nasi letrik dan masak seperti biasa. Korang boleh tonton video masakan nasi tomato di bawah:




10. Bila dah bertukar ke mode "warm", biarkan dalam 10 minit baharu lah buka tudung periuk dan gaul kan nasi perlahan agar tidak patah nasi. 

11. Sedia untuk hidangan bersama bawang goreng. 



resepi dan cara masak nasi tomato dengan menggunakan periuk nasi letrik atau rice cooker


Bila rindu nak makan nasi tomato kerana waktu sekarang ni tak ada open house raya, kenduri kendara jadi masaklah untuk sekeluarga ye dak. Lawan kan dengan ayam masak merah, jelatah timun, kari dhal goreng kan papadom, memang layannnn.. 

Ana tengahari tu cuma masak kari ayam dan kacang panjang tumis rempah dengan hati ayam sahaja. Dapat pula air sirap.. awesome sangat kan.. selamat mencuba naa. Semoga bermanfaat. 


4 Comments

  1. Nina pun suka masak guna rice cooker mudah dan jimat waktu. Heheh. Asalkan sedap dan menjadi

    ReplyDelete
  2. mudah masak nasi tomato guna rice cooker

    ReplyDelete