Lama dah berangan nak try buat burnt cheesecake resepi Khairul Aming ni. Nampak ramai rakan-rakan dah buat semua kata senang. Minggu lepas baharulah kejadiannya benar-benar terjadi bila dah ada cukup bahan. Memang senang sangat nak buat burnt cheesecake ni, korang. Rasanya pun sedap, fluffy jer , lembut dan hangus cantik di permukaan atasnya.

Bagi yang belum pernah buat burnt cheesecake ni, boleh lah try guna resepi yang ana sertakan di bawah. Cuma resepi ni menggunakan air fryer. Kalau masuk dalam oven ana tak pasti suhu nya macam mana, korang carilah di internet mesti ada juga resepi burnt cheesecake guna oven, kan. 


resepi burnt cheesecake Khairul Aming


Resepi Burnt Cheesecake Khairul Aming 

Bahan-bahan burnt cheesecake 

- 2 sudu tepung gandum 

- 250 gram Cream Cheese Tartura 

- 1 kotak 200ml  Whipping cream

- 1 sudu besar Esen Vanilla 

-  2 biji Telur 

- 1 biji  Kuning Telur 

- Gula setengah cawan 

- Garam secubit


Resepi burnt cheesecake Khairul Aming


Cara buat burnt cheesecake




- Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend sebati.

- Tuang dalam acuan kek , ana gunakan loyang saiz 6 , pastikan alas dengan baking paper terlebih dahulu.

- Masukkan dalam air fryer laraskan suhu 180' dan masak selama 20 minit, kemudian naikkan suhu kepada 200' dan masak lagi selama 5 minit untuk menggaringkan permukaan burnt cheesecake kita. 

Siap lah resepi paling mudah untuk sajian sekeluarga. Burnt cheesecake ini memang rupa parasnya tidak begitu cantik rupawan tapi percaya lah rasanya cukup sedap. Penggemar cheesecake boleh lah try naa... semoga bermanfaat.. 


22 Comments

  1. Wow.. sedapnya. In sya Allah mudah. Boleh dicuba.

    ReplyDelete
  2. itu la dari dulu dok save je resepi ni..cubanya tak jugak..tapi tgk akk ana punya kejadian ni cntik sgt nk kena try juga ni

    ReplyDelete
  3. anti gagal resepinya mudah dah sedap pulak tu kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dana paling sempoi nak baking ni :)

      Delete
  4. Bahan2 nampak mudah je . Nak cuba buat laa

    ReplyDelete
  5. Assalam.. saya pun suka burnt cheese cake.. tapi tak pernah la nak membuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam SS, pasni try laa buat senang je ni hehe :)

      Delete
  6. Nak buat tapi tak terbuat lagi. Tak de bahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat supermarket pun boleh beli bahan naniey :)

      Delete
  7. cantik kejadiannya mesti sedap tu

    ReplyDelete
  8. dari dulu lagi berangan nak buat burnt cheese cake ni sampai sekarang tak terbuat , tengok resepi ni cam senang

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaa. busyra haritu nk buat tp x buat2 sudahnya.. hahah

    ReplyDelete
  10. resepi-resepi khairul aming ni memang mudah, sedap lak tu ..

    ReplyDelete