Bagi yang mengenali ana, mesti tahu ana suka pada keindahan dan kecantikan. Kalau di FB atau Instagram pun ada jer cerita pasal bunga-bunga dan keindahannya. Ye lah kan, di usia kilauan emas ni, nak suka apa lagi selagi memperbaiki amalan, pastilah ingin kan ketenangan ,sebab tu ana pilih untuk bercerita kisah keindahan dan kecantikan.

Hari-hari yang di lalui ini , ana banyak memikirkan untuk bagaimana hendak menjaga kesihatan jiwa dan fizikal. Bercakap bab fizikal, di usia 40 -an , lebih menumpukan pada kesihatan tubuh badan dan menjaga penampilan diri dan kecantikan wajah. Penting sangat, berusia bukan bermakna kita dah tak perlu nampak cantik, kerana pada ana semakin meningkat usia pinjamanNya, amat perlu tampil cantik seiring usia.




Cantik yang ana maksudkan bukan lah solekan tebal dan menarik perhatian orang ,dak aihh! Ana memang tak pandai bersolek dari muda dulu pun.  Dah nama lagi dah berusia kan, ana cuma ingin tampil dengan wajah yang bersih dan sihat, cukup memakai pelembab,bedak kompak dan calitan lipstik di wajah ( ini sebelum pendamik , laa nii tak pakai pun tak pa ). Namun kita dah rasa yakin untuk menjadi cantik. 


sakura collagen+


Cuma untuk menjaga kecantikan dalaman wajah dan tubuh badan, kita perlukan penjagaan pemakanan dan senaman. Bercerita bab pemakanan ni, memandangkan usia kian meningkat banyak kekurangan vitamin dan collagen dalam badan yang perlu di top up. Selain dari pengambilan makanan berkhasiat, untuk lebih memudahkan, ramai yang mengambil suplimen dan antaranya ialah yang mengandungi khasiat collagen. 

Sakura Collagen+ 


Hat ni laa yang ana nak share dengan korang hari ini, Sakura Collagen+ atau pun SC+ yang dah ana ambil sebagai minuman kolagen. Erm.. Kenapa ana mencuba Sakura Collagen+ ni ? Jom kita baca hingga ke hujung ceritera...


sakura kolegen review


Ana seorang yang cukup berhati-hati dengan sebarang produk yang ana ambil khasnya melibatkan pemakanan. Ana juga tak akan menulis review produk yang boleh memudaratkan kesihatan orang lain dengan pelbagai claimed yang melampau. Jadi sebelum ana sendiri mengambil sebarang produk suplimen contohnya, bab pertama yang ana akan pastikan adalah kehalalan nya. Benda nak masuk dalam badan kena lah pastikan Halal bukan. 

Setelah meneliti laman web mereka, ana dapati Sakura Collagen+ adalah minuman kolagen yang menggabungkan ramuan ekslusif yang dipatenkan dan ekstrak semulajadi dengan teknologi terkini mengikuti piaiawan sijil HALAL dirumus untuk penjagaan kulit .

Ana juga membaca kandungan Sakura Collagen+ ni dan di nyatakan 5 kandungan bahan utama nya adalah Ekstrak Sakura Berpaten , VERISOL Peptida Collagen, TetraSOD Micro Alga Laut, Ekstrak Limau Biji Yuzu dan Ekstrak Bunga Rosel




Cara pengambilan Sakura Collagen+

Ana mengambil Sakura Collagen+ sebagai rutin minuman sekali sehari dengan mencampurkan 1 sachet ke dalam segelas air sejuk. Bagaimana rasa Sakura Collagen+ ni ? Rasa dia sedap jer.. rasa lebih kurang minuman berries ada masam-masam manis dari ekstrak bunga rosel dan sedikit rasa payau alga laut. Tidak ada rasa apa-apa yang pelik pada minuman collagen ini, cuba lah.. 

Kebaikan dan khasiat Sakura Collagen+


Antara kebaikan yang ana baca dalam setiap kandungan Sakura Collagen+ adalah antaranya kulit wajah akan lebih tegang, mengekalkan kelembapan kulit yang sangat ana perlukan waktu ini kerana setiap kali bangun pagi ana akan berasa kulit sangat kering. Sakura Collagen+ juga di katakan mampu mengurangkan kedutan, mudah-mudahan sebab ana belum ada kedutan di wajah lagi buat masa ni, jadi tak nampak lah hasilnya hehe :) 

Sakura Collagen+ juga di katakan mampu meningkatkan keanjalan kulit, mampu membaikan penghadang kulit, memulihkan parut, menjaga kesihatan kuku, melembutkan kulit dan tona kulit lebih cerah. Bercakap tentang tona kulit lebih cerah ni pun tidak begitu ketara pada ana sendiri kerana ana berkulit cerah, jadi ana tak dapat nak cerita mengenainya, naa.. 


Sakura collagen+

Sakura Collagen+  adalah produk keluaran Vii Nutrition Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat pembekal serta pemasar produk kesihatan dan kecantikan yang mana mereka menghasilkan produk dengan ingredients terpilih, berkualiti dan patented dari Spain, Jerman serta Jepun. Sakura Collagen+ sendiri telah mendapat jaminan kualiti GMP, Pematuhan ISO22000, ISO9001, HACCP, HALAL serta MESTI KKM.

Semua butiran lengkap mengenai produk dan pensijilan nya korang boleh sahaja rujuk ke laman rasmi Vii Nutrition di www.viinutrition.com


sakura collagen+


Setiap kotak Sakura Collagen+ terdapat 15 sachet seberat 10g . Korang perlu menyimpannya di tempat sejuk dan kering dan hindari dari pancaran matahari untuk mengawal kandungan khasiatnya. Pengambilan sehari 1 sachet yang di campurkan dalam 100ml air sejuk, kacau dan minum. Itu sahaja..

Untuk pertanyaan dan pembelian Sakura Collagen+ dan juga rangkaian produk Vii Nutrition bolehlah rujuk pautan dan butiran yang ana berikan di bawah : 

Instagram : @viinutrition_bm
Facebook : ViiNutrition.bm

Vii Nutrition Sdn Bhd
7-1, 7-2, 7-3, The Park Signature Shop,
Persiaran Jalil Utama, Bandar Bukit Jalil,
57000, Kuala Lumpur.
Tel : +603 - 976 65388

7 Comments

  1. Betul tu AJ. Yang penting cantik itu bermaksud bersih dalaman tubuh badan dan wajah, bukan disebabkan alat solek.

    ReplyDelete
  2. cantik warna air dia tu kak... kalau minum dengan ice agaknya mesti lagi best hehehhe... teringat air buah lak kak oi

    ReplyDelete
  3. CANTIK DALAMAN BERSERI LUARAN

    ReplyDelete
  4. wow, bagu ni jaga kecantikan dari dalaman lagi kekal

    ReplyDelete