22hb Ogos lepas, ana dan Kak Long dah pun selesai mendapatkan suntikan vaksin di Le Garden Pavilion, Gamuda Gardens. Lebih kurang selang 21 hari dari tarikh dos pertama yang kisahnya ana kongsikan di SINI . Alhamdulillah jam temujanji kami pada pukul 2:30 petang, sampai sahaja petugas RELA minta suami dropped depan laluan bulatan hanya yang akan di vaksin sahaja dibenarkan masuk ke kawasan khemah. 


Waktu itu ada 3 barisan di mana satu belah kiri sekali adalah untuk mereka yang hadir secara walk in. Ana tak pasti mereka walk in untuk dos pertama atau pun kedua. Tak lah ramai sangat hari tu. 

Kami yang dah ada tarikh temujanji di barisan kanan dua line, seperti proses dos pertama sama sahaja procedur nya. Semua pun cepat dan pantas. Pasti kan ada IC, kad vaksin dan borang dos pertama hari tu dan data internet untuk kemaskini di MySejahtera. Dah tak perlu isi apa-apa borang lagi dah.

Perjalanan proses dari stesen demi stesen di selia baik oleh petugas di PPV. Terima kasih buat semua petugas yang sangat baik dan sopan serta doktor dan MA yang memberikan consultation serta suntikan. 



Dos kedua vaksin di Gamuda Gardens

Mudah-mudahan atas niat ikhtiar kita semua , wabak ini akan dapat di bendung dan kurangkan kesan akibat daripada jangkitan. Walaupun dari statistik harian KKM, bilangan kes masih tinggi namun ada sedikit keredaan bila stage 3, 4, dan 5 kian menurun. Bilangan di unit ICU dan wad juga banyak yang kurang seperti yang di laporkan di sosial media dan berita. 

Dari pembacaan ana juga hospital-hospital kerajaan yang dahulunya penuh dan sesak dengan pesakit covid19 kini dah mula menurun dan wad-wad telah kembali beroperasi untuk pesakit selain covid. 

Bukanlah kita dah boleh bebas sebebasnya selepas vaksin kerana walaupun telah lengkap dos kita masih boleh dijangkiti dan menjangkiti, cuma ana di fahamkan ianya adalah pada gejala ringan, In Shaa Allah. 

Sekarang ini adalah menjadi tanggung-jawab kita sendiri untuk menjaga diri dari di jangkiti wabak. Teruslah sama-sama kita teruskan panduan SOP untuk keselamatan dan kesihatan diri, dah hampir dua tahun pasti dah terbiasa dah kan.. Ingat naa... kita bukan kebal lepas lengkap vaksin sekali pun..

Teruskan berdoa kepadaNya kerana Diala juga sebaik-baik perlindungan.. Hasbunallah Wanik'mal Wakil.. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha, ikhtiar dan panjatkan doa dan tawakal kepadaNya jua.. 

Semoga kita semua akan dapat kembali kepada kehidupan yang lebih baik, yang sedia kala dan bagi mereka yang telah di ujiNya, termasuk ana sekeluarga sendiri, yakinlah kita bahawa pasti akan ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Allah swt menguji kerana Dia tahu akan kemampuan hambaNya dan semoga Allah swt akan mengangkat darjat kesabaran kita dengan ganjaran pahala yang berkekalan.. Aamiin. 


21 Comments

  1. Tahniah dah habis vaksin. Saya minggu depan baru tarikh dos kedua.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah kak ana....Semoga apa yang kita usahakan ini, akan memberi sinar utk kita Insya'Allah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. tahniah kak ana! dh completed vaksin!

    ReplyDelete
  4. Tahniah dah lengkap 2 dos vaksinasi

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sihat sejhtera selalu

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. alhamdulillah PC kita ikhtiar selebih nya kuasa Nya jua

      Delete
  7. salam, saya nk tanya PPV ni buka x utk walk in pkerja asing esok 31 Ogos 2021..kalau sesiapa tahu info boleh bgtau saya ,thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh email saya cherosnah2112@gmail.com untuk info.tq

      Delete
  8. alhamdulillah dah setel 2 dos...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Tahniah kak ana

    Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah AA, wahh semangat tu :)

    ReplyDelete