Gulai lemak telur sotong
Masyaa Allah.. Subhanaallah.. punya lah sedap juadah masak lemak telur sotong yang ana makan ni. Bukan ana masak, tapi pemberian jiran kami Ida Limau Purut , itu nama glamour Ida di FB hehe. Ana ni penggemar lah menu-menu rare macam ni. Ana suka makan telur ikan, telur sotong, hati, limpa , paru dan sebagainya. Menu ekzotik yang tak lah ekstrem sangat.
Memang sedap sekali sekala tukar selera kan. Jemu sangat dengan ayam, udang , ikan dan sebagainya. Kena pula gulai lemak Ida ni cukup pekat, cukup rasa lemak pedas makan pula dengan telur sotong yang lemak lembut padu.. Subhaanaallah menyelerakan selera kampung ana.
Ida campurkan dengan kacang panjang. Memandangkan ana tak pernah masak lagi telur sotong, ana cari di internet dan jumpa beberapa resepi masak lemak telur sotong ni. Ana paste kan di sini untuk rujukan sendiri dan mana lah tahu kut-kut nanti terjumpa telur sotong yang segar boleh lah try masak pula. Terima kasih Ida .
kredit foto Food Market |
18 Comments
Tak pernah lagi masak telur sotong ni.
ReplyDeletehaah JR kak ana pun belum pernah masak sendiri ni pemberian jiran hehe :)
DeletePerghhh..warnanya nampak menyelerakan..
ReplyDeletesedap pekat lemaknya DR :)
Deletefuh mengancam!
ReplyDeletePaduu Syaz :)
DeleteSedap eh telur sotong? Tak pernah makan hihihihi
ReplyDeletesedap SJ kena try sendiri :)
DeleteBaru tau kena tumbuk sikit ikan bilis, tq kak ana for the tips masak lemak telur sotong. Rasa meleleh air liur dah ni hahaha
ReplyDeletebukan resepi kak ana tu JUJU hehe :)
DeleteCikbunga tak gheti nak makan telur sotong... Sekalj kalau beli, buang jew... Sebab dia lembik dan macam jelly😅
ReplyDeletedapat yang besar2 baru sedap CB :)
DeleteBIASA MASAK TELOR SOTONG DGN SOTONGNYA SEKALI
ReplyDeletehaah kan Kak PI sebab jarang jumpa yang jual telurnya sahaja hehe :)
DeleteSamalah kita Kak Ana, PH suka makan telur sotong, telur ikan, hati limpa semua tu juga :D
ReplyDeleteSelalu kalau teringin telur sotong, ke kedai mamaklah tapi masak kari. Masak lemak cara kampung ni rasanya lagi sedaplah kan...
aduhai boleh geng dengan kak ana ni PH :)
Deletekalau tunjuk kat husband confirm dia gi cari telur sotong. tiap kali gi makan nasi kandar mmg kari telur sotong yg dia cari
ReplyDeletehaah kan kat kedai nasi kandar selalu gak ada :)
Delete