Siapa sini penggemar menu masakan Thai , baik mengaku cepat !! Mestilah ramai peminat masakan menu Thai seperti Tomyam, Paprik, Pataya dan sebagainya. Ana pun suka menu-menu Thai ni hendak pula makan malam panas-panas kan. Pilihan utama ana pastilah Tomyam. 

Korang pernah tak terfikir gabungan menu Barat seperti ayam goreng crispy , burger dan juga fries di gabungkan dengan citarasa Thai ? Haa .. ini lah yang ana nak kongsi dengan korang hari ini, menu terbaharu dari Marrybrown Malaysia dalam siri 'Aroung The World Country kali ini memilih Thailand. 


Marrybrown Tomyam Thai


Marrybrown YAM-MY 'Around The World 'Country, Thailand

Jom korang, kita terokai keenakan menu gabungan rasa pedas dan masam hidangan Thai dengan Marrybrown Tom Yam Chicken


Marrybrown tomyam chicken


Sawasdee korang!! Sekali lagi ana nak share dengan pembaca setia blog penuh menu ana ni dalam pengembaraan  Around the World bersama Marrybrown. Kali ini kita akan ke Land of Smiles, Thailand! Pastilah destinasi pilihan utama rakyat Malaysia yang suka pada budaya dan masakan citarasa Thai.

Menu kali ini mengambil sensasi pedas masam dalam Marrybrown YAM-my Marrybrown Tom Yam Chicken. Ana dan anak-anak suka sangat kesedapan ayam goreng rangup berperisa ala tomyam yang salutan keemasan pada kulit ayamnya. Memang sedap korang kena cuba sendiri. 


marrybrown tomyam chicken

Terasa perapan rempah ratus Thai dalam perapan hingga ke isi ayam yang di goreng rangup. Ratah macam tu je selesai 6 ketul ayam kami sekeluarga. Dah tak perlu sos dah makan gitu sahaja dah cukup sedap. Ye lah .. cuba korang pejam mata rasai nikmat makan ayam goreng rangup panas-panas dengan perapan ala tomyam, pasti terliur kan.. 

Sedar tak sedar, sepanjang 40 tahun pencapaian kejayaan Marrybrown, mereka sentiasa akan mencari kelainan atau pun ‘something different’ dalam sajian untuk pelanggan setia mereka. Dan sempena ulang tahun ke 40 tahun ini, Marrybrown yang merupakan rangkaian makanan segera Halal telah pun menjamu pelanggan mereka dengan menu-menu bertema dalam kempen  ‘around the world’ yang bermula dengan sajian Korea dan  Italy .

Bulan Oktober ini pula, Marrybrown membawakan sajian Thai dengan resepi Tom Yam yang semestinya di sukai rakyat Malaysia. “No matter young or old, Thailand is a paradise for Malaysians to discover delicious cuisines and street foods, to immerse in the colourful cultures and shop to their heart’s content. We hope to recreate that feeling of joy when we travelled to Thailand pre-pandemic by incorporating the taste of Tom Yam into our new Thailand-inspired menu,” kata Dato’ Joshua Liew, Chief Executive Officer of Marrybrown.



Jadi korang juga jangan lepaskan peluang menikmati menu YAM-mines dari Tom Yam Chicken dengan salutan perapan pedas masam yang garing dan padu. Dengan pesanan  à la carte untuk 5 ketul ayam goreng Tom Yam Chicken korang akan di sajikan dalam bekas bucket dengan harga bermula dari RM31.50 .



Untuk peminat burger Marrybrown pula korang usah risau , turut di sediakan Tom Yam Chicken Burger yang juicy lazat. Boleh di dapai dengan sajian Tom Yam Chicken Burger Combo dari  RM 14.90, bersama french fries dan Nestlé Pink Lemonade, eksklusif hanya di Marrybrown. 


Surprise untuk korang semua yang nak cuba kedua-dua pilihan menu dapatkan sahaja  Tom Yam Big Box yang mengandungi 1 ketul Tom Yam Chicken, sebiji  Tom Yam Chicken Burger, 6 ketul Tom YamChicken Nuggets dan pastilah  french fries serta penghilang dahaga  Nestlé Pink Lemonade pada harga dari RM25.80



Tak cukup dengan kenikmatan kepedasan dan kemasaman citarasa Thai , apa susah , korang boleh upgrade dari original french fries kepada Tom Yam Fries pada mana-mana pilihan combo dengan hanya dari  RM 1.00 sahaja atau nikmatinya pada harga dari RM 5.00 satu sajian. 



Serius Tom Yam Fries ni memang unik. Ana suka pada taburan rempah tom yam yang pedas masam pada kentang goreng yang rangup di makan panas-panas. Korang kena cuba sendiri. 



Ana juga dah rasai sendiri keunikan rasa bubur nasi Marrybrowm Tom Yam. Kalau lah kata korang kurang selera makan, badan tak berapa sihat ke, boleh lah try makan menu bubur nasi ayam Tom Yam Marrybrown ni. Ada gabungan rasa bubur nasi dan tom yam Thai yang lazat. 

Tambah  Dato’ Joshua “Our journey with our Memang Best fans has been a success but this success would not have been possible without their support. Our innovative meals have accompanied our fans throughout more than a year of staying safely at home, and they can look forward to more surprises when we depart to our next destination!”. Kita tunggu dari mana pula sajian yang bakal muncul di Marrybrown selepas ini.. 



Marrybrown kini sedia memberikan sajian menu-menu kepada jutaan pelanggan dengan rangkaian restoran lebih dari  500 buah di 16 buah negara. dengan objektif memberikan kualiti yang terbaik, perkhidmatan yang standard, kebersihan penyediaan makanan dan sajian sepanjang masa sama ada untuk makan di restoran ataupun penghantaran. 

Untuk semua butiran lanjut, penghantaran dan promosi-promosi menarik  Marrybrown, khasnya sajian  Around the World jom layari ke : 

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/




12 Comments

  1. wow menu bru marrybrown sedap tu

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak try... hope sedaplah :)

    ReplyDelete
  3. Fav sangat makan Tom Yam. Mcm best je menu ni. Nak try la. Air pink tu segarnya rupa 😍

    ReplyDelete
  4. nampak ayam dia besar lah kak, menu lain menggoda air dia tu pun ... sweet je pinknya tu

    ReplyDelete
  5. Rasa macam hendak cuba yang bubur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try NA kalau suka makan bubur nasi :) kak ana kurang sikit makan bubur nasi hehe :)

      Delete
  6. pehh sos dia tu... menggamit sungguh

    ReplyDelete
  7. kan mama..memanggil-manggil dia hehe :)

    ReplyDelete