Kak ana nak kongsikan pengalaman anak kak ana, bila terpaksa tukar nombor telefon nya baru-baru ini kerana nombor yang di gunakan sebelum ini telah di nyahaktifkan oleh Celcom sebab tamat tempoh ehsan untuk pengaktifan. Boleh sahaja ke Blue Cube untuk dapatkan nombor tersebut semula, tetapi anak kak ana ambil keputusan untuk beralih ke network lain yang lebih mesra internet katanya. Kiranya tukar terus ke nombor telefon baharu.

Bila ada pertukaran nombor telefon di era digital ni, bukan sahaja kehilangan contact list, malahan banyak urusan lain perlukan pertukaran kerana kebanyakan aplikasi menggunakan nombor telefon sebagai security urusan atau log in dan sebagainya. Antaranya pastilah OTP (Transaction Authorisation Code )  / tac code perbankan internet. Jadi semalam kak ana bawa dia untuk urusan pertukaran pendaftraran tac code internet banking di Ambank.


Cara tukar pendaftaran nombor telefon untuk tac code online banking


Kak ana tak pasti kaedah nya sama untuk bank-bank lain tetapi yang pasti urusan pertukaran tac code nombor telefon ini tidak boleh di lakukan secara online atau di mesin ATM, pemegang akaun perlu hadir ke bank kerana melibatkan security . Ye lah kan, bahaya kalau boleh tukar secara online sahaja ni, siapa-siapa pun boleh buat, betul tak. 


Cara tukar pendaftaran nombor telefon untuk tac code online banking

Tak sukar dan sekejap sahaja urusannya selesai. Korang perlu ke cawangan bank dan bawa IC. Sekeping borang akan di berikan dan korang perlu isi dan tanda tangani. Kemudian pergi ke kaunter dan pengesahan pemegang akaun dengan kad pengenalan dan imbasan cap jari perlu di lakukan oleh pegawai bank yang bertugas. 

Selesai, korang perlu hubungi centre perbankan internet dan maklum kan pertukaran pendaftaran nombor telefon baharu dan beberapa soalan keselamatan perlu di jawab. Dan selesai lah urusan pertukaran nombor telefon untuk penghantaran OTP tac code korang dan boleh lah mula kan transaksi perbankan internet seperti biasa. 

Semoga perkongsian pengalaman kami ini, ada manfaat nya buat semua, In Shaa Allah. Telefon pintar sekarang ni amat penting dalam urusan duniawi kita. Segalanya ada dalam nya, paling risau jika hilang dan di curi kerana data-data peribadi penting selalu ada dalam aplikasi. Setiap yang mudah itu ada lah risikonya, jadi hati-hati lah kita semua. 

8 Comments

  1. terima kasih perkongsian bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mana tahu ada yang sedang cari info tu kak ana kongsikan di sini alia :)

      Delete
  3. thanks share kak Ana. bagus jugaklah kalau kena hadir ke bank untuk urusan ni. buat via panggilan telefon atau internet takut ada yang jadi mangsa scammer

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Sal sebagai langkah keselamatan kena hadir ke bank sendiri

      Delete