Kak ana tak ingat samada pernah terbit entri ni atau pun tidak sebelum ni. Tapi tak apa lah benda bermanfaat, sedap pula tu tak kisah lah kan nak kongsi kan berapa kali pun.. Bukan apa, dalam setiap entri, kak ana akan cuba sedaya upaya menerbitkan apa sahaja yang ada manfaatnya sesama insan.

Usia kian rapuh, bila-bila masa sahaja kita akan di panggilNya kembali. Biarlah apa sahaja coretan yang kita tinggalkan di dunia maya ini yang baik-baik sahaja. Tidak mengaibkan, tidak menyebarkan fitnah dan berkaitan sesama insan. Mudah-mudahan...


resepi sambal gesek belimbing buluh


Resepi sambal gesek belimbing buluh

Jadi hari ini sekali lagi kak ana nak berkongsi resepi sambal gesek belimbing buluh bersama rakan maya. Resepi kak ana ni tak berapa pedas, maklum lah pengidap gastrik tak mampu nak makan pedas lebih-lebih. Kalau korang peminat pedas, tambahkan sahaja bilangan cili merah atau gantikan dengan cili api, ikut citarasa masing-masing naa...


pokok belimbing buluh


Tak berapa lebat buah belimbing buluh kali ini lekat di pokok. Mungkin faktor cuaca musim hujan, bunga jatuh berguguran di timpa titisan hujan, ahh ghituew ...  Namun syukur Alhamdulillah.. masih ada hasilnya untuk di nikmati bersama keluarga dan jiran-jiran. 

Jom kak ana kongsikan bahan-bahan yang di perlukan dalam membuat sambal gesek belimbing buluh versi dan cara kak ana.. 

Bahan-bahan sambal gesek belimbing buluh



resepi sambal gesek belimbing buluh


Buah belimbing buluh
Cili merah /cili api ( ikut kepedasan masing-masing )
Bawang merah 
Bawang putih
Belacan ( jika suka )
Ikan bilis 
Minyak untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa

Resepi kak ana selalunya masakan ni tak ada sukatan, ikut pada kuantiti yang korang nak masak, lagipun ni asas sangat kan.. mudah je tak yah pening-pening dengan bilangan bawang dan sebagainya. 

Cara masak sambal gesek belimbing buluh 


Bahan-bahan sambal gesek belimbing buluh

1, Basuh semua bahan,toskan terlebih dahulu sebelum menggoreng, nanti terpercik minyak habis kena tangan dan muka. Jadi basuh siap-siap dan kering baru lah goreng di dalam minyak yang panas seketika kesemua bahan kecuali perasa garam gula tu lah. 

2. Biar garing seketika dan matikan api biar ia sejuk sekejap. Korang boleh je nak goreng satu persatu bahan atau leburkan semua sekali pun tak ada masalah, janji goreng bukan rebus :) 


Resepi sambal gesek belimbing buluh

3. Dah sejuk bahan gorengan, masukkan ke dalam blend dan blend halus semua bahan. Tinggalkan lebihan minyak tadi untuk proses seterusnya. 


Resepi sambal gesek belimbing buluh

4. Kak ana pernah try tumbuk dalam lesung, mercik ! Jadi lebih mudah guna blender sahaja. Panaskan semula lebihan minyak dan tumiskan semula bahan blender sambal kita.Kalau tak cukup minyak tambah sahaja naa.. biar sampai pecah minyak sambal.


Resepi sambal gesek belimbing buluh

5. Rasakanlah dengan garam dan gula secukupnya. In shaa Allah sedap secukup rasa pedas, masam, masin resepi kak ana ni. Selamat mencuba naa.. makan dengan ikan goreng dan nasi pun sedap.. Semoga perkongsian yang bermanfaat.. aamiin. 




7 Comments

  1. wow mavles boleh cuba ni tksh resepi ana

    ReplyDelete
  2. saya suka sangat sambal gesek ni

    ReplyDelete
  3. ya Allah sedapnyaa.. kne cuba try test resepi kak ana ni

    ReplyDelete
  4. makan ngan ubi kayu sedap ni..

    ReplyDelete
  5. sambal bahaya ni kak.... mau bertambah nasi

    ReplyDelete
  6. Tak cukup sepinggan nasi kalau jumpa sambal ni

    ReplyDelete
  7. sedap nyer lah.
    kebetulan pokok belimbing aida da mengeluarkan hasil.
    nanti nak tiru ek resepi. makan dgn nasi panas kat campsite.
    memang best lah.

    ReplyDelete