Kawan satu intern Adik Ika bagitau Adik, ada cafe cun kat Sungai Choh sekarang ni.. Tak jauh dari kediaman kami dan memang lalu-lalang jer area situ kalau nak ke Bukit Beruntung , KKB atau pun balik kampung ikut jalan lama. Rupa-rupanya tersembunyi di dalam kampung Melayu tu sebuah cafe yang sangat santai dan mendamaikan untuk lepak..

Baharu sahaja beroperasi sejak PKP yang lepas. Tahniah buat anak-anak muda yang mempunyai idea yang kreatif dan bermanfaat untuk menjana income sendiri di waktu kegawatan ekonomi yang sedang kita hadapi kini. Cafe ni terletak di sebelah belakang rumah depa jer, tapi punyai ambience yang sangat cantik, pada kak ana lah yang suka pada pokok-pokok ni.. 


NZ Coffee Co Sungai Choh


NZ Coffee Co , Sungai Choh Rawang 


Sebelum nak pii, macam biasa kak ana akan usya-usya dulu di IG , survey dulu harga menu, lokasi dan sebagainya. Bukan apa, kebanyakan kedai makan hipstur sekitar KL Selangor ni harga menu boleh tahan boleh garangggg.. 

Sempena birthday suami kak ana, pada 4hb Disember lepas, kami cadang nak hi-tea kat sini sahajalah hehe.. Sambil nak pii dulu sebelum lebih viral lagi port ni sebab hari sebelumnya dah masuk dalam program MHI, TV3. Haa.. 

NZ Coffee Co , Sungai Choh Rawang

Kami pii lepas zohor, dalam jam 3 petang , perjalanan dalam 30 minit , biasa lah nak masuk pekan Rawang tu tak jemmed kat kilang simen tu tak sah, walaupun hujung minggu. Kami pii dengan panduan waze . Lepas sahaja NSK Sungai Choh simpang kedua belok kanan kalau dari bandar Rawang, masuk kawasan kampung Melayu, jalan agak sempit dan sampai lah nanti, In Shaa Allah.


NZ Coffee Co Sungai Choh


Rezeki kami dapat parking depan laluan masuk ke cafe ni sahaja, macam kak ana bagitau lah kan belum viral keboom lagi masih tak ramai yang datang waktu tu, atau mungkin juga masih awal,kalau petang atau malam ramai lah kut. Korang kalau nak pi ada di sediakan parking belah dalam ikut je anak panah tulis parking tu..


nz coffee co sungai choh


Cafe ni terletak di area belakang rumah owner, mungkin rumah mak pak depa agaknya, cantik sangat rumah ni lanskap nya kak suka, banyak pokok-pokok. Kawasan kampung kan damai jer sekitarnya. Jalan masuk terus ke cafe ni pun pagarnya di saluti pokok-pokok menjalar. Cafe orang kita lah, orang Melayu, Islam. Usah lah risau naa.. 


NZ Coffee Co Sungai Choh


Lanskap dan tema cafe ini adalah rustic garden , yang mana serba raw dan santai. Dari laluan masuk dengan pagar dan seni bina batu bata merah, laluan batu dan pintu kayu menyambut kita dengan aroma serbuk kopi lebihan yang telah di proses. 

Tempat lepak makan agak terhad juga boleh lah memuatkan dalam 20-30 orang pelanggan lebih kurang dalam satu-satu masa. Maklumlah ruang belakang rumah kan.. tapi cukup selesa dan redup duk bawah pokok-pokok rendang dan kehijauan lanskapnya. 


nz cofee co sungai choh


Harga menu NZ Coffee Co, Sungai Choh 


Persekitaran dah cun mendamaikan, jom kak ana nak review menu-menu yang kami makan petang tu. Sebab nak hi-tea je kengkonon kan jadi kami dah makan nasi sebelum zohor, kami ambil 4 jenis menu sahaja. Adik nak makan pavlova favourite nya , kak ana wajib lah dah nampak ada carrot cake nak try, Kak Long try spaghetti bolognese dan untuk birthday boy dia try fettucine mushroom. 


nz coffee co sungai choh


Korang boleh tengok sendiri senarai harga menu-menu kat NZ Cofee Co , Sungai Choh ni yang kak ana kongsikan. Ni mungkin menu of the day depa, mungkin hari lain , menu berbeza kak ana tak pasti. Tapi memang berbaloi dan berpatutan lah kan untuk harga menu makanan western. 

Untuk minuman memang banyak pilihan aneka coffee drinks depa ada. Sorry naa kak ana tak ingat nak sebut nama-nama minuman, korang maii nanti order lah sendiri ada menu di sediakan. Bahasa aras kebat untuk coffee lover ni kak ana tak hadam lagi, anak-anak yang tolong order huhu.. warga emas to be gituew laa..


nz coffee co sungai choh


Untuk kek dan dessert korang boleh order sekali dari dalam display area ni. Sama juga harga-harga pun standard macam di cafe atau mall. Pavlova tu murah sangat pada kak ana . Aneka kek dan juga pau ada kat sini, boleh pula lupa nak rasa pau depa ni cuma RM2.50 sahaja sebiji.. In Shaa Allah lain kali boleh maii lagi, kalau tak dine in pun boleh take away .


nz coffee co sungai choh


Sebagai food blogger , wajib lah kak ana review sekali menu-menu yang kami makan di NZ Coffee Co, Sungai Choh ni. Selera kita berbeza naa, mungkin sedap pada kak ana tidak pada ampa.. jadi ini adalah dari citarasa kak ana dan anak-anak. 

Mula dengan spaghetti bolognese ni, portion dia banyak, depa makan berdua jenuh kak long nak perabih kan.. sos bolognese dia sedap. Rasa selera home cooked, daging, mushroom banyak, dan yang awesome tak kering kuah dia sebab kami kalau makan bolognese memang suka basah berkuah, gituew.
Berbaloi lah dengan harga dia RM12.90


NZ COFEECO SUNGAI CHOH


Hat nii Creamy Mushroom Fettuccine, sungguh laa creamy rasa dia. Nanti nak repeat lagi sedap-sangat sedap pada selera kak ana dan suami pun cakap sedap, licin dia perabih. Nasib lah food blogger ni dapat rasa kalau tak , tak leh nak review dengan korang semua..Tak kedekut mushroom depa ni, buh banyak dan portion pun banyak lah.. Barbaloi dengan harga RM12.90 


nz coffee co sungai choh


Air tu serius kak ana tak ingat nama dia, tapi sedap lah semua. Cukup rasa ampa try laa sendiri naa kalau mai sini nanti. Nak cerita pasal carrot cake ni.. Kak ana boleh bagi review 9/10 untuk carrot cake di NZ Coffee Co . Sebab kak ana carrot cake lover, banyak venue dah try dan bake sendiri carrot cake. Hati ni memang sedap. 

Home baked carrot cake, mewah dengan kekacangnya serta cream cheese pun sesedap rasa. Tak terlalu muak. Best! Cuma ada raisin, jarang makan carrot cake but still okay..kalah la carrot cake bakery popular tu pada kak ana. Potongan pun besar korang, kenyang.. Ada beberapa kek lain juga kat sini, nanti kak ana nak repeat..


nz coffee co sungai choh


Pavlova ni berharga RM5 sahaja korang, rasa dia.. rasa pavlova laa . Tapi murah pada kak ana kalau banding dengan cafe lain yang pernah kami lepak makan. Peminat pavlova kena try kalau maii sini nanti naa. 

Okaylah hat menu yang kami try sahaja kak ana review sini, Alhamdulillah semuanya sesuai dengan selera kami sekeluarga. Kak ana tak nak over rate sebab selera masing-masing berbeza kan. Ambience sangat best, mendamaikan.. cuma cabaran buat owner apabila ramai pelanggan nanti kena sediakan tempat menunggu kerana ruang makan terhad.

Dan sebagai pelanggan, dah makan lepak sat kalau nampak ramai duk tunggu nak masuk tu cepat-cepat settle ye dak.. kita mudahkan urusan orang, Allah swt akan permudahkan urusan kita.. All the best buat team anak muda NZ Coffee Co, Sungai Choh , Rawang.. Semoga akan terus sukses dan cemerlang dunia akhirat.. aamiin.. 

11 Comments

  1. Ya Allah, terliurnya tengok carrot cake tu Kak Ana :)
    Ada rezeki bolehlah ke sana, tak pernah jalan-jalan lagi ke Sg Choh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap PH, kak ana recormended kalau nak try, pii laa lepak santai kat sini :)

      Delete
  2. Menarik cafenya food pun nampak menyelerakan.
    Sungguh hipsturrr.... K.Ana ;-)

    ReplyDelete
  3. SEDAPTU KEK CARROT TAPI KAK XSUKA CREAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak, boleh juga makan tanpa creamnya :)

      Delete
  4. eh mcm menarik la tmpt ni... ok nnt nak try juga laaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomm AR,kak ana pun macam nak repeat lagi nii :)

      Delete
  5. cantiknya cafe tu..pavlova tu, cekci sungguh....yum yum

    ReplyDelete