GuruPanda berjaya memperoleh dana berjumlah RM500K untuk projek pengembangan.
Platform atas talian yang dikenali sebagai GuruPanda Sdn Bhd berjaya memperoleh pelaburan berjumlah RM500,000 hasil daripada kutipan dana khalayak bersama pitchIN buat kali pertama pada 15 November 2021.
Wang terkumpul dijadualkan untuk membiayai rancangan syarikat untuk menghasilkan aplikasi serba baharu, tampilan visual yang terkini serta ciri-ciri menarik untuk menggalakkan penyertaan dari pelanggan sedia ada serta menghasilkan pasaran yang lebih meluas.
Syarikat itu bercadang untuk meningkatkan mutu program e-Pembelajaran, di samping meluaskan skop dan pasarannya.
“Kami juga berharap untuk menggabungkan AI dan Big Data ke dalam platform kami. Ini merupakan masa depan bagi e-Pembelajaran dan kami ingin memastikan bahawa kami mampu untuk kekal berdaya saing dan kekal menjadi tumpuan dalam industri yang membangun. Kami menawarkan aplikasi e-Pembelajaran yang terkini,” ujar pengasas GuruPanda, Kingsley Ting.
Dilancarkan pada Januari 2021, GuruPanda merupakan platform e-Pembelajaran untuk kanak-kanak berusia 4-15 tahun dengan pelbagai pilihan berdasarkan sukatan pelajaran Malaysia.
Platform pembelajaran kini terbahagi kepada dua kandungan iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk kanak-kanak berusia 4-7 tahun. Terdapat kandungan Mandarin juga untuk kanak-kanak berusia 10-15 tahun berdasarkan sukatan pelajaran SJKC bagi subjek Sains, Matematik, Sejarah dan Bahasa Mandarin. Program untuk kanak-kanak berusia 8-9 tahun juga bakal dilancarkan. GuruPanda juga menawarkan pendidikan muzik untuk kanak-kanak peringkat rendah di platform mereka.
“Inisiatif pertama untuk melangkah ke hadapan ialah pelancaran aplikasi baharu yang membolehkan pelanggan untuk mengakses program pembelajaran di mana sahaja. Aplikasi ini tersedia untuk ketiga-tiga sistem pengendalian iaitu IOS, Android dan Harmony,” ujar Ting.
Dengan pelancaran aplikasi ini, dijangkakan pada suku pertama tahun hadapan, GuruPanda ingin menggandakan jumlah pelanggan sebanyak tiga kali ganda, terutamanya dengan memasuki pasaran Melayu dan mengembangkan akses e-Pembelajaran yang berkualiti serta berpatutan untuk para pelajar. Dengan kadar langganan sebanyak RM130 hingga RM220 setahun, GuruPanda merupakan platform pembelajaran berasaskan animasi dan kartun yang paling berpatutan di Malaysia.
“Program kami sangat interaktif secara digital dan menawarkan kandungan lengkap serta berkualit tinggi yang sesuai untuk tahap pembelajaran kanak-kanak,” tambah Ting.
Selaras dengan objektif untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, menarik, mudah diakses dan berpatutan untuk semua, tampilan visual baharu akan meningkatkan gamifikasi dan elemen animasi program tersebut.
“Buat masa kini, pelajar menjawab ujian dan kuiz serta bermain permainan dalam talian bagi proses pembelajaran dan mengumpul lencana sebagai ganjaran. Tampilan visual yang direka akan lebih interaktif dan membolehkan pelajar untuk menukarkan lencana yang terkumpul dengan hadiah fizikal seperti komputer riba dan telefon mudah alih serta avatar dan kartun dalam program tersebut.
GuruPanda hanya boleh didapati di pasaran Malaysia buat masa kini dengan bilangan pelanggan mencecah 6000. Syarikat ini juga bakal menembusi pasaran serantau dengan melancarkan program Bahasa Mandarin, yang bakal diajar di Thailand, pada tahun hadapan. Rancangan pengembangan untuk menembusi pasaran Indonesia dan Vietnam juga bakal dijalankan.
“Tujuan kami adalah untuk membangunkan aplikasi GuruPanda yang dikenali di Malaysia dan serantau Asia; sinonim sebagai aplikasi menarik, mudah diakses dan menawarkan pembelajaran efektif”, ujar Ting.
Bagi mencapai tujuan, syarikat ini meramalkan lebih banyak pelaburan melalui dana khalayak serta mencari rakan kongsi dan pelabur yang mempunyai tujuan yang sama untuk mengembangkan lagi kemudahan e-Pembelajaran. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang www.gurupanda.com.my
Mengenai GuruPanda
Sebuah syarikat perintis EdTech, GuruPanda menawarkan program e-Pembelajaran
untuk kanak-kanak berdasarkan sukatan pelajaran terkini.
Kandungan bagi subjek-
subjek yang ditawarkan telah direka dan dihasilkan oleh guru-guru yang mempunyai
pengalaman mengajar selama 30 tahun dan ianya merangkumi subjek Bahasa
Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin, S.T.E.A.M., Matematik, Pendidikan Islam, Sains
Eksperimen, Pendidikan Muzik dan Slot Bercerita.
Ia merupakan satu-satunya
platform e-Pembelajaran yang menggunakan animasi kartun di Malaysia dengan
harga berpatutan serta penggunaan tampilan visual yang meluas serta menarik dan
membolehkan sesi pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.
2 Comments
mesti bijak guru panda mengajar
ReplyDeletee-pembelajaran yang menarik sebab menggunakan animasi. Jadi, tidak cepat bosan.
ReplyDelete