Bila mood mendekor ni sampai, hingga ke ruang laundry pun nak di dekor. Sebelum ni ruang belakang dapur ni terbuka separuh sebelum jiran sebelah rumah kak ana, Man naikkan batu dinding separuh lagi kerana depa sambung dapur ke belakang. Faham dak maksud kak ana nii.. 😅

Kalau dulu sebelum naik dinding putih atas bahagian dinding yang siap ber tiles tu, kami bertukar juadah ikut tu jer.. dan sekarang ni, Man sambung dapurnya besarkan hingga ke belakang ruang basuh tu jadi terpaksa lah di tutup simen. Gituew...


idea dekor ruang laundry

Bila dah tutup cantik lah pada ruang basah belah kak ana ni, suami cat putih dan mulalah idea nak mendekor nya . Ruang ni tak lah begitu besar tetapi memanjang 20 kaki lebar. Sebelah depannya kak ana jadi kan laundry area dan sebelah tepi sederet tu sangkar anak-anak bulus. Ruang ni berbumbung jadi tak lah basah bila hujan dan selamat untuk mesin basuh serta anak-anak bulus kak ana. 


Idea dekor ruang laundry 


Dekor pun simple sahaja, kak ana lekatkan rak papan comel di dinding dan aturkan bekas-bekas sabun dan diserikan sepasu pokok lidah jin. Label pada botol tu Kak Long print dan lekatkannya.  Rak papan comel tu kak ana beli di Mr DIY sahaja, sama lah dengan bekas-bekas plastik sabun tu pun dari Mr DIY juga. 


idea dekor ruang laundry


Kemudian minta suami kak ana gantungkan 3 bingkai gambar putih yang kak ana beli dari kedai Eco Shop. Foto dalam frame tu Kak Long yang print dari internet biar selari dengan warna dan tema ruang laundry. Biru sebab nak sama dengan warna penutup mesin basuh tu kengkonon.. 

Bersebelahan mesin basuh kak ana letakkan rak plastik dari Ikea. Kak ana gunakan rak plastik sahaja sebab kadang-kadang hujan lebat tempias juga kawasan ni, sebab sebelah kiri tu ruang terbuka berpagar sahaja. Rak plastik lebih tahan air dari kayu. Kat situ kak ana susun kan botol-botol laundry dan bahan-bahan basuh dan gardening. Sebab ada anak bulus, makanan depa pun susun situ dalam botol kosong.


Kerana ruang hadapan tu terbuka,kak ana gantungkan bidai buluh yang lebar juga beli dari Mr DIY sahaja. Harga bidai ni sekitar RM55 untuk saiz yang agak besar juga menutupi pandangan. Dah tu susun kan pasu-pasu pokok hijau di sisinya.

Untuk sentuhan lebih estetik, kak ana gantungkan sepasu money plant yang berjurai di sebelah atas dinding. Baharu lah nampak lebih menarik kan.. Money plant atau sireh gading tahan lasak, senang dijaga dan senang sangat nak biak menjurai gitu. Beli dari Ikea bela sampai jadi besar dan menjurai panjang. 

Untuk soft touch nya kak ana hamparkan karpet kecil memanjang yang beli dari Shopee. Murah je RM10 dapat 2 keping karpet saiz kecil dan memanjang. Cuma karpet tu sekadar display, bila hujan ia akan basah juga, sebab tu lah gunakan karpet murah.

Okaylah korang, ini lah dia hasil idea dekorasi ruang basah atau laundry area kak ana. Kalau ikut trend macam-macam idea menarik di Instagram dan Pinterest kan. Ikutlah idea kreativiti, keluasan ruang dan bajet masing-masing.. Hiaslah kediaman kita seindah dan bersih kerana Allah swt suka pada kebersihan dan keindahan.. Mudah-mudahan menciptakan rumahku syurgaku buat seisi keluarga, aamiin.. 

14 Comments

  1. cantik ana..boleh jadi inspirasi..

    ReplyDelete
  2. Simple and Sweet....Salam Tahun Baru 2022 Ana :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq linda, selamat tahun baru 2022 juga buat linda

      Delete
  3. Nice... simple! Kita punya mesin basuh kat luar... terpiikir gak nak extend bumbung sedia ada sebab yg ada ni pun masih tempias lagi hujan... tgu la ada pulus lebih sket hahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu bajet in shaa allah boleh tu Ako :)

      Delete
  4. Lawalah Kak Ana!
    Mesti anak2 bulus pun suka je dapat duduk di tempat yg kemas & bersih camni...

    ReplyDelete
  5. CANTIK DEKO PANDAI SUSUN KEMAS

    ReplyDelete
  6. cantik & nampak kemas je. sedap mata memandang..

    ReplyDelete
  7. ruang laundry aida mcm takde je.
    sebiji mesin basuh di tgh2 dapur, AJ.
    hmmmmm terfikir nak deko, tapi terhad.
    berkenan plak dgn deko AJ ni. tenang aje.

    ReplyDelete