Idea door gift majlis bertunang
Alhamdulillah.. selesai dengan selamat dan majlis berjalan lancar untuk majlis pertunangan Kak Long pada 25hb Disember 2021 yang lalu. Selagi tak lepas tempoh 2 minggu dari tarikh majlis, hati ini sentiasa di buru kerisauan dan yang pasti dari sebelum hingga lah ke selesainya majlis tidak berhenti memohon doa perlindungan hanya dariNya jua.
Dengan mematuhi SOP dalam bilangan jemputan sesebuah majlis, dengan rasa yang agak hiba kerana kak ana hanya dapat menjemput saudara terdekat dan jiran tetangga terhampir sahaja untuk sama-sama dalam majlis. Terkilan juga ramai yang tidak dapat kak ana jemput untuk bersama-sama, banyak yang perlu di fikirkan dan takut akan jadi asbab kemudartan bila kita sekarang ni tinggal di zaman fitnah yang bertebaran.
Dengan bilangan jemputan sekitar 50 orang sahaja termasuk tuan rumah dan pihak lelaki, majlis berjalan dengan lancar dan nampak sempurna di mata kami. Syukur dan semoga ada keberkatan dari Nya dalam setiap yang kami laksanakan, Aamiin.
Sebelum ini kak ana ada berkongsi dengan pembaca bab hantaran tunang kak long di SINI , yang mana kak ana dan Adik gubah sendiri dulang hantaran bertema kan warna dust green dan putih pilihan kak long. Dan kali ini kak ana nak berkongsi idea goodies bag atau pun door gift majlis bertunang kak long yang mana mungkin memberi idea bagi mereka yang sedang dalam persiapan untuk majlis yang sama.
Seperti yang kak ana cerita dari awal lagi bilangan tetamu yang terhad termasuk tuan rumah, jadi kak ana hanya sediakan 30 buah goodies bag sahaja. Memilih tema yang sama dengan majlis dan hantaran, kak long membeli paper bag berwarna dust green ini dari Shopee sahaja. Banyak pilihan dan lebih murah dari harga pasaran. Ikut lah saiz yang korang kehendaki.
Buku Surah Pilihan untuk door gift
Untuk isi door gift , kak ana memilih buku kecil Surah-surah pilihan yang mana kak ana mendapat inspirasi dari majlis perkahwinan anak kawan baik beberapa tahun yang lepas. Semoga ianya bermanfaat dan tidaklah menjadi satu pembaziran kerana harga sebuah buku kecil Surah Al Mulk, Al Waqiah dan Ar Rahman ini di bawah RM2 senaskah , juga kak ana beli di Shopee. Baca description product dahulu untuk mempastikan ia adalah cetakan yang mendapat kelulusan JAKIM naa..
Terdapat banyak pilihan corak dan kami pilih yang senada dengan warna tema majlis. Untuk memberi kan keserian kami ikat sahaja dengan riben satin berwarna hijau dan putih. Buku Surah Pilihan ini sesuai di bawa ke mana-mana kerana ia disertakan dengan terjemahan. Kak ana suka sangat buku sebegini kerana sentiasa kita akan bawa travel jadi sebelum tidur boleh lah buka dan baca Surah Al Mulk dan di waktu pagi pula Surah Al-Waqiah.. Surah Yaasin dan Zikir Harian pun ada jika korang nak beli untuk apa-apa majlis yang bersesuaian.
5 Comments
Cantik sabunnya. Ini kalau dapat rasa syg nak guna.Hu3
ReplyDeletenice idea.
ReplyDeleteCANTIK GOODIES HADIAH DRPD PENGANTIN
ReplyDeleteMenariklah Kak Ana, sabun decoupage tu...
ReplyDeleteBaulu cermai tu macamana rupanya Kak Ana? Yg berbentuk bunga tu ye?
wah..cantikkksss...sabun pun leh decoupage yer? ayu sempat gak belajar wat decoupage ni masa kat kat bangkok..tapi atas tudung saji, bag....
ReplyDelete