Rasanya dah berpuluh ekor anak bulus yang kak ana pernah bela di rumah ni mahupun ketika tinggal di Ukay Perdana dahulu lagi. Selalunya kucing-kucing ni bukanlah kak ana beli atau pungut dari mana-mana, kebanyakannya yang datang singgah , kak ana beri makan dan lama-lama bermastautin di rumah. 




Kemudian beranak pinak lah generasi ke generasi tapi tak lama kemudian seekor demi seekor akan pergi jua, sama ada mati sakit tak pun hilang macam tu jer. Sedih juga bila dah disayang tiba-tiba tak ada dah depan mata, namun itu lah hakikat kehidupan ini tiada yang kekal dan abadi selain Dia.

Dalam berpuluh ekor tu banyak kali dah kak ana cadang nak mandulkan kucing betina tapi satu pun tak buat. Dengan kos yang agak mahal juga kalau di lakukan di klinik veterinar swasta ni sekitar RM200 belum masuk vaksin. Di klinik vet kerajaan pula masalah nya agak jauh dan kena ambil tarikh yang lama dalam menunggu temujanji.


mandul kan kucing betina


Klinik veterinar swasta Rawang untuk mandulkan kucing


Tapi kan, bila Icipan lahir kan 4 ekor anak kesemuanya betina, dan membesar dengan sihat dan jayanya, kak ana dah mula risau. Dan dengan izin Allah swt, keempat-empat anak Icipan bunting serentak, Allah.. Bayang kan 4 ibu, lahir 3-4 ekor anak selang beberapa minggu. Pernah cecah 19 ekor di rumah ni.. Masya Allah..

Cuma tak kesemua yang di lahirkan 4 ibu ni, Mama Merah, Khabi, Melur Sari dan Sinovac berjaya hidup. Akhirnya selepas selesai 4 ibu ni beranak ada 8 ekor sahaja baby yang sihat hasil 4 ibu sampai kak ana dah tak cam dah anak siapa antara 8 ekor ni. Nak buh nama pun tak terfikir dah yang kak ana ingat Best Friend, Ayong, Semut, Manja, Ninie dan lain tak ingat dah..

Bila dah ramai campur yang sedia ada Abang JJ dengan Baby anak Icipan batch entah ke berapa menjadi kan jumlah 19 ekor . Risau juga kalau batch ni pula nanti membiak tak ke haru.. jadi penternak berjaya pula. Kak ana ambil keputusan untuk mandul kan keempat-empat ekor ibu muda ni seberapa segera.

harga mandulkan kucing betina klinik swasta


Dari perkongsian jiran kak ana, Moly yang juga banyak pelihara kucing, Moly mandulkan kucingnya di klinik vet Nurmi di Bandar Tasik Puteri yang tak berapa jauh dari kediaman kami. Kak ana dan Kak Long try hubungi dan bertanya berapa kah kos nak mandulkan kucing betina dan prosesnya?


Harga mandulkan kucing betina klinik vet swasta 


Dari perbualan di whatsapp staf klinik vet Nurmi di Bandar Tasik Puteri ni dengan Kak Long, di nyatakan kos pembedahan pemandulan untuk kucing betina ialah RM120 tidak termasuk vaksin. Untuk proses pemandulan di mana kucing akan bermalam di klinik, kucing perlu di vaksin terlebih dahulu dan di sini cukup sekali vaksin pada harga RM40 untuk satu dose dan dose lengkap memerlukan dua kali suntikan sebelum dan selepas mandul.

Agak murah harganya berbanding dengan beberapa klinik vet swasta lain yang pernah kak ana survey di sekitar kediaman ni. Bermakna termasuk vaksin dan mandul RM200 dah lengkap proses nya. Sedangkan klinik swasta vet lain mandul sahaja RM200-RM250 belum masuk vaksin. 


klinik swasta mandul kan kucing


Nak tak nak kena juga kerana bimbang bilangan anak cucu bulus yang membiak , risau juga akan mengganggu jiran tetangga. Kita hidup berjiran ni perlu juga jaga silaturrahim dan kebajikan sesama jiran, mereka lah saudara yang paling dekat dan hampir dengan kita, betul tak. Dalam masa yang sama, kak ana ada rasa tanggung jawab pada anak-anak bulus ni juga, nak buang jauh sekali dan tak mungkin mampu kak ana lakukan. 

Hukum memandulkan kucing 


Yang terbaik adalah mandulkan lah keempat-empat ibu ni, mudah-mudahan semuanya akan baik-baik. Lagipun dah kak ana berikan mereka ni merasa beranak sekali, lepas ni tak yah beranak lagi naa.. Kak ana cari juga di carian internet mengenai hukum memandulkan kucing dan menemui jawapan yang berbeza pendapat, dan satu sumber yang sahih sebagai rujukan menyatakan " Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 3-4 April 2002 telah membincangkan Hukum Mengembiri Binatang Kesayangan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa mengembiri binatang kesayangan (seperti kucing atau anjing) adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ . Sumber : http://kemusykilan.islam.gov.my/index_jawapan.php?ids=112749&q=

Korang rujuk lah naa, banyak lagi terbitan mengenai permasaalahan ini sumber-sumber yang tidak di ragui dan oleh mereka yang arif dalam bidangnya. Semoga jelas , in shaa allah. Jangan rujuk satu sumber tetapi rajinlah membuka kesemua sumber rujukan yang ada. Waallahu a'lam...


klinik vet swasta mandulkan kucing


Kali ini kak ana pasti dan kami bawa lah seekor demi seekor untuk di mandulkan di Nurmi Veterinary Clinic. Tak bawa sekali serentak sebab kak ana kekurangan sangkar dan carrier bag nak angkut dan simpan anak-anak bulus 4 ekor ni. Jadi kak ana selang 2 minggu seekor bawa ke vet untuk vaksin kemudian pembedahan. Rutin juga lah ulang alik ke vet hampir setiap 2 minggu.

Masa tu pula masih pendamik, jadi memang terhad juga dan perlu buat temujanji terlebih dahulu. Setiap kali hadir vaksin, kucing akan di periksa dan sekiranya ada kutu atau cacing kena tambah lah ubat cacing atau ubat kutu. Pemandulan hanya akan di lakukan selepas 2 minggu dari tarikh di vaksin. 

Penjagaan kucing selepas pemandulan


Semasa proses pembedahan pemandulan, kucing akan bermalam di klinik dan kita akan ambil keesokkannya. Bawa balik asingkan dalam sangkar selama dua minggu sehingga luka jahitannya baik. Makan ikut lah apa sahaja yang depa makan sebelum ini dan tidak perlu mandikan dalam tempoh 2 minggu ni. Dalam pantang lah acah-acah gituew..


Ini Manja, pernah sakit mata dan dapatkan rawatan di Nurmi juga.. 


Alhamdulillah.. kesemua anak bulus kak ana sihat dan makin menggemuk selepas mandul ni. Manja dan aktif. Melur Sari masih menyusukan anaknya walaupun dalam tempoh berpantang tu, cuma kak ana risau juga akan lukanya. Klinik vet Nurmi ni sangat kemas jahitan dan ia di sebelah dalam, tak nampak kesan benang dan tak perlu buka benang jahitan. Tunggu sahaja ia sembuh sendiri. 

Jadi sekiranya korang bercadang nak mandulkan kucing dan mencari klinik vet Muslim boleh lah ke FB mereka di Nurmi Veterinary Clinic yang terletak di Bandar Tasik Puteri. Tak banyak klinik vet Muslim ni kan, jadi yang baik kita kongsi-kongsikan semoga ada manfaatnya. 

Namun kuasa Allah swt mengatasi segalanya, selepas 3 ekor ibu di mandulkan kecuali Khabi, kesemua anak-anak kecil mereka di ambil Allah swt semula dalam jangkitan virus yang menyerang. Kesemua 7 ekor anak kecil telah tiada termasuk Baby dalam sekelip mata. Selang beberapa hari sahaja seekor demi seekor tumbang dan kak ana kebumikan di belakang rumah. 

Hingga hari ini hanya tinggal 8 ekor, Icipan ( ibu induk ), Melur Sari, Sinovac, Khabi, Mama Merah, Abang JJ dan Kenit . Icipan masih belum sempat nak mandulkan sebab dia ni liar sikit dan susah nak di dekati.Semua yang baik adalah dari Allah swt dan khilaf adalah fitrah kak ana sebagai hambaNya yang kerdil.

* harga dan kos rawatan adalah seperti pada tarikh entri ini diterbitkan dan sebarang perubahan adalah di luar pengetahuan penulis. 


4 Comments

  1. Macamana lah kak Ana hafal nama kucing tu semua ya..

    ReplyDelete
  2. murah ye kak mandulkan kucing jantan tak sampai 100, kucing dana yang kecik nnti ada 2 ekor kene di sunatkan... bila sunat ni depa bagus tak kencing merata

    ReplyDelete
  3. banyaknya.. Pening nak ingat nama lagi lagi bulu dan warna nak sama. Naniey kt rumah paling byk ada dalam 9 ekor. Sekarang ada seekor je dan yang seekor ni kalau bunting dan beranak anak tak pernah hidup sampai besar..

    ReplyDelete
  4. alahai...sedihnya. ayu pun plan nak bawak tommy gi vet utk dimandulkan...takut jugak tapi kena bawak gak

    ReplyDelete