Cantik.. grand..glamz..elegan..mewah..trending.. dan sangat terkasima bila kak ana melangkah masuk ke sebuah arena di dalam sebuah dewan berkonsepkan rumah kaca atau glasshouse petang 13hb Februari yang lalu. Venue yang kak ana maksudkan adalah Grand Oasis Event Hall yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.


Grand Oasis Event Hall Seri Kembangan


Alhamdulillah berpandukan waze selamat sampai sebelum acara bermula, masih belum ramai tetamu yang hadir memberikan kesempatan untuk kak ana dan 3 orang lagi rakan blogger ronda-ronda seluruh bangunan berdinding kaca dua tingkat ini.


grand oasis event hall


Pasti kak ana akan kongsikannya dengan pembaca setia yang mungkin sedang tercari-cari venue atau dewan untuk majlis perkahwinan, pertunangan, baby shower atau pun untuk acara-acara perasmian dan jamuan korporat dan sebagainya. Banyak keistimewaan yang kak ana explore di sini dan teruskan membaca hingga ke perenggan akhir.


Grand Oasis Event Hall , Seri Kembangan 

Apakah tema yang di impikan oleh pasangan pengantin baharu ? Ada yang mengimpikan sebuah majlis di sebuah grand ballroom yang mewah dengan dekorasi yang mengikut tema pilihan di penuhi bunga-bunga dekorasi di kelilingi dinding-dinding kaca atau glasshouse.. 


Grand Oasis Event Hall Seri Kembangan


Tapi ada juga yang lebih ranggi dan santai mengimpikan sebuah majlis di taman terbuka dengan tema garden wedding di kelilingi kehijauan pokok dan di tepi tasik , atau pun dengan konsep ruang terbuka di rooftop dengan kerlipan lampu-lampu di waktu malam.. In Shaa Allah.. semua itu mampu di realisasikan di sebuah venue yang luas dan pelbagai pilihan konsep majlis di Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan.

Grand Ballroom, Grand Oasis Event Hall


grand ballroom Grand Oasis Event Hall


Sebuah ruang eksklusif berdinding kaca yang glamour dan elegan atau pun Exclusive Glass Hall yang berlatar belakangkan pemandangan kehijauan taman di sebelah tasik pasti dapat merealisasikan impian perkahwinan atau pun majlis korang. 

 
Grand Oasis Event Hall Seri Kembangan


Sebuah ballroom yang luas dengan pemandangan yang memukau pandangan ketika kak ana dan suami berada di sana. Susunan meja bulat dengan kerusi mewah Dior dan yang unik pertama kali kak ana perasan waktu makan adalah meja banquet ni bukanlah meja kaca tetapi meja cermin. 


Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan


Senang nak betulkan tudung sebelum bergambar 😀😀, boleh lah korang nak touch up make-up lepas makan dan berposing di majlis nanti. Buat masa ini, satu meja hanya menempatkan 8 kerusi dan ruang ballroom cukup luas untuk penjarakan sosial sebagai memenuhi SOP norma baharu kita. 




Mampu memuatkan 40 + 8 buah meja bulat cermin dengan susunan 8 kerusi mewah Dior dalam satu-satu majlis. Untuk butiran pakej dan kapasiti tetamu , korang boleh ke laman web atau nombor whatsapp yang akan kak ana berikan di bawah nanti. 



Di aras ini juga disediakan ruang penyediaan sajian makanan, sebuah holding room untuk tetamu VIP berehat menanti majlis bermula dan Alhamdulillah terdapat surau untuk lelaki dan wanita. Sempat kak ana Zohor di sini tengahari tu, maklumlah majlis bermula jam 2 petang. 


Grand Oasis Event Hall Seri Kembangan

Selesa bila ada surau ni tak lah kita perlu meninggalkan solat fardhu kan, wajib tu. Tandas juga selesa dan bersih. Begitu juga dengan dekorasi pelamin di hiasi kuntuman mawar merah memenuhi ruang legar utama ball room manakala sederetan meja makan beradap di sebelah sisi dewan. 


Grand Oasis Event Hall


Garden Wedding Grand Oasis Event Hall 


Andainya korang memilih untuk majlis resepsi bertemakan taman tak kiralah majlis harijadi ke, korporat event ke atau apa sahaja lah , di Grand Oasis Event Hall juga adalah pilihan yang terbaik. Persekitaran taman hijau dan pemandangan tasik dengan sebuah deck mampu menjadikan majlis lebih santai dan tenang.




Pasti tetamu dan tuan rumah akan teruja dengan kehijauan di serikan dekorasi ala taman yang merealisasikan impian setiap majlis. 



OUTDOOR GARDEN dengan keluasan 20,000 sqft pasti mampu sahaja memenuhi jemputan dan acara majlis yang besar dan lebih selesa dalam memenuhi keperluan norma baharu apatah lagi ia merupakan ruang terbuka. 




Untuk tema dan dekorasi majlis, Grand Oasis pastilah akan menyediakan khidmat perunding majlis yang mampu menjadikan setiap impian menjadi kenyataan. 




Acasia Function Room , Grand Oasis Event Hall 



Ketika berada di ruang ballroom sewaktu majlis perasmian Grand Oasis Event Hall ini, kak ana terpandang sebuah tangga melingkar indah dan megah ke aras satu. Dengan iringan petugas membawa kak ana dan rakan blogger ke aras satu dan di sana terletaknya ACASIA Function Room .


Grand Oasis Event Hall Seri Kembangan


Ruang di aras satu ini mampu menjadikan majlis yang lebih privasi dengan bilangan tetapi yang agak terhad. Pada kak ana ia sangat sesuai untuk majlis akad nikah atau pertunangan. Boleh juga untuk majlis aqiqah, baby shower atau pun harijadi. 


Acasia Grand Oasis Event Hall


Di aras ini juga terdapat dua bilik untuk persediaan dan rehat ,pantri serta tandas. Selesa sangat dan pasti dengan pilihan tema dan dekorasi mengikut impian korang, sesuatu majlis akan menjadi kenangan terindah sepanjang hayat buat tuan rumah dan tetamu. 

Rooftop Grand Oasis Event Hall 


rooftop grand oasis event hall


Dari aras satu ini lah, kak ana sampai ke ruang rooftop atau bumbung terbuka di Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan ini. Waktu itu merupakan ruang terbuka yang agak luas dan sekiranya ada permintaan untuk mengadakan majlis pasti ia akan berubah wajah mengikut konsep majlis yang di ingini. 




Kalau mengikut imaginasi kak ana, kak ana suka mengadakan majlis di waktu malam di sini, aghhh gituew. Bila di hiasi lampu-lampu yang menyinari ruang rooftop sesuai untuk tuan rumah santai menikmati udara malam sambil menikmati juadah yang disajikan memenuhi majlis korang nanti, setuju tak ? 



Begitulah terujanya kak ana sepanjang berada di majlis perasmian Grand Oasis Event Hall ini. Banyak dah event hall yang kak hadir dan review dan pada kak ana ini antara yang terbaik dari segi lanskap dan fasiliti dewan yang di tawarkan. 

Sajian makanan dan minuman Grand Oasis Event Hall




Kak ana juga sempat menikmati pelbagai juadah yang di sajikan buat tetamu yang hadir. Masih terasa keenakan nasi pandan yang kak ana makan bersama ayam kalio, pajeri nanas dan daging dendengnya. Terubat rasa rindu pada juadah kenduri kahwin, maklum lah lama tak pii kenduri kahwin kan. 




Ikutlah kesesuaian menu dengan majlis yang ingin di anjurkan, pastinya mereka yang arif sebagai perunding majlis akan mencadangkan pelbagai menu dalam pakej F&B yang di sediakan. Nak western, chinesse atau pun pilihan kuih muih , pencuci mulut dan minuman yang pasti mengikut permintaan pelanggan. 


Tahniah buat Grand Oasis Event Hall dan kak ana yakin ia akan menjadi salah satu dari pilihan terbaik untuk penganjuran pelbagai majlis dan acara di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Satu venue dengan pelbagai pilihan tema majlis. 


Beralamat di : 

1 Comments

  1. mengidam majlis kahwin grand boleh cuba pasti puas hati

    ReplyDelete