Resepi peria goreng crispy ala kedai mamak
Kak ana agak hairan juga lah bila budak dua beradik suka pula makan peria goreng crispy kalau makan kat restoran atau kedai mamak nii. Bukan apa, Adik tu tak suka makan sayur, Kak Long pula kalau pahit memang tak nak makan, makan ubat pun leceh kat dia sebab pahit.
Tapi boleh pula depa ni kalau makan kedai mamak akan ambil peria crispy ni. Tapi tuu laa kann, peria crispy kedai mamak ni tak pahit sangat rasanya. Rangup berempah dan sedap buat kudapan.
Saja nak test, baru-baru ni kak ana beli lah 3 biji peria katak kat pasaraya. Peria katak ni hat yang kecil-kecil saiz dia warna hijau tua dan rupa dia mengerutu macam katak puru 😎😎 Bawa balik nak suruh Kak Long try buat peria goreng crispy ala-ala kedai mamak. Depa nii rajin tengok Youtube Village Cooking masakan India tu, kira terinspirasi dari masakan Village Cooking nii.
Bila dah siap kak ana rasa, Masyaa Allah.. sedap rangup dan crispy sangat resepi yang Kak Long ikut ni. Kena ada teknik baru dapat kerangupannya. Kak ana tanya dan dia bagitau dia ikut dari Youtube Channel orang India tak ingat channel tapi resepinya seperti kat bawah ni.
Resepi peria goreng crispy ala kedai mamak
1. Basuh buah peria bersih dan toskan. Boleh sahaja nak guna peria katak atau peria besar tu.
2. Hiris nipis-nipis kena guna piisau tajam baru dapat nipis-nipis sebab kalau tebal terasa pula pahitnya bila di makan.
3. Lumur dengan garam dan perap selama 30 minit.
4. Selepas 30 minit, bilas dan toskan kering-kering. Lap atau alas dengan tisu dapur untuk pastikan ia betul-betul kering.
5. Sediakan campuran tepung , nisbah 2:1:1 tepung gandum , tepung jagung dan tepung beras
6. Campurkan sedikit serbuk cili . Taburkan sedikit garam. Jika guna tepung serba guna dah tak perlu campuran serbuk cili dan garam.
7. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak untuk menggoreng.
8. Pada api sederhana masukkan sedikit demi sedikit hirisan peria ke dalam adunan tepung supaya tak terlalu banyak tepung melekat pada peria. Nanti tak jadi crispy dah kalau terlebih tepung.
9. Curah kan dalam minyak dan goreng sambil balik-balikkan dengan penapis.
10 Jangan biarkan peria hiris lama dalam tepung hanya sadur bila dah tiba masa nak menggoreng, kena buat sikit-sikit naa.
11. Dah garing, angkat dan toskan atas tisu dapur supaya serap minyak.
12. Kalau nak simpan kena sejukkan dahulu baharu simpan dalam bekas kedap udara. Tapi kami makan terus panas-panas rangup sedap ya amat.
Korang cuba lah naa.. memang sedap dan rangup resepi ni. Pastikan semua bahan adalah kering untuk dapatkan tekstur yang crispy. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat, In Shaa Allah.
7 Comments
ini kunyah2 kat pejabat pun best ni. rangup. org jual sebekas RM15.00 kalau peria goreng mcm ni.,
ReplyDeleteSue dengan Kakak pun suka sangat peria goreng nie Ana. Boleh lah cuba jugak nanti nie..
ReplyDeleteSedap peria goreng crispy. Ratah-ratah begitu saja pun boleh habis sepiring.
ReplyDeletesedap peria goreng rangup ni..banyak permintaan rega peria pun naik
ReplyDeleteDah pernah makan peria goreng macam ni. Memang sedap.
ReplyDeleteFavorite sy ni Kak Ana... asal peria katak di rumah ni berbuah, buat goreng crispy ginilah... guna tepung bestari je, rajin :p
ReplyDeleteammi pun br belajar guna tepung beras...dulu tak letak tepung beras..rangupnya jadi kejap je. bila pakai tepung beras walaupun dah sejuk tetap rangup
ReplyDelete