Kenal panna cotta ni pun masa majlis pertunangan Kak Long bulan Disember 2021 yang lalu. Jiran kak ana, Ida dan Man memberikan dua set panna cotta dan puteri ayu cheese untuk majlis kami. Terima kasih banyak buat Man dan Ida serta baby Chacha banyak membantu menjayakan majlis yang lalu.

Sekali makan terus anak-anak teringat akan kesedapan menu pencuci mulut yang berasal dari Itali. Lemak manis susu dan whipping cream di adun menjadi based lembut dalam bekas-bekas comel di makan pula dengan topping beraneka buah-buahan seperti strawberry, blueberry , mangga dan kiwi.


resepi panna cotta


Baru-baru ini sahaja kak ana dan anak-anak sempat try buat sendiri panna cotta nii selepas semua bahan tersedia di rumah. Asalnya nak cuba buat pavlova tapi tak menjadi pula meringue based pavlova Adik Ika. Dengan buah-buahan yang ada kami dapatkan gelatin halal dari kedai bakeri maka terhasillah panna cotta. Jom kita tengok resepi dan cara buat panna cotta mudah sahaja.. 


Resepi panna cotta 

Resepi panna cotta ini kak ana ikut dari resepi buatoranglapo.com , rasanya paling mudah dan menjadi kerana di berikannya juga tutorial dalam video di youtube yang korang boleh cuba sendiri. Terima kasih atas perkongsian ilmu.


Bahan-bahan panna cotta:

2 Sb air sejuk
1 Sb serbuk gelatin
200ml susu penuh krim
200ml whipping cream ( kak ana guna satu kotak 250 ml )
50g gula
1 sb esen vanilla


resepi panna cotta


Cara buat panna cotta 


resepi panna cotta



1. Campurkan dan kacau gelatin bersama air sejuk dan biarkan ianya mengembang selama lebih kurang 10 minit.


resepi panna cotta


2. Adunkan susu full cream ,whipping cream  dan juga gula ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas dapur sehingga gula hancur. Tapi jangan sampai adunan mendidih.

3. Setelah gula hancur, matikan api. Masukkan pula esen vanila dan kacau sebentar.





4. Masukkan gelatin yang telah kembang tadi dan kacau sehingga sebati.


resepi panna cotta


5. Tuang adunan ke dalam bekas kecil yang sesuai. Resepi ni kak ana cuma dapat dalam 10 bekas-bekas kecil sahaja . Itu pun berlainan saiz kerana kak ana tak ada bekas comel yang sama saiz. Korang boleh sahaja beli bekas acuan plastik panna cotta ni di bakeri. Bekas ni kak ana guna apa yang ada di rumah sahaja. 

6. Sejukkan di dalam peti ais bahagian chiller sekurang-kurangnya 4 jam. Ia agak ambil masa juga untuk mengeras dan sementara itu boleh sediakan topping buah-buahannya. 


resepi panna cotta


Resepi dan cara masak sos topping panna cotta 

Kak ana cuma menggunakan buah mangga, blueberry & kiwi sebagai topping untuk panna cotta ni. Tapi sos topping kiwi tidak begitu cantik kejadiannya kerana buah kiwi masih muda. Kecewa juga lah tapi tak apa syukur masih ada buah mangga dan blueberry sebagai topping panna cotta kami. 

Bahan-bahan sos topping panna cotta : 

200g buah sama ada strawberry/blueberry/kiwi/mangga 
3 Sb gula
2 Sb air

Cara-cara masak sos topping panna cotta :

Masak blueberry/mangga/kiwi/strawberry bersama gula dan sedikit air di dalam periuk sehingga strawberi sedikit hancur dan menjadi pekat seperti sos. Masak pada api perlahan sahaja. Boleh adjust gula dan kepekatan sos ikut sendiri. 


resepi panna cotta


Sejukkan sos dan tuang ke atas panna cotta yang telah sejuk tadi. Boleh taburkan hirisan buah di atasnya jika suka. Panna cotta ni akan mudah cair jika terdedah lama pada suhu bilik kerana ia perlu di makan sejuk. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat, In Shaa Allah... 

4 Comments

  1. Rupanya tidaklah susah sangat nak buat. Saya nak cuba lah nanti :)

    ReplyDelete
  2. Tolong buat kan !!!! Boleh . ...

    ReplyDelete
  3. banyak guna buah2an sedap tu

    ReplyDelete
  4. Pernah mkn tp nk bt tak sangka bahan2 pun mudah nk cari

    ReplyDelete