Alhamdulillah.. kita berkesempatan sekali lagi menduduki Ramadan Mubarak untuk tahun Hijrah 1443 bersamaan tahun 2022. Sejak di uji pendamik ini, waktu seakan terhenti selama dua tahun dan kini perlahan-lahan kita kembali kepada kehidupan yang sedia kala, dengan izin Allah swt..


makan colek Rawang


Dua tahun Ramadan yang lalu berkisar pada norma baharu dan banyak yang menyedihkan kejadian demi kejadian, kehilangan demi kehilangan yang kita lalui. Semoga kali ini kita akan kembali kepada fitrah kehidupan yang serba keindahan dalam menuju perjalanan kehidupan hingga ke akhirnya, Aamiin.


makan colek ulek mayang

Antara yang di rindui di Ramadan yang lalu ada lah berbuka puasa  bersama keluarga di kampung halaman, teraweh di surau dan masjid , moreh dan sebagainya. Alhamdulillah tahun ni tiada sekatan lagi..


Bila sebut pasal moreh ni, khasnya orang Pantai Timur pasti teringat makan colek. Colek ayam, colek udang, colek sotong, colek buah, colek kerang dan sebagainya. Colek ni di makan selepas solat teraweh di kampung-kampung. 


Makan colek di Restoran Nasi Kukus Ulek Mayang, Rawang


makan colek

Di makan bersama keluarga dan rakan-rakan balik dari surau. Dan kalau di Selangor ni ada beberapa kedai Kelate yang menjual juadah colek hanya pada bulan puasa. Kalau yang hampir dengan kediaman kak ana ni, selalunya kami akan ke Makan Colek Warung Kita, Sungai Buloh , di Kampung Melayu Sungai Buloh berdekatan Hospital.


makan colek

Kali ini kami singgah makan colek di Restoran Nasi Kukus Ulek Mayang yang terletak di Reef, bersebelahan Lotus, Rawang sahaja. Lagi dekat dan tak perlu ke Sungai Buloh lagi dah. Meriah malam tu menikmati hidangan colek yang sedap bersama keluarga kak ana. 


makan colek

Ada kerang colek, colek buah dan pilihan colek seperti ayam, sotong, udang , paru, perut dan aneka bebola untuk korang pilih. Setiap satu dah ada tulis siap harga , jadi senang untuk korang pilih mengikut bajet masing-masing. 


Makan colek ni macam makan rojak lah kiranya, cuma bahan-bahannya akan di goreng rangup crispy macam goreng tepung tu, di satukan di dalam pinggan aneka pilihan bersama sos colek.

Kak ana dan suami ambil udang sebekas RM10, paru RM5 sekeping, aneka bebeola antara RM2-3 dan total semua sepinggan cuma dalam RM30 lebih. Colek di hidang bersama sos colek yang pedas manis, keropok dan salad. 


Kalau selalu makan colek pasti korang akan merindui nya kerana di sini, ia hanya muncul setahun sekali sahaja. Jadi berbaki beberapa hari lagi Ramadan ni, kalau berkesempatan boleh korang try makan colek di mana-mana kedai yang menawarkannya.. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga setiap amalan kita akan di terima Allah swt.. Aamiin. 


2 Comments

  1. Sedap nampaknya Kak Ana. Belum jumpa lagi colek sedap dekat dengan rumah

    ReplyDelete
  2. Nampak sedaplah. Pilihan makanan pun banyak.

    ReplyDelete