Alhamdulillah... hari ini dah masuk hari ke 3 kita umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa untuk tahun 2022 atau bersamaan 1443H . Dua tahun kita di uji dengan pendamik yang menjadikan suasana puasa dan raya yang amat menyedihkan.

Kini bagaikan ada sinar di Ramadan kali ini, kita dapat meraikannya dalam realiti kehidupan yang semakin hari semakin baik, hendaknya.. Aamiin. 

Hari ini kak ana nak berkongsi dengan korang semua, resepi agar-agar laici bersusu yang lemak manis. Sedap dijadikan juadah berbuka puasa menyejukkan tekak bersama keluarga. Mudah dan nampak pun cantik . Jom kita tengok resepi dan bahan-bahan agar-agar laici bersusu ..


resepi agar-agar laici bersusu


Resepi agar-agar laici susu 

Bahan-Bahan:
1 peket agar-agar tali
2 sudu besar gula
5 cawan air
1 tin susu cair
1 tin laici
1/2 tin susu pekat 

Cara Penyediaan:


Boleh sahaja korang tonton di youtube di atas ni untuk video agar-agar laici bersusu versi kak ana. 

1. Didihkan 5 cawan air. Agar-agar tali perlu lebihkan cecair untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan cantik kerana kalau kurang air ia akan keras, tidak seperti agar-agar serbuk. 

2. Bila dah mendidih masukkan sepaket agar-agar tali yang di kerat-kerat pendek supaya cepat larut. Masak hingga larut.

3.Masukkan 2 sudu besar gula dan air jus laici dalam tin kesemuanya. Matikan api . 

4. Di dalam acuan, susun buah laici tin dan tuangkan sedikit dari adunan agar-agar yang didih tadi. Sejukkan dalam peti ais hingga keras.

5. Baki agar-agar dalam periuk nyalakan semula api perlahan dan masukkan 1 tin susu cair dan 1/2 tin susu paket manis.Kacau selalu dan matikan api sekali lagi bila dah sekali didih.

6.Jika lapisan pertama agar-agar laici jernih dah keras, lorek-lorekkan dengan pisau dan tuangkan lapisan agar-agar laici bersusu kita ke dalam acuan.

7. Sejukkan pada suhu bilik sebelum masukkan dalam petisejuk.

Bolehlah potong-potongkan agar-agar laici kita dan hidangkan sebagai juadah pencuci mulut untuk berbuka bersama keluarga atau pun hidangan potluck. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.. 

5 Comments

  1. masa bulan puasa ni, semua pun nampak sedap2 kan kak hahah

    ReplyDelete
  2. AGAR2 JUADAH MESTI BUKA PUASA SEDAP TU

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. Nikmat makan sejuk-sejuk.

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak ana tp tak ada pulak acuan utk agar.. kena beli ni. hehe

    ReplyDelete