Alhamdulillah .. menginjak usia ke 50 an tahun ini. Syukur di atas segala nikmat yang di pinjamkanNya. Meniti dari usia kanak-kanak yang penuh dengan keriangan, kemudian masuk ke alam remaja yang menjanjikan keindahan , di pinjamkanNya pula ke alam perkahwinan yang penuh cabaran dan kini graf usia mencari kedamaian jiwa sahaja lah.. Huhu..

Apapun pastilah kak ana amat bersyukur kerana di usia ini masih punyai kudrat untuk terus melayari kehidupan. Bila usia kian meningkat ni,satu persatu kekurangan hadir dalam diri. Tenaga tidak segagah dahulu dan wajah kian di mamah masa. 

Namun, kalau korang yang mengenali kak ana secara peribadi, kak ana amat suka pada kecantikan dan alam semulajadi. Kecantikan ini termasuklah penampilan diri dan wajah. Kak ana amat ambil berat perihal penjagaan wajah namun siapa lah kita untuk menongkah arus. 



Kesan penuaan tetap hadir cuma dapat di kurangkan dengan penjagaan wajah secara konsisten dan langkah pencegahan yang sewajarnya. Penting untuk kak ana dan kita semua khasnya wanita menjaga kebersihan wajah, kelembapan dan rawatan yang sesuai supaya tidak lah cepat di mamah usia. 

Hari ini kak ana nak bercerita dengan korang rangkaian produk penjagaan wajah yang baharu dari jenama yang tidak perlu di perkenalkan lagi di tanahair kita, COSMODERM. Serba merah inilah dia COSMODERM Luminous A dengan 5 langkah penjagaan wajah khusus untuk mereka yang mengalami masalah dark spot atau kesan hitam serta hyperpigmentation. 

Di usia kak ana ni , inilah antara masalah wajah yang telah lama ada dan sepanjang Ramadan lalu, kak ana telah pun mencubanya selama hampir sebulan sebelum menerbitkannya di sini. Hasilnya walaupun tidak lah mampu menghilangkan terus namun ia mula pudar dan kak ana pasti dengan penggunaan secara konsisten ia akan mendapat kan keputusan yang di impikan.. 


COSMODERM Skin-Lab Luminous A

Umum pasti tahu,sebagai rutin penjagaan wajah kita mulakan dengan pembersihan wajah, kemudian menjaga kelembapannya dengan pelembab, di ikuti pula dengan essense atau penyegar wajah dan untuk langkah melindungi dari sinaran UV kita perlukan krim pelindung, itu dah wajib dah . 


COSMODERM Skin Lab Luminous A Retinol


Namun kali ini kak ana akan kongsikan step ke 3 dan ke 4 sebagai langkah rawatan dark spot dan pigmentasi dari COSMODERM Skin-Lab Luminous A iaitu Serum Reverce Aging Alixir dan Dark Spot Corrector Emulsion dengan formulasi Powered by Retinol


Rutin penjagaan wajah dengan 5 langkah COSMODERM Skin-Lab Luminous A


1. Luminous A Creamy Liquid Cleansing Gel





Rutin pembersihan wajah setiap hari di waktu pagi dan malam. Membersihkan wajah secara lembut dan dalaman. Ia sebagai langkah pertama untuk mendapatkan rawatan wajah anti-aging atau kak ana lebih suka sebut sebagai melambatkan proses penuaan. Terasa kembali segar dan bersih wajah selepas di cuci dengan COSMODERM Luminous A Creamy Liquid Cleansing Gel dalam tekstur gel yang berkrim. Untuk pek 120ml harga rsp adalah RM26.90.

2. Luminous A 3x Moisture Water Essence


COSMODERM Luminous A


Selepas pembersihan wajah seperti biasa kita perlukan kelembapan pada wajah dengan menggunakan Luminous A 3x Moisture Water Essence . Ia sebagai langkah untuk membantu mempercepatkan pemulihan wajah sambil menggalakkan pembentukan semula protein dan fibre dalam kulit wajah kita.. Kulit wajah akan berasa lebih bermaya dan segar. Harga pasaran untuk pek 100ml cuma RM27.90 rsp

3. Luminous A Reverse Aging Elixir


Cosmoderm Luminous A Reverse Aging Elixir


Step 3 ni yang kak ana nak cerita sikit dengan korang di mana ia kak ana gunakan sebagai solusi untuk masalah garis halus dan kesan penuaan pada wajah kak ana selama ini. Masalah di usia wanita yang kian meningkat ini adalah seperti wajah mulai kendur ( sagging ), penampakan garis-garis halus ( fine lines ) dan juga kedutan khasnya di bawah mata ( wrinkles ) . 

Formulasi Luminous A Reverse Aging Elixir dengan 0.3% Retinol dan Vitamin E mampu memberikan harapan baharu pada kak ana dan wanita yang mengalami masalah wajah di luar sana. dengan penggunaan yang secara konsisten dapat menganjalkan semula wajah dan memberikan rasa kelembutan pada sentuhan di samping menggalakkan pemulihan sel kulit diperbaharui. 


COSMODERM Luminous A Reverse Aging Elixir


Ianya bagaikan booster untuk wajah yang memperhalusi semula tekstur kulit wajah dan meminimakan penampakan garis halus dan kedutan di samping melindungi dan menguatkan dalaman agar memperbaiki semula kedutan dan menegangkan kendur pada wajah. 

Namun ia perlukan penggunaan secara konsisten kerana Cosmoderm tidak menjanjikan hasil dalam masa yang singkat, semua bergantung pada keserasian wajah kita laa kan.. Gunakan setiap hari dengan menyapukan pada wajah dan leher dan ia cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan. Harga rsp adalah RM49.90 untuk pek 30ml . 

4. Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion


Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion


Step 4 ini juga kak ana paling puas hati dengan penggunaannya. Cosmoderm Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion dengan formulasi 0.2% Retinol dan 5% Niacianamide yang amat kak ana perlukan untuk ratwan pemulihan kesan hitam pada wajah. Sebagai Dark Spot Corrector Emulsion ia mampu untuk memberikan pemulihan kulit wajah yang lama terdedah pada pancaran sinar UV yang mengakibatkan penampakan hyperpigmentasi di wajah kak ana.

Gabungan dua kuasa formulasi 0.2% Retinol dan 5% Niacianamide dengan penggunaan secara konsisten hampir menampakkan perubahan ketara pada wajah kak ana . Ia mencerahkan semula kesan gelap ( dark spot ) dan hyperpigmentasi yang sebelum ini agak tebal di wajah. Boleh lihat perubahan pada pipi atas sebelum dan selepas penggunaan selama hampir 4 minggu. 


In shaa Allah dengan penggunaan secara konsisten perlahan-lahan ia mampu memberikan hasil yang lebih baik di masa akan datang. Ia juga bergantung kepada keserasian wajah masing-masing kerana setiap kita punyai jenis kulit yang berbeza.. Namun tak salah untuk kita mencuba kan.. 


Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion


Bagi yang berminat untuk mencuba Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion bolehlah dapatkannya pada harga rsp RM59.90 untuk isian 30ml . Kak ana akan terus menggunakannya dengan harapan mendapatkan semula wajah yang kurang dari kesan hyperpigmentasi di masa akan datang di samping penggunaan rangkaian produk asas penjagaan wajah Luminous A sebagai rutin harian.

5. Luminous A Day UV Active Shield SPF25



Luminous A Day UV Active Shield SPF25

Langkah ke lima dalam penjagaan wajah semestinya lah penggunaan Luminous A Day UV Active Shield SPF25, sebagai perlindungan kulit wajah dari pancaran UV di siang hari . Memang tak kak ana nafikan, kealpaan kak ana dalam memakai perlindungan UV ni lah antara penyebab utama wajah kak ana mendapat hyperpigmentasi. 

Di awal usia dahulu, kak ana tidak menggunakan apa-apa krim perlindungan UV dengan SPF dan menjadi asbab utama kulit wajah kak ana makin hari makin tebal dark spot dan pigmentasi. Semoga masih belum terlewat untuk kak ana merawat wajah ini semula . Korang yang ingin mencuba dapatkannya pada harga rsp RM45.90 untuk pek 30 ml.

Secara umumnya, kak ana suka dengan rangkaian produk COSMODERM khasnya yang terkini Skin-Lab Luminous A kerana ia berkesan pada kondisi kulit wajah kak ana. Teksturnya ringan, mudah meresap dan tidak meninggalkan kesan melekit atau kerengsaan pada wajah, pendek kata serasi lah dengan kak ana. Lebih menyakinkan kerana kesemua rangkaian produk penjagaan wajah COSMODERM mempunyai pensijilan Halal Jakim, Alhamdulillah.. Korang bolehlihat pada label di produk naa..

Sesuai dengan tagline COSMODERM " For Healthier . Beautiful Skin ".. rangkaian produk COSMODERM boleh di beli terus di farmasi terpilih atau secara online . Untuk butiran lanjut produk dan promosi , layari sahaja ke www.cosmoderm.com.my



2 Comments

  1. PRODUK KECANTIKAN TIASA MENARIK PERHATIAN WANITA N PENGGEMARNYA

    ReplyDelete
  2. aritu nmpak range ni..AD mmg dah lama pkai retinol tapi brand lain..yg ni nmpk menarik pula

    ReplyDelete